Wednesday, 16 December 2015

Punca Masalah Hb Rendah Di Kalangan Ibu Mengandung & Kesannya

Masalah Hb Rendah di kalangan ibu mengandung bukan lagi perkara luar biasa. Ini kerana ramai sangat ibu mengandung di luar sana yang mengalaminya. Kebiasaannya pada trimester pertama, bacaan Hb ibu-ibu mengandung masih di tahap normal. Tetapi, bila tiba trimester kedua dan ketiga, bacaan Hb mula menunjukkan masalah. Walaupun perkara ini sudah menjadi kebiasaan dikalangan ibu mengandung, tetapi ia tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh memudaratkan si ibu dan anak di dalam kandungan.
Jenis-jenis Anemia Semasa Kehamilan.
1. Anemia Disebabkan Kekurangan Iron Berlaku bila badan kekurangan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin yang mencukupi. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah. Ianya mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh badan. Anemia jenis ini paling kerap dihadapi kebanyakan ibu hamil.
2. Anemia Disebabkan Kekurangan Asid Folik Asid Folik adalah sejenis Vitamin B. Tubuh perlukan Asid Folik untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel-sel darah merah yang sihat. Masa hamil, wanita perlukan lebih Asid Folik. Kekurangannya menyebabkan badan tak dapat hasilkan sel darah merah yang mencukupi. Kekurangan Asid Folik juga boleh menyebabkan kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan kekurangan berat masa lahir.
3. Anemia Disebabkan Kekurangan Vitamin B12 Vitamin B12 diperlukan untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Adalah penting untuk ibu mengamalkan diet seimbang supaya badan dapat hasilkan sel darah merah yang mencukupi. Wanita yang tak makan daging, produk tenusu, telur, mempunyai risiko tinggi kekurangan Vitamin B12. Ini juga boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan risiko kelahiran pra-matang.
Punca Masalah Anemia Boleh Berlaku
1. Kekurangan zat besi akibat diet pemakanan yang tidak seimbang.
2. Kelemahan penyerapan zat besi dalam tubuh
3. Kesan sampingan akibat kaedah perubatan tertentu.
4. Pembawaan faktor genetik misalnya penyakit talesemia.
5. Kehilangan banyak darah ketika haid/ kehamilan.
6. Masalah hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah)
7. Pendarahan serius akibat ulser perut atau buasir serta parasit.


Siapa yang berisiko?
Semua wanita hamil berisiko terkena anemia. Sebab itulah ibu hamil perlukan zat besi dan Asid Folik lebih daripada biasa. Tapi risiko terkena anemia lebih tinggi sekiranya:
  • Mengandung anak kembar
  • Jarak kehamilan yang rapat dengan sebelumnya
  • Banyak muntah akibat morning sickness
  • Mengandung diusia remaja
  • Tidak makan secukupnya makanan yang kaya zat besi
  • Mengalami anemia semenjak sebelum mengandung
Simptom Anemia
Tanda-tanda seorang ibu mengalami anemia semasa hamil ialah:
  • Kulit, bibir dan kuku pucat
  • Rasa letih dan lemah
  • Rasa pening
  • Rasa tak cukup nafas dan sukar bernafas
  • Denyutan jantung laju
  • Sukar untuk fokus
Kesan Anemia Kepada Ibu & Bayi
Anemia yang teruk dan tak dirawat semasa mengandung boleh meningkatkan risiko:
Risiko Kepada Ibu:

  • Penambahan darah (blood transfusion) sekiranya kehilangan darah yang banyak semasa bersalin
  • Kemurungan selepas bersalin
  • Mudah mendapat jangkitan
  • Jika berlaku pendarahan, keadaan akan lebih mudarat.
  • Mudah mendapatpenyakit lemah jantung.
  • Kematian ibu
Risiko Kepada Bayi:
  • Kelahiran pra-matang ataupun bayi kekurangan berat badan semasa lahir
  • Bayi menghidapi anemia
  • Bayi yang menghidapi lewat perkembangan
  • Bayi menghidapi kecacatan kelahiran pada tulang belakang ataupun otak
  • Keguguran
  • Bayi meninggal di dalam kandungan
Saksikan video pengalaman ibu mengandung yang mempunyai masalah anemia.. Bagaimana jalan penyelesaian yang beliau ambil.. Saksikan.


Ketahui 10 Makanan Penambah Darah Untuk Ibu Hamil <<< Klik sini

Cadangan Supliment Semulajadi Shaklee
Bagaimana ianya mambantu? 

Suplemen Shaklee dijamin 100% semulajadi dan selamat dimakan oleh ibu mengandung. Amalkan pengambilan Set Tambah Darah Shaklee.

Multivitamin
Membekalkan keperluan asas kesemua 12 jenis vitamin dan 9 mineral yang diperlukan tubuh dengan tambahan zat besi. Zat besi (iron) adalah sangat penting dalam pembentukan sel darah merah

B-Complex
Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan manusia. Asid folik juga penting dalam pembentukan sel darah anda

Vitamin C 
Membantu meningkatkan penyerapan iron dari makanan dan suplemen anda

Ibu-ibu di luar sana, janganlah ambil mudah perkara ni ye. Kelak kita menyesal nanti. Buatlah keputusan yang bijak. Pilihan ditangan anda demi kebaikan dan kesejahteraan ibu dan anak yang bakal lahir nanti.

Sekiranya ibu berhajat untuk dapatkan Set Tambah Darah Shaklee, ibu boleh lah hubungi kami seperti maklumat dibawah ataupun ibu boleh buat tempahan secara online dengan hanya klik pada butang "order sekarang". Sebarang pertanyaan boleh sms/whatsapp 014-8444220
 Set Tambah Darah
sms/ whatsapp: 014-8444220
COD Area: Gambang - Kuantan - Pekan

Penghantaran Menggunakan Poslaju Ke Seluruh Malaysia


Tuesday, 15 December 2015

CARA MERAWAT CHICKEN POX SUPAYA MUKA CANTIK SEMULA

Assalamualaikum.. Siapa pernah kena Chicken Pox? Setiap orang dikatakan wajib akan kena Chicken Pox ni samada semasa kanak-kanak ataupun dewasa. Kata orang, lebih baik kena waktu kanak-kanak lagi sebab parutnya cepat dan mudah hilang jika dibandingkan dengan orang dewasa. Fuuhh.. Nasib baik lah saya dah kena waktu kanak-kanak dulu.

Apa yang dimaksudkan dengan Chicken Pox ye?

  • Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan/ bertih (dialek daerah). 
  • Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan sangat mudah berjangkit. 
  • Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. 
  • Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. 
  • Merebak melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. 
  • Ia juga boleh merebak melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.
  • Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. 
  • Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).


Cara Merawat Chicken Pox
1. Baking Soda

  • Baking soda yang bersifat alkali, membantu mengekalkan pH pada kulit. 
  • Membantu mengurangkan kerengsaan dan kegatalan (elakkan kita menggaru bekas chicken pox tu yang boleh jadi punca utama parut pada kulit.) 
  • Bertindak sebagai agen penggelupasan lembut pada kulit. 
  • Campurkan ½ sudu the baking soda ke dalam segelas air. Sapukan ke seluruh tubuh dengan air campuran ini. Boleh gunakan span atau kain. Biarkan air kering pada kulit. Untuk buat air mandian, campurkan setengah cawan baking soda ke dalam air mandian.
2. Madu
  • Madu yang kaya dengan nutrien semulajadi adalah pelembab yang baik. 
  • Madu juga ada bahan peluntur yang dapat menipiskan parut.
  • Melalui kesan osmotic, madu menarik darah dan nutrien ke parut dengan menyingkirkan sel kulit mati dan menggalakkan pemulihan. 
  • Dalam masa sama, madu memberikan kesan asid (acidity) kepada parut menyebabkan oksigen dibebaskan daripada sel darah merah dan ini menggalakkan penghasilan kulit baru.
  • Sapu madu dalam lapisan nipis ke seluruh permukaan kulit yang terdapat ruam, lepuh atau gatal-gatal. Biarkan beberapa minit dan kemudian bersihkan. Buat 3 hingga 4 kali sehari.
  • Madu bersifat antibakteria yang sangat bagus untuk menyembuhkan kerengsaan.
3. Oat

  • Oat boleh bantu percepatkan proses pemulihan parut yang makin nipis. Bukan saja bantu kekalkan kelembapan kulit tapi bantu kurangkan kemerahan dan secara lembut menipiskan tona kulit tak sekata. 
  • Kisar 2 cawan oat menjadi serbuk halus (tak perlu halus sampai menjadi tepung). Isikan baldi dengan air suam. Campurkan oat tersebut ke dalam air mandian itu dan kacau seketika. Rendam atau siram badan dengan air campuran ini. Kemudian bilas badan dengan air bersih.
4. Bunga Jasmine

  • Minum teh Jasmine 2-4 kali sehari. Anda boleh dapatkan teh ini di kedai-kedai teh herba. Hanya rendam dalam air panas dan minum. Bunga Jasmine juga boleh dijadikan mandian. Ambil segenggam bunga Jasmine dan kisar. Campurkan bunga Jasmine yang dikisar dengan air beras. Campurkan air beras ini dengan air suam dan gunakan untuk mandi.
  • Ini adalah salah satu cara orang Thai untuk merawat cacar air. Orang di Thailand menggunakan bunga Jasmine untuk membuat teh dan juga untuk mandi bagi merawat cacar air. Bunga-bunga ini mudah didapati di mana-mana kedai ubat herba dan teh herba.
5. Air kelapa
  • Air kelapa mengandungi pelbagai nutrien termasuklah vitamin, mineral dan zat galian. Kaya dengan magnesium, kalsium, potassium, sodium, fosforus dan banyak lagi. 
  • Dalam air kelapa terdapat asid laurik dan sitokina (cytokines) yang sangat baik untuk memperbaiki masalah berkaitan kulit seperti parut, kedutan, kulit kering dan sebagainya.
  • Cytokines membantu menggalakkan pertumbuhan sel dan keseimbangan pH yang seterusnya memelihara tisu penghubung. 
  • Air kelapa juga bersifat agen anti-viral, anti-microbial dan anti-fungal yang membantu menyembuhkan dan melembutkan kulit. 
  • Jadi bila guna air kelapa setiap hari, parut dan kawah yang terbentuk disebabkan chicken pox boleh dikurangkan.
  • Caranya ialah, minum air kelapa, sapu pada bekas parut chicken pox dan boleh juga mandi dengan air kelapa yang dicampur dengan air mandian.
Saksikan video pengalaman pengguna Shaklee yang mengalami Chicken Pox yang teruk tetapi pulih semula. Wajahnya kini kembali menjadi Miss Universe kepada suami tercinta.

Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.

Cadangan Supliment Shaklee Untuk Merawat Parut Chicken Pox

1. Vitamin E 
  • menjaga kesegaran dan keremajaan kulit 
  • melindungi kulit dari sinaran ultra ungu 
  • menjaga kelembapan kulit 
  • menghapuskan radikal bebas yang merosakkan kulit 
2. Vitamin C 
  • sebagai antioksidan yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya 
  • mencerahkan kulit 
  • merangsang pembentukkan dan peningkatan kolagen yang akan menjaga kekenyalan serta kehalusan kulit 
3. B-Complex 
  • sebagai pelembap 
  • mencegah pigmentasi 
  • melambatkan tanda penuaan 
  • mengubati jerawat 

4. Herbal Blend Multipurpose Cream
  • Melembutkan kulit kasar
  • Menyelesaikan masalah kulit gatal
  • Menghilangkan parut, termasuk campak dan chicken pox
  • Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
  • Sebagai losyen untuk kegunaan harian
Testimoni Pengguna


Sekiranya anda mahukan yang terbaik untuk kulit anda, jom cuba Set Parut Chicken Pox ini. Anda boleh terus order di sini ataupun hubungi kami di talian dibawah.

 Set Parut Chicken Pox

sms/ whatsapp: 014-8444220
COD Area: Gambang - Kuantan - Pekan

Penghantaran Menggunakan Poslaju Ke Seluruh Malaysia


Monday, 14 December 2015

TIPS PENJAGAAN ANAK BERKHATAN AGAR CEPAT SEMBUH

Sempena cuti sekolah ni, ramai di kalangan ibu bapa yang bercadang untuk mengkhatankan anak lelaki mereka. Jadi apa persedian yang patut ibu bapa lakukan? Semestinya ibu bapa perlu tahu dulu apa itu berkhatan dan bagaimana cara penjagaan anak selepas berkhatan.

Berkhatan adalah istilah yang digunakan untuk pembedahan kecil di mana sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang. Ia juga dikenali dengan sunat atau dalam bahasa Inggeris dinamakan 'circumcision'.
Terdapat 3 Kaedah Berkhatan iaitu:-

1) Kaedah Tradisional
2) Kaedah Konvensional
3) Kaedah Moden

Kaedah Tradisional

=> Biasanya dilakukan oleh Tok Mudim.
=> Tidak menggunakan bius.
=> Kebiasaannya, pesakit dikehendaki untuk berendam didalam air sejuk selama beberapa lama sebelum menjalani proses berkhatan untuk memberi rasa kebas.
=> Teknik ini menggunakan kelengkapan seperti pisau, gunting dan penyepit.
=> Teknik ini adalah agak rumit kerana ianya memerlukan teknik jahitan bagi menjahit luka.
=> Proses penjagaan selepas selesai berkhatan kaedah sedikit rumit dan luka memakan masa lama untuk sembuh.

Kaedah Konvensional
=> Menggunakan bius bagi mengurangkan rasa sakit semasa proses berkhatan.
=> Kaedah ini lebih murah kerana menggunakan pisau (blade) dan gunting untuk membuang kulit di hujung kemaluan dengan memotongnya.


=> Teknik jahitan pula digunakan untuk memberhentikan pendarahan.
=> Kaedah ini mengalami sedikit evolusi dengan kehadiran "cautery". Alat ini sering disalah erti sebagai laser walaupun ia bukanlah sejenis laser.
=> Cautery ini adalah satu alat yang menggunakan elektrik atau bateri.
=> Ia menghasilkan haba di hujungnya dan boleh digunakan untuk memotong lebihan kulit dan membakar salur darah bagi mengurangkan pendarahan.
=> Namun, kaedah ini mengambil masa yang lama sedikit di antara 20 minit sehingga 45 minit bergantung kepada pesakit dan tahap pendarahan.


Kaedah Moden

=> Menggunakan bius dan menggunakan teknik sepitan atau 'Clamp' bagi menggantikan teknik potong dan jahitan.

=> Ia adalah cara yang sangat cepat dan kurang pendarahan.
=> Kaedah ini cepat kerana tidak memerlukan jahitan.
=> Setelah kanak-kanak diberi bius, ukuran klamp dikenalpasti dan alat yang sesuai dengan saiz kemaluan akan dimasukkan. 
=> Setelah klamp diaplikasikan di tempatnya yang sesuai, kulit-kulit yang berlebihan akan dipotong (samada menggunakan cautery atau pisau). 
=> Pendarahan adalah kurang kerana segala salur darah telah ditekan menggunakan alat tersebut.
=> Selepas 7 hari, pesakit hanya perlu pergi ke klinik untuk menanggalkan 'Clamp'. Adakalanya ia akan jatuh sendiri dan ini memudahkan urusan.
=> Dari segi kos, kaedah klamp ini agak mahal.
=> Masalah yang berlaku kepada klamp ialah apabila untuk membuang klamp selepas satu minggu. Klamp akan melekat di kawasan kemaluan untuk menutup salur darah dibahagian kulit yang dipotong.
=> Untuk membukanya kadang-kadang pesakit akan merasa sakit. Sakitnya adalah sebagaimana dia bersunat dahulu. Ada yang menangis kerana kesakitan selama beberapa hari selepas itu.
=> Sedangkan, kaedah konvensional hanya merana pada waktu bersunat sahaja selepas itu tidak ada lagi kesakitan kerana benang yang dijahit akan hilang sendiri dan tidak perlu dibuang.
=> Ada juga pendarahan berlaku selepas klamp dibuang. Ini kerana kulit yang diklamp tidak tertutup sepenuhnya kerana masalah jangkitan. Masalah jangkitan boleh berlaku pada teknik klamp dan mengakibatkan luka lambat sembuh. Berbanding dengan kaedah jahitan, luka mudah terbuka kerana tidak ada jahitan yang menyokongnya.

(Sumber dari blog Dr. Azwan)

Tips Persediaan Sebelum Berkhatan.
1) Ibu bapa perlu memaklumkan kepada anak yang ingin dikhatankan terlebih dahulu. Biarlah dia menghadapinya dengan keadaan yang bersedia.
2) Ceritakan pada anak tentang fadilat berkhatan, hukum dari segi agama dan kesannya terhadap kesihatan.
3) Pujuk atau reward anak dengan apa-apa hadiah yang anak suka.
4) Sebelum bersunat, raikanlah anak dengan menjamunya makanan kegemaran sebab lepas sunat ibu perlu memantau makanan yang diambil. Kira amalan berpantanglah walaupun kalau tanya sesetengah doktor tidak perlu berpantang. Sebenarnya amalan berpantang tu tak susah sangat.
5) Raikan juga anak itu dengan membawanya ke tempat2 rekreasi kesukaannya / berenang. Lepas sunat nanti tak boleh aktif sangat kalau nak cepat baik. 
6) Barang-barang yang perlu dibawa ketika pergi berkhatan: tuala kecil / sapu tangan, kain pelikat. Kalau tak nak pakai kain pun boleh, guna cawan kertas large size (buang bahagian dasar cawan untuk pengudaraan) / mangkuk pakai buang ditangkupkan pada alat sulit, lepas tu pakai seluar macam biasa. 

Tips Semasa Berkhatan

Pada hari bersunat, siapkan anak sepenuhnya. Pastikan anak telah mandi, bersarapan, buang air kecil dan lagi elok telah buang air besar. Berikan keselesaan pada anak kerana selepas bersunat mereka mungkin akan berasa sedikit sakit, takut untuk kencing dan kena berpantang makan selama beberapa hari.

Untuk kaedah konvensional, saat yang paling sakit ialah waktu dibiuskan. Berikan sapu tangan / tuala kecil untuk anak gigit semasa berkhatan ketika bius dilakukan. Ini adalah agar anak itu tidak menjerit sehendaknya yang mana ini akan melemahkan semangat kawan2-kawan yang sedang menunggu giliran selepasnya. Cara ini juga membolehkan anak itu mengawal / menahan kesakitan yang dialaminya. Biasanya lepas bius dah tak sakit lagi.

Tips Selepas Berkhatan
Ibubapa harus memastikan perkara-perkara berikut: 

1. Bersih dan kering 

Hujung kepala zakar harus sentiasa kering 48 jam selepas berkhatan. Pastikan ia sentiasa bersih dengan mencuci ketika mandi. Elakkan penggunaan produk yang berbau wangi. Biarkan ia kering secara semulajadi. 

Bagi bayi, zakarnya akan kelihatan kekuningan untuk 7-10 hari. Basuh dengan air setiap hari. Tukarkan lampin sekerap mungkin bagi mengelakkan jangkitan kuman daripada air kencing dan najis. Jika zakarnya dibalut dengan kain gauze, tukar balutan baru setiap kali menukar lampin. Letakkan petroleum jelly pada balutan bagi mengelakkan ianya melekat pada zakar. Bagi anak-anak yang menggunakan ring plastik, ianya akan gugur sendiri selepas 5-8 hari. 

Secara umumnya, kulit zakar pada bayi akan pulih dalam 7-10 hari. Bagi kanak-kanak dan lelaki dewasa, pemulihan sepenuhnya mengambil masa 5 – 7 hari. 

2. Pengambilan ubat 

Jika terasa sakit, ambillah ubat tahan sakit seperti paracetamol dan ibuprofen. Tanya doktor anda bagaimana ubat tersebut harus diberi kerana ada kanak-kanak yang belum pandai mengambil ubat berbentuk pill. Bagi anak-anak berusia 16 tahun ke bawah, jangan sekali-kali mengambil aspirin. Elakkan ubat atau krim sapuan yang tidak disarankan oleh doktor atau mudim. 

3. Biarkan mereka berehat 

Anak-anak perlu direhatkan sejurus selepas berkhatan. Jika boleh, biarlah mereka berbaring dalam 1-2 jam sebelum dibawa pulang. Elakkan menunggang basikal, motor atau menggunakan permainan yang boleh diduduki sehingga bengkak surut sepenuhnya. 

4. Berpakaian longgar 

Zakar mungkin akan menjadi merah dan sedikit membengkak. Anak-anak mungkin lebih selesa dengan memakai pakaian yang longgar seperti kain pelikat. Mereka boleh mula memakai seluar yang longgar selepas 3-4 hari. 

5. Bertemu doktor 

Dapatkan nasihat doktor jika: 
• pendarahan berterusan selepas 2-3 jam dikhatan. 
• bengkak berterusan selepas 2 minggu 
• sakit ketika buang air kecil beberapa hari selepas berkhatan 
• bayi tidak kencing dalam masa 6-8 jam selepas berkhatan 
• kemerah-merahan pada hujung zakar yang bertambah teruk selepas 3-5 hari

Cadangan makanan tambahan untuk kesihatan anak-anak yang berkhatan supaya cepat sembuh.


Vitamin C
***********
1. Membina dan memperbaiki tisu sel - sebelum luka-luka itu pulih dan bertaup, sudah tentu, tisu-tisu itu memerlukan penggalak supaya cepat sembuh
2. Membentuk kolagen yang penting untuk menyambung struktur tisu.
3. Memelihara saluran darah agar kekal sihat
4. Kuasa penyembuhan.

Zinc Complex
****************
1. Penting untuk pengeluaran sel darah merah.
2. Membantu kuasa penyembuhan luka.
3. Membantu perkembangan kesihatan kulit.
4. Membantu perkembangan sistem urat saraf.
5. Membantu pemulihan sel.

Sekiranya ibu bapa mahukan kesempurnaan untuk anak anda bolehlah dapatkan vitamin semulajadi Shaklee ini.

 Set Berkhatan

sms/ whatsapp: 014-8444220
COD Area: Gambang - Kuantan - Pekan

Penghantaran Menggunakan Poslaju Ke Seluruh Malaysia


Friday, 11 December 2015

11 Petua Merawat Demam Denggi Tanpa Ubat

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh nyamuk aedes atau lebih tepat lagi 2 jenis nyamuk aedes aegypti dan aedes albopictus. Virus demam denggi ini berjangkit pada manusia melalui gigitan nyamuk aedes betina yang biasanya banyak pada sebelah awal pagi dan senja. Terdapat beberapa jenis demam denggi tetapi denggi berdarah adalah yang paling berbahaya kerana ianya boleh membawa maut. 

Tanda-tanda Demam Denggi

  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke-3 hingga hari ke-14 selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Biasanya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut.
  • Sakit kepala yang teruk/kuat 
  • Sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. 
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. 
  • Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah
  • Kurang selera makan.

Saksikan video testimoni bagaimana merawat demam denggi tanpa ubat.


Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu... from iReach HD on Vimeo.

11 Petua Merawat Demam Denggi Tanpa Ubat.



1. Jus daun betikTimbalan Menteri Kesihatan, Dr Hilmi Yahaya berkata penyelidikan awal menunjukkan bahawa ekstrak daun betik dapat meningkatkan tahap platlet dalam pesakit yang menghidap demam denggi. Namun, ada juga di kalangan pesakit yang meminum jus ini tetapi masih tidak menunjukkan sebarang perubahan. Kenapa? Ini terjadi kerana sudah ketara terdapat binti-bintik merah dan bilangan platlet sudah terlampau rendah baru nak minum.

Sebagai cadangan, ambil 3 pelepah daun betik (pelepah dan daunnya), potong pendek-pendek masukkan dalam periuk, masukkan 3 gelas air kemudian rebus dengan api sederhana sehingga menjadi segelas air. Biarkan hampir sejuk kemudian minum.

2. Jus jambu batu merahmengandungi vitamin C dan ia membantu meningkatkan imuniti terhadap bakteria dalam badan. Selain itu, ia juga dapat menyembuhkan luka dengan cepat.

3. Air masak/ air suam. Minumlah air masak dengan kuantiti yang banyak, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Kalau kita perhatikan di hospital, pesakit  demam denggi hanya dirawat dengan masuk air sahaja. Tukar darah akan dilakukan sekiranya platlet turun ke paras bahaya sahaja. Ini membuktikan bahawa kandungan air yang banyak dapat menyembuhkan kita daripada demam denggi.

Cadangan: Minum segelas air masak pada setiap setengah jam. Ia akan meneutralkan kandungan asid dalam badan kita.

4. Sup KetamSup ketam merupakan salah satu cara traditional untuk melawan demam denggi. Ketam dipercayai mengandungi protein yang tinggi dan ia dapat membantu meningkatkan kandungan platlet darah dalam badan.

Cadangan: Reneh sup ketam dan beri kepada pesakit untuk di makan dan pastikan sup ketam dihirup dalam kuantiti yang perlu.

5. Jus buah kiwiHanya perlu megisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jus buah kiwi.

6. Jus buah kurma sangat tinggi dari segi kandungan gula, zink, dan vitamin. Selain untuk membantu pesakit demam denggi, ia memang terkenal sebagai penawar segala penyakit.

Cadangan: Kisar 10-20biji kurma dengan air suam dan minum jusnya pagi dan malam.


7. Jus pegaga. Sama seperti jus kurma. Hanya perlu kisar dan minum jusnya.

8. Tembikai merah. Boleh dimakan begitu sahaja atau jadikan jus. Amalkan setiap hari dan ambil dalam kuantiti yang banyak. Tugas utama tembikai adalah menggantikan cecair yang kurang didalam tubuh dan menyejukkan badan.
9. Minuman isotonik dapat membantu menambahkan tenaga. Ia dapat membantu pesakit untuk kekal hidrasi.

10. Air kelapa muda dapat menambahkan tahap mineral yang hilang di dalam badan disebabkan demam denggi selain menyejukkan badan


11. Supliment semulajadi. Anda disarankan untuk mengambil supliment tambahan seperti Performance Drinks dan Nutriferon bagi membantu menyembuhkan demam denggi. 

Performance Drinks Shaklee membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi. Dengan pengambilan Performance Drinks setiap hari, ini akan dapat membantu tubuh pesakit yang demam (biasanya bersuhu tinggi) daripada kehilangan cecair. Performance Drinks telah terbukti dengan ujian klinikal dan bertindak seperti minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula.

Nutriferon juga penting untuk diambil kerana ia merupakan 'immune booster' yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit. Nutriferon telah dipatenkan eksklusif satu-satunya di dunia membantu mempertingkat interferon dalam tubuh. Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema dan antibodi lemah, anda sangat disyorkan untuk mengambil nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit.

Testimoni Demam Denggi Daripada Pengguna Shaklee

Testimoni 1

                                                              Testimoni 2

Testimoni 3

Sekiranya terdapat saudara-mara atau sahabat handai anda terkena demam denggi, bantulah mereka. Bertindak segera demi orang tersayang kerana denggi boleh membunuh!

Untuk dapatkan Set Cegah Denggi, boleh terus hubungi kami seperti talian di bawah ataupun dengan hanya klik pada butang 'order sekarang' untuk buat belian secara online.


sms/ whatsapp: 014-8444220
COD Area: Gambang - Kuantan - Pekan

Penghantaran Menggunakan Poslaju Ke Seluruh Malaysia