Assalamualaikum... Anda risau sebab
ada masalah mulut/ nafas berbau? Rasanya.. Gosok gigi dah banyak kali. Gosok
macam mana pun, mulut tetap berbau. Kadang-kadang rasa malu juga lah bila
bersembang dengan kawan-kawan pada jarak yang dekat. Kita sendiri pun, kalau
bersembang dengan orang ada masalah nafas berbau memang sangat tidak selesa
dengan bau mulutnya. Kadang-kadang baunya macam longkang pun ada. Opss!!! Nak
tutup hidung time tu tak sampai hati. Bimbang pula kawan tu berkecil hati.
Jadi, bagaimana penyelesaian kepada masalah ini?
Ketahui bagaimana punca dan cara
mengatasi masalah bau mulut. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.
Bau
mulut (Bad Breath) atau dalam
istilah perubatan disebut ‘halitosis’. Halitosis boleh berlaku
pada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ini merupakan suatu masalah yang kerap
mengganggu apatah lagi ketika sedang berkomunikasi dengan seseorang.
Hasil
kajian yang dilakukan Persatuan Doktor Gigi Inggeris, mengatakan bahawa 20%
daripada pasangan mereka mempunyai mulut dan nafas yang
ketara berbau. Dan sudah tentu perkara tersebut akan menjadi masalah
ketika berbual, berkucup ataupun berdekatan dengan pasangan.
Ramai
di antara kita semua yang mempunyai masalah seperti ini tetapi tidak tahu
bagaimana cara untuk mengatasinya. Kebanyakkannya berasa malu untuk bertanya
dengan doktor gigi. Ada juga yang merasa rendah diri kerana mempunyai masalah
ini dan tersinggung apabila ditegur oleh orang yang rapat dengan mereka.
Punca Masalah Mulut dan Nafas Berbau.
**************************************************************************
Punca
utama masalah bau mulut adalah daripada bakteria. Bakteria ini hidup dan
membiak dalam mulut dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan
dari gigi. Bakteria bertahan hidup dan berkembang biak di rongga mulut
tanpa oksigen yang menghasilkan asid amino. Kemudian ia merembeskan hasil
perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur
Compounds – VSCs) yang menyebabkan bau yang kurang enak.
Untuk
makluman semua, kebanyakkan bakteria ini bersifat ‘anaerob’ (hidup
tanpa oksigen). Oleh sebab itulah ia boleh hidup di kawasan yang susah
dibersihkan seperti celah-celah gigi, celah-celah poket gusi, di bawah plak
yang melekat pada gigi, pada karang-karang yang melekat di poket gusi dan
juga di celah-celah rekahan lidah.
2.
Kekurangan Air Liur
Punca
seterusnya ialah mulut anda yang kering atau ‘xerostomia’ kerana
kekurangan air liur. Selain menimbulkan bau busuk, ia juga menyebabkan
pembiakan bakteria di dalam mulut. Oleh itu, pastikan mulut anda selalu
basah. Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia mencuci mulut
anda sepanjang masa dan secara tidak langsung membuang cebisan kecil
makanan (food debris) dari permukaan licin gigi.
Kekurangan
rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat, susah untuk membilas
mulut, menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob
di dalam mulut.
Punca
Kekurangan Air Liur
- Tekanan
perasaan (stress)
- Pengambilan
minuman alkohol
- Kekurangan
air dalam badan (dehydration)
- Berpuasa,
mengurangkan perembesan air liur
- Penggunaan
ubat kumur yang mengandungi alkohol
- Mereka yang
bernafas melalui mulut (mouth breather): angin yang dihasilkan
akan mengeringkan mulut.
- Bercakap
terlalu banyak (contohnya mereka yang bekerja sebagai cikgu, jurujual
dll): ini akan mengurangkan pengaliran/perembesan air liur.
- Penyakit
pada pencernaan, pernafasan, usus, buah pinggang serta jangkitan tekak dan
paru-paru.
- Kesan
sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan untuk penyakit darah tinggi,
antihistamine, penghalang selera makan dll.
·
Kebersihan
mulut yang tidak memuaskan
·
Kerosakan
gigi (karies gigi)
·
Penyakit gusi (penyakit
periodontium)
·
Makanan melekat di celah gigi
·
Gigi palsu yang tidak bersih
·
Bau mulut ketika bangun tidur
·
Mulut kering
·
Tabiat bernafas melalui mulut
·
Merokok
·
Diabetes
·
Penyakit Hati
·
Masalah
sistem penghadaman
6 Cara Mengatasi Masalah Bau Mulut (Bad Breath)
1)
Membersih dan memberus gigi
Jadikan amalan untuk memberus gigi dengan teratur. Rajinkan
juga untuk membersihkan gigi menggunakan benang flos atau flos pakai buang.
Dengan itu, segala kotoran yang membantu bakteria untuk hidup di dalam mulut
anda dibuang. Anda tidak digalakkan untuk memberus gigi dengan tergesa-gesa
kerana kotoran bakteria tidak mungkin hilang jika anda lakukan dengan sambil
lewa. Ambil masa untuk bersihkan mulut dan gigi anda dengan sempurna.
2)
Bersihkan lidah
Untuk
menghilangkan masalah nafas berbau, anda bukan sahaja perlu menggosok gigi
setiap hari, tetapi juga perlu untuk menggosok lidah. Ini kerana lidah
anda terutamanya bahagian belakang atas, adalah punca utama yang menyebabkan
masalah nafas berbau yang serius. Ia terjadi kerana lidah anda mempunyai
berjuta-juta filamen yang boleh memerangkap sisa makanan dan bakteria, jika
dibiarkan akan membawa kepada masalah nafas berbau.
3) Ubat kumur anti-bakteria
Ubat kumur berfungsi untuk
menghilangkan bakteria di dalam mulut yang menyebabkan masalah nafas berbau.
Anda dinasihatkan untuk mengamalkan ubat kumur ini sekurang-kurangnya sekali
sehari.
4) Chewing Gum
Kadang kala kita terlalu asyik
mengunyah gula-gula getah, jangan pula tidak tahu kerana gula-gula getah boleh
juga membantu mengatasi masalah bau nafas! Kerana ia akan merangsang
penghasilan air liur lebih banyak. Cuba amalkan, dan rasakan perubahannya
nanti!
5) Banyakkan minum air masak
Meminum banyak air mempunyai 1001 kelebihan. Sebenarnya air membantu untuk membunuh bakteria jahat yang membuatkan nafas atau mulut
anda berbau. Amalkan meminum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Dengan
basahan mulut anda yang kerap, akan melemahkan bakteria untuk hidup selesa di
dalam mulut anda. Jadi tiadalah bau nafas!
6) Pengambilan Suplemen
Antara cadangan suplimen yang sesuai untuk masalah bau mulut ialah:
Herblax -
Untuk pembersihan usus dan mengatasi masalah pada proses penghadaman
Vitamin C SR - Menyembuhkan penyakit gusi dan
detoksifikasi yang bagus
Garlic
Complex - Merupakan antibiotik semulajadi yang berfungsi memusnahkan
bakteria
AlfalfaComplex - Membantu menyegarkan nafas dan mendetoksifikasikan bau.
Saya nasihatkan anda yang mempunyai masalah nafas ataupun mulut berbau ini, untuk tidak mengambil
ringan. Rajin-rajinlah berusaha untuk hilangkan masalah ini. Jika ada kelapangan, bolehlah dapatkan rawatan dengan doktor gigi. Sekiranya anda berminat untuk menghilangkan bau mulut anda dengan supliment semulajadi Shaklee pun boleh juga. Hubungi saya seperti di bawah;)
sms/ whatsapp: 014-8444220
Fb Page: Vitamin Oh Vitamin
Instagram: Syuhada_Vitamin_Kuantan
COD Area: Gambang - Kuantan - Pekan
Penghantaran Menggunakan Poslaju Ke Seluruh Malaysia
=p~
ReplyDelete=p~
ReplyDelete