Saturday, 14 November 2015

PUNCA DAN CARA ATASI MASALAH BAU MULUT DAN NAFAS BERBAU

Assalamualaikum... Anda risau sebab ada masalah mulut/ nafas berbau? Rasanya.. Gosok gigi dah banyak kali. Gosok macam mana pun, mulut tetap berbau. Kadang-kadang rasa malu juga lah bila bersembang dengan kawan-kawan pada jarak yang dekat. Kita sendiri pun, kalau bersembang dengan orang ada masalah nafas berbau memang sangat tidak selesa dengan bau mulutnya. Kadang-kadang baunya macam longkang pun ada. Opss!!! Nak tutup hidung time tu tak sampai hati. Bimbang pula kawan tu berkecil hati. Jadi, bagaimana penyelesaian kepada masalah ini?

Ketahui bagaimana punca dan cara mengatasi masalah bau mulut. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.


Bau mulut (Bad Breath) atau dalam istilah perubatan disebut ‘halitosis’. Halitosis boleh berlaku pada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ini merupakan suatu masalah yang kerap mengganggu apatah lagi ketika sedang berkomunikasi dengan seseorang.

Hasil kajian yang dilakukan Persatuan Doktor Gigi Inggeris, mengatakan bahawa 20% daripada pasangan mereka mempunyai mulut dan nafas yang ketara berbau. Dan sudah tentu perkara tersebut akan menjadi masalah ketika berbual, berkucup ataupun berdekatan dengan pasangan.


Ramai di antara kita semua yang mempunyai masalah seperti ini tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk mengatasinya. Kebanyakkannya berasa malu untuk bertanya dengan doktor gigi. Ada juga yang merasa rendah diri kerana mempunyai masalah ini dan tersinggung apabila ditegur oleh orang yang rapat dengan mereka.
Punca Masalah Mulut dan Nafas Berbau.
**************************************************************************
1. Bakteria
Punca utama masalah bau mulut adalah daripada bakteria. Bakteria ini hidup dan membiak dalam mulut dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi. Bakteria bertahan hidup dan berkembang biak di rongga mulut tanpa oksigen yang menghasilkan asid amino. Kemudian ia merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds – VSCs) yang menyebabkan bau yang kurang enak.


Untuk makluman semua, kebanyakkan bakteria ini bersifat ‘anaerob’ (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah ia boleh hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, celah-celah poket gusi, di bawah plak yang melekat pada gigi, pada karang-karang yang melekat di poket gusi dan juga di celah-celah rekahan lidah.
2. Kekurangan Air Liur
Punca seterusnya ialah mulut anda yang kering atau ‘xerostomia’ kerana kekurangan air liur. Selain menimbulkan bau busuk, ia juga menyebabkan pembiakan bakteria di dalam mulut. Oleh itu, pastikan mulut anda selalu basah. Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia mencuci mulut anda sepanjang masa dan secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan (food debris) dari permukaan licin gigi.

Kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat, susah untuk membilas mulut, menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut.

Cuba bayangkan sepanjang hari air liur di dalam mulut adalah kurang. Sudah tentulah mulut kita berbau sepanjang masa. Semasa tidur juga prembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau mulut yang kurang enak apabila bangun dari tidur.
Punca Kekurangan Air Liur
  • Tekanan perasaan (stress)
  • Pengambilan minuman alkohol
  • Kekurangan air dalam badan (dehydration)
  • Berpuasa, mengurangkan perembesan air liur
  • Penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol
  • Mereka yang bernafas melalui mulut (mouth breather): angin yang dihasilkan akan mengeringkan mulut.
  • Bercakap terlalu banyak (contohnya mereka yang bekerja sebagai cikgu, jurujual dll): ini akan mengurangkan pengaliran/perembesan air liur.
  • Penyakit pada pencernaan, pernafasan, usus, buah pinggang serta jangkitan tekak dan paru-paru.
  • Kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan untuk penyakit darah tinggi, antihistamine, penghalang selera makan dll.
Selain daripada dua punca di atas, terdapat lagi beberapa punca penyebab kepada bau mulut. Antaranya ialah::
·                     Kebersihan mulut yang tidak memuaskan
·                     Kerosakan gigi (karies gigi)
·                     Penyakit gusi (penyakit periodontium)
·                     Makanan melekat di celah gigi
·                     Gigi palsu yang tidak bersih
·                     Bau mulut ketika bangun tidur
·                     Mulut kering
·                     Tabiat bernafas melalui mulut
·                     Merokok
·                     Diabetes
·                     Penyakit Hati
·                     Masalah sistem penghadaman

6 Cara Mengatasi Masalah Bau Mulut (Bad Breath)

1) Membersih dan memberus gigi

Jadikan amalan untuk memberus gigi dengan teratur. Rajinkan juga untuk membersihkan gigi menggunakan benang flos atau flos pakai buang. Dengan itu, segala kotoran yang membantu bakteria untuk hidup di dalam mulut anda dibuang. Anda tidak digalakkan untuk memberus gigi dengan tergesa-gesa kerana kotoran bakteria tidak mungkin hilang jika anda lakukan dengan sambil lewa. Ambil masa untuk bersihkan mulut dan gigi anda dengan sempurna.

2) Bersihkan lidah

Untuk menghilangkan masalah nafas berbau, anda bukan sahaja perlu menggosok gigi setiap hari, tetapi juga perlu untuk menggosok lidah. Ini kerana lidah anda terutamanya bahagian belakang atas, adalah punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau yang serius. Ia terjadi kerana lidah anda mempunyai berjuta-juta filamen yang boleh memerangkap sisa makanan dan bakteria, jika dibiarkan akan membawa kepada masalah nafas berbau.
3) Ubat kumur anti-bakteria

Ubat kumur berfungsi untuk menghilangkan bakteria di dalam mulut yang menyebabkan masalah nafas berbau. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan ubat kumur ini sekurang-kurangnya sekali sehari.

4) Chewing Gum
Kadang kala kita terlalu asyik mengunyah gula-gula getah, jangan pula tidak tahu kerana gula-gula getah boleh juga membantu mengatasi masalah bau nafas! Kerana ia akan merangsang penghasilan air liur lebih banyak. Cuba amalkan, dan rasakan perubahannya nanti!
5) Banyakkan minum air masak
Meminum banyak air mempunyai 1001 kelebihan. Sebenarnya air membantu untuk membunuh bakteria jahat yang membuatkan nafas atau mulut anda berbau. Amalkan meminum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Dengan basahan mulut anda yang kerap, akan melemahkan bakteria untuk hidup selesa di dalam mulut anda. Jadi tiadalah bau nafas!
6) Pengambilan Suplemen 

Antara cadangan suplimen yang sesuai untuk masalah bau mulut ialah:

Herblax - Untuk pembersihan usus dan mengatasi masalah pada proses penghadaman
Vitamin C SR - Menyembuhkan penyakit gusi dan detoksifikasi yang bagus
Garlic Complex - Merupakan antibiotik semulajadi yang berfungsi memusnahkan bakteria 
AlfalfaComplex - Membantu menyegarkan nafas dan mendetoksifikasikan bau.

Saya nasihatkan anda yang mempunyai masalah nafas ataupun mulut berbau ini, untuk tidak mengambil ringan. Rajin-rajinlah berusaha untuk hilangkan masalah ini. Jika ada kelapangan, bolehlah dapatkan rawatan dengan doktor gigi. Sekiranya anda berminat untuk menghilangkan bau mulut anda dengan supliment semulajadi Shaklee pun boleh juga. Hubungi saya seperti di bawah;)

sms/ whatsapp: 014-8444220
COD Area: Gambang - Kuantan - Pekan
Penghantaran Menggunakan Poslaju Ke Seluruh Malaysia


Friday, 13 November 2015

TIPS PENJAGAAN LUKA BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN AGAR CEPAT SEMBUH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ramai dikalangan wanita mengandung yang mengelak daripada bersalin secara pembedahan tetapi ada juga yang memlilih pemebedahan sebagai cara untuk mereka bersalin. Masing-masing ada sebab tersendiri bergantung kepada kondisi kandungan. Kalau kandungan tiada sebarang masalah, ibu digalakkan bersalin secara normal. Tetapi sekiranya ada sebarang komplikasi terhadap kandungan, barulah ibu digalakkan ataupun memang dipaksa untuk bersalin dengan cara pembedahan.

Ada juga di kalangan ibu-ibu yang memilih untuk bersalin secara c-zer walaupun tiada sebarang masalah komplikasi terhadap kandungan. Kenapa ye? Antara sebab-sebabnya ialah:
- Ibu tidak mahu menanggung sakit kontraksi semasa proses bersalin.
- Ibu mahu bersalin pada tarikh yang diinginkan. Contohnya, ibu mahu bersalin pada tarikh 11 November 2011 (11.11.11), jadi ibu akan buat temujanji dengan pihak hospital untuk bersalin pada tarih tersebut.

Tapi berbaloikah buat pilihan macam tu ye?
Itu terpulanglah kepada pendapat masing-masing.

Bagi ibu-ibu yang bersalin secara c-zer, bagaimanakah cara mereka berpantang? Bagamainakah untuk pastikan luka pembedahan tersebut cepat sembuh?




TIPS LUKA PEMBEDAHAN CEPAT SEMBUH


TIPS 1 – luka mesti sentiasa kering. Tetapi, ibu akan bermasalah bila perut masih besar dan menggeleber sampai tutup tempat jahitan. Bila badan berpeluh, kulit perut yang tutup luka akan sebabkan luka sentiasa lembap. Setiap kali selepas mandi, keringkan bahagian luka pembedahan dengan kain yang lembut, tapi bukan dengan tisu ye. Tak pun anda boleh guna pengering rambut (hair dryer). Ini penting agar luka sentiasa kering dan tidak terkena jangkitan kuman dan bernanah.

TIPS 2 - Elakkan menyapu sebarang ubat tradisional pada kawasan luka pada 10 hari pertama bersalin. Perkara ini dikhuatiri akan melambatkan percantuman kulit di bahagian luka. Selepas lupa bercantum barulah anda boleh menggunakan sebarang ubat sapu yang dirasakan perlu dan tidak memudaratkan luka anda. 

TIPS 3 - Anda boleh sapu ubat luka yang dibekalkan oleh hospital ataupun ubat yang dibeli dari farmasi di tempat luka selama 30 hari atau sampai cukup 44 hari berpantang. Selain dari tu, boleh juga gunakan ubat pusat bayi. Biasanya ubat pusat baby tu guna seminggu atau lebih sikit je untuk baby. Bila tali pusat dah tanggal, dah kurang guna. Jadi, boleh lah guna kat si ibu pula.

TIPS 4Penggunaan sabun semasa mandi juga dilarang. Hanya gunakan air sahaja membasuh di bahagian luka. Alaskan bahagian luka dengan plastik semasa mandi bagi mengelakkan air kena terus pada luka. Ikat plastik macam skirt pada bahagian pinggang ke bawah.

TIPS 5 - Elakkan melakukan aktiviti atuapun elakkan pergerakan yang lasak pada minggu pertama kelahiran. Contohnya, elakkan aktiviti naik tangga mahupun membongkok bagi mengelakkan tekanan pada luka. Minta bantuan suami ataupun ahli keluarga yang lain untuk melakukan aktiviti seharian.

TIPS 6 - Elakkan mengambil ubat sembarangan tanpa pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia KKM. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu kerana dibimbangi ubat tersebut mendatangkan kesan sampingan seperti memberi tekanan pada buah pinggang atau mengurangkan pengecutan rahim.

TIPS 7 - Susukan anak anda secara eksklusif. Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu badan akan mengeluarkan hormon oxytoxin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Dapatkan bantuan dari jururawat dari hari pertama bersalin , bagaimana posisi menyusukan anak yang sesuai tanpa menjejaskan luka. Belajarlah ilmu penyusuan demi anak yang tersayang.

TIPS 8 - Pengambilan makanan berkhasiat yang kaya dengan zat besi , multivitamin dan zinc. 
- Zat besi penting kerana anda banyak kehilangan darah semasa pembedahan dan mengelakkan anemia.
- Multivitamin pula untuk membekalkan nutrisi dan zat penting pada tubuh.
- Zinc membantu menyembuhkan luka dengan cepat.
- Vitamin C bantu segarkan sel badan dan elakkan kulit kusam.
Vitamin B5 dan B6 dlm B-complex bantu kawal stress dan elakkan meroyan.
Energizing Soy Protein (ESP)  bantu memberi tenaga berpanjangan.



Penting buat ibu yang sedang berpantang untuk kekal cergas kembali. Melancarkan penyusuan agar lebih meriah dan penghasilan susu yang lebih cepat, pekat dan sedap.





Sekiranya anda tidak pasti makanan mana yang kaya dengan zinc dan zat besi, anda bolehlah mengambil SET BERSALIN SHAKLEE yang lengkap dengan semua zat tersebut. InsyaAllah, luka ibu-ibu akan cepat sembuh.



Sekiranya anda bercadang untuk dapatkan Set Berpantang Shaklee, bolehlah terus hubungi saya:


sms/ whatsapp: 014-8444220
COD Area: Gambang - Kuantan - Pekan

Penghantaran Menggunakan Poslaju Ke Seluruh Malaysia


Wednesday, 11 November 2015

Cara Merawat Patah Tulang Akibat Kemalangan Supaya Cepat Sembuh

Assalamulaikum.. Anda semua pernah patah tulang tak? Atau anda semua pernah ada masalah berkaitan dengan tulang? Pagi tadi, saya ada terima whatsapp dari seseorang yang mengalami patah tulang bahu 2 bulan lalu. Dia bertanyakan tentang supliment untuk mengekalkan dan baik pulih kesihatan tulangnya kembali. Jadi, terdetik pula di fikiran saya untuk menulis entri tentang patah tulang.

Patah Tulang
****************
Patah Tulang berlaku jika tulang itu tidak dapat menanggung beban atau tekanan yang dihadapinya. Ia juga berlaku apabila sesuatu tulang mengalami keretakan atau kepatahan.

Jenis-jenis patah.
**********************
Ada beberapa jenis patah/ fraktur yang biasa ditemui:

~ Patah tertutup - fraktur yang berlaku di mana tiada luka/ tulang yang patah itu yang terdedah kepada udara luar. (patah yang tidak nampak dari luar)
~ Patah terbuka - kepatahan tulang yang mempunyai luka dan terdedah kepada udara luar
~ Patah penuh - kepatahan tulang yang berlaku dimana tulang itu patah kepada dua atau lebih serpihan
~ Patah tidak penuh - keretakan yang berlaku kepada tulang tersebut.
~ Patah stres - fraktur yang berlaku disebabkan oleh pergerakan yang berulang di mana tulang itu tidak dapat menahan bebanan tersebut ( seperti berlari atau kawat ) . Tulang akan mengalami keretakan yang amat halus di mana tidak dapat ditunjukkan oleh sinar x pada peringkat awal.

Selalunya patah tulang berlaku disebabkan oleh jatuh dari tempat tinggi, kemalangan jalan raya, hentakan tepat, penderaan kanak-kanak dan lain-lain lagi  seperti aktiviti berulang (berlari / berkawat)

Tanda-tanda Patah Tulang
*********************************

- Kepatahan yang mempunyai luka dan tulang yang terdedah kepada udara
- Bengkak dan sakit pada anggota yang terlibat
- Hilang fungsi anggota
- Kecacatan pada anggota yang terlibat
- Kebas
- Lebam pada kawasan yang cedera

Pada hakikatnya, patah tulang memerlukan masa yang agak lama untuk sembuh. Setelah mengalami rawatan di hospital, pesakit patah tulang perlu menunggu masa yang berbulan-bulan untuk sembuh sepenuhnya dan tempoh penyembuhannya pula bergantung kepada individu tersendiri. Tempoh penyembuhan tidak sama mengikut jenis kecederaan/ patah yang dialami.

Menurut Dr. Zubaidi Hj Ahmad, terdapat 3 proses penyembuhan patah tulang iaitu:

1) Berlakunyapembengkakan (inflamasi)
2) Penyingkiran sel-sel tulang yang rosak
3) Pembentukan semula tulang yang baru

Pengambilan makanan yang lengkap dan seimbang juga banyak mempengaruhi dan membantu mempercepatkan proses penyembuhan tulang.

Antara cadangan pemakanan yang digalakkan ialah dengan mengambil beberapa suplimen yang dirasakan sesuai untuk penyembuhan dan baik pulih tulang.

Cadangan untuk tulang yang baru patah:


Ostematrix merupakan suplemen Kalsium Shaklee yang membantu menguatkan tulang,membantu fungsi saraf dan mengelakkan kekejangan otot akibat kemalangan. Ostematrix Shaklee ini dirumus dengan kandungan :


2) ESP merupakan sumber protein terbaik yang dihasilkan tanpa perasa tiruan, pewarna dan pengawet. Protein amat penting diperlukan bagi membina semula tulang yang patah atau retak. Protein juga diperlukan bagi pertumbuhan sel-sel baru yang tercedera atau mungkin sudah mati.
                                                 
3) Zinc Complexmampu membantu dalam mempercepat proses baik luka. Zinc Complex membantu mengekalkan integriti kulit danmukosa membran. Zinc penting untuk sintesis DNA, pembahagian sel, pembentukan kolagen, sintesis protein, dan fungsi imun - semua proses yang perlu untuk pertumbuhan semula tisu dan pembaikan luka.

                                                        

Cadangan untuk tulang patah selepas 6 minggu ke atas iaitu dengan mengamalkan Set Sendi Shaklee:

1) Omega
3) AJHT

Sekiranya anda berniat untuk selamatkan tulang anda, berniat untuk kekalkan kesihatan tulang anda, segeralah dapatkan suplimen-suplimen yang dicadangkan. Ikhtiar dulu sebelum bertawakal.. Kuasai penyembuhan tetap ada di tangan Allah.. Usaha + Doa = Penyembuhan

sms/ whatsapp: 014-8444220
COD Area: Gambang - Kuantan - Pekan
Penghantaran Menggunakan Poslaju Ke Seluruh Malaysia




5 Percutian Idaman Saya Sebelum Saya Menutup Mata

Assalamualaikum semua. Saya yakin kita semua pasti mempunyai percutian idaman masing-masing. Kalau ikutkan hati ni, merata-rata tempat lah yang nak saya lawati. Hihihihi... Ni antara 5 tempat percutian yang saya idam-idamkan sebelum saya menutup mata.


TEMPAT PERTAMA 1>>> MAKKAH

Paling utama saya mahu menjejakkan kaki ke tanah suci. Kalau boleh nak bawa semua ahli keluarga saya ke sana. Beribadat disamping keluarga tersayang pasti lebih diberkati Allah. Bolehlah saya ceritakan kepada anak-anak kisah nabi dan tunjukkan kepada mereka tempat-tempat bersejarah di sana. Boleh juga kami merasa pengalaman naik unta :)
Makkah merupakan tempat lahirnya Nabi Ismail danNabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t.
Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut.
Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah.

TEMPAT KEDUA 2 >>> ISTANBUL

Turki sememangnya destinasi pelancongan yang sangat porpular. Terutama Istanbul, ramai yang pasti singgah ke Blue Mosque dan Topkapi Saray yang bersebelahan sahaja.

Masjid biru merupakan salah satu mercu tanda Istanbul, Turkey dan merupakan tempat yang paling dan paling saya ingin lawati di Istanbul. Subhanallah sangat cantik, indah, megah dan agung sekali reka bentuk masjid tersebut.

Satu lagi tempat menarik di sini ialah Grand bazar merupakan syurga membeli belah bagi kaki shopping. Menurut orang-orang yang pernah sampai ke sini, pelbagai barang dijual di sini seperti turkey karpet, cenderamata, cenderahati, tudung turkey, sejadah turkey, pelbagai jenis teh, herba dan rempah ratus, lampu-lampu turkey yang sangat cantik, zaitun dan minyak zaitun, pelbagai jenis keju, kebab dan macam-macam lagi. Semuanya ada disini.

TEMPAT KETIGA 3 >>> DISNEYLAND, HONG KONG
Hong Kong Disneyland ialah taman tema pertama dalam Hong Kong Disneyland Resort dan dimiliki dan diuruskan oleh syarikat Hong Kong International Theme Parks.
Hong Kong Disneyland, iaitu taman kelima yang bergaya Magic Kingdom, terletak di atas tanah tebus guna di Penny's BayPulau Lantau. Setelah bertahun-tahun menjalani rundingan dan pembinaan, taman ini dibuka pada 12 September 2005. Pihak Disney cuba mengelakkan masalah pertembungan budaya dengan menerapkan unsur-unsur budaya, adat resam, dan tradisi Cina ketika mereka bina resort ini, termasuk mematuhi hukum feng shui. Contohnya, sebatang lengkuk diletakkan pada laluan pejalan kaki berhampiran pintu masuk Hong Kong Disneyland Resort agar qi yang bagus tidak mengalir ke Laut China Selatan.
Taman ini terdiri daripada empat kawasan bertema yang serupa dengan taman Disneyland yang lain, iaitu Main Street, U.S.A.FantasylandAdventureland dan Tomorrowland. Para penghibur di taman tema ini bertutur dalam bahasa InggerisKantonis dan Mandarin. Peta panduan juga disediakan dalam tulisan Cina tradisional dan ringkas, dan juga bahasa-bahasa Inggeris, Perancis dan Jepun. Taman ini boleh menampung 34,000 pelawat sehari, sebagai taman Disneyland terkecil di dunia. 

TEMPAT KEEMPAT 4>>> KOREA SELATAN

Percutian idaman saya yang keempat adalah ke Korea Selatan - Nami Island, Jeju Island dan Seoul. Sebab apa? dan mengapa? Of course lah sebab terpengaruhnya dengan drama-drama Korea.. Drama korea yang banyak mempengaruhi percutian idaman saya ini sudah pastinya Drama Korea "Winter Sonata"Lokasi lakonannya dan permandangannya yang indah cukup membuatkan saya terpegun dan begitu teruja untuk melawat negara itu.


Lokasi pertama bila ke Korea Selatan sudah tentunya ke Nami Island. Ia merupakan salah satu lokasi utama pengambaran yang di ambil untuk Drama korea ' Winter Sonata. Kalau boleh nak pergi ketika musim sejuk. Ada salji. Nak main salji. Terbayang sungguhlah berjalan di bawah pokok-pokok ini bersama orang-orang tersayang. Teringin juga nak bergambar dengan monument pelakon kegemaran ini.Hihihihi...berangan pulak.


Lokasi kedua bila ke Korea Selatan pasti nak ke Jeju Island juga. Saya ni memang seorang pencinta alam, yang suka dengan pemandangan yang hijau, laut kebiruan dan mendengar burung-burung berkicauan. Rasa tenang je kan bila melihat dan mendengar semua ini. Ya Allah pasti indah dan nyaman ciptaan-Nya. Selalunya dengar jer cerita yang indah-indah daripada kawan-kawan dan blogger2 yang dah ke sana. Tetapi bila melihat gambar memang dah pasang niat dalam hati untuk ke sana juga suatu hari nanti.



Cabaran 7 hari Entry- Day 2 : Percutian Idaman Saya

Lokasi ketiga bila ke Korea Selatan mesti nak ke capital citynya, Seoul. Bandar metropolitan ke 2 besar yang serba moden dan canggih.


TEMPAT KELIMA 5 >>> ITALI


Tempat percutian idaman yang seterusnya ialah ke Itali. Itali pula masyhur dengan menara condongnya, Menara Pisa yang memakan masa hampir 200 tahun untuk disiapkan. Mula dibina pada August 9, 1173, namun setelah kerja pembinaan siap hingga ke tingkat yang ketiga, menara tersebut mulai senget. Ini disebabkan oleh struktur tanah tersebut yang tidak padat. Ada juga yang mengatakan ia dibina diatas tanah liat yang keras. Saya teringin untuk melihat dengan mata saya sendiri macammana yang dikatakan condong bangunan tersebut. 
Colosseum di bandar Rom, satu lagi tempat bersejarah yang terkenal di Italy. Ia seperti sebuah stadium besar dimana para pahlawan akan menunjukkan kehebatan masing masing di depan raja raja mereka.  Dengan rekaan yang unik ia mampu memuatkan 50,000 penonton pada satu satu masa. 
Dan yang tempat terakhir sekali di Italy ialah Canals of Venice atau Terusan Venice. Kata orang kalau melancong di Venice tapi tak naik gondola tak sahlah lawatan itu. Terbayang bayang suasana romantis jika dapat naik gondola berdua dengan encik suami menyelusuri terusan ini pada waktu malam. Pasti mengasyikkan!

Haaa... menarikkan tempat-tempat ni. InsyaAllah kalau ada rezeki, tempat-tempat inilah yang akan saya jejaki. Atas sebab ini jugalah saya serius berkecimpung dalam bisness Shaklee. Saya nak kumpul duit banyak-banyak untuk bawa keluarga melancong ke destinasi percutian idaman saya. Ya, bukan mudah nak senang dan kaya dengan Shaklee, tapi dengan Shaklee kita memang boleh kaya dengan izin Allah. Kenapa saya yakin? Kerana ianya terbukti dengan lahirnya ramai jutawan muda dalam Shaklee. Kalau mereka boleh, mengapa tidak saya. 

Jika anda juga berangan-angan untuk melancong dan kaya seperti saya, jom sertai keluarga besar kami. Keluarga kami akrab dan saling membantu. Anda tidak akan ditinggalkan sendirian terkapai-kapai dalam bisnes ini. Bisness Shaklee juga sesuai untuk para suri rumah membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Kini suri rumah dapat jana pendapatan yang lumayan hanya dari rumah. 

Untuk cara mudah menyertai kami, hubungi saya Syuhada di 014-8444220. Saya akan uruskan segala urusan pendaftaran dan membimbing anda berjaya dalam bisnes ini dan kami juga ada group support untuk membimbing dan membantu anda dalam Bisness Shaklee ini.

sms/ whatsapp: 014-8444220
COD Area: Gambang - Kuantan - Pekan