Tuesday, 22 September 2015

TIPS KEKAL CERGAS MENUNAIKAN IBADAH HAJI : VITAMIN UNTUK JEMAAH HAJI

Assalamualaikum semua :)))

LABBAIK KALLAAH HUMMA LABBAIIK..
LABBAIK KALAA SYARIIKALA KALABBAIIK...

Setiap kali terpandang Kaabah sayunya rasa  hati ni. Saya teringin sekali ke tanah suci Mekah untuk menunaikan Haji & Umrah di sana..Moga2 Allah perkenankan hajat saya sekeluarga untuk ke sana menunaikan Rukun Islam yang ke-5...Insyaallaah..Aamiin..


Sempena nak sambut RAYA HAJI ni, sy nak share cket tentang suplimen yang digalakkan untuk jemaah Haji.

Antaranya ialah:

1) Performance Drink
2) B Complex
3) Vitamin C
4) Kalsium/ OsteMatrix
5) Nutriferon
6) Advance Joint Health Tablet

Memandangkan cuaca kita tak sama dengan cuaca di sana.Tambahan pula tempat orang.Nak buat amal ibadat haji/umrah, mestilah badan kena sihat. Kalau sakit,nak beribadah pun rasa tak khusyuk.Tambahan pula, ibadah haji & umrah ni memang banyak kena berjalan. Ibu dan ayah kita kadang2 cepat lenguh kaki dan sakit tumit.Tu sebab kena ambil supplement.Badan kena cergas.Elakkan demam atau selsema.

1. Performance Drink 
>>> untuk mencegah masalah pengdehidratan sepanjang berada di sana terutama waktu panas terik. 
>>> Untuk memastikan jemaah haji ini sentiasa bertenaga sepanjang menunaikan ibadah. 
>>> Minum sehari 2-3x

2. Vitamin C

>>> Penting untuk imun tubuh kita. 
>>> Bertindak sebagai antioksidan
>>> Sangat penting dalam melawan penyakit.

3. Kalsium @ Ostematrix

>>> Semasa menunaikan haji/umrah, para jemaah bukan sahaja memerlukan tenaga tetapi juga kesihatan tulang yang baik untuk solat, berjalan kaki dari hotel ke masjid, bertawaf, menunaikan saie dn sebagainya.
>>> Jadi, ibadah haji memerlukan kudrat yang banyak maka keperluan kalsium juga tidak boleh dipandang remeh. 
>>> Ianya dapat membantu melegakan rasa lenguh-lenguh dan sakit-sakit badan dan tulang.
>>> Ia juga membantu memberikan tidur yang lena dan berkualiti untuk bangun menunaikan amal ibadah keesokan harinya.

4. Nutriferon

>>> Penggalak sistem imun bagus utk antibodi.
>>> Ia umpama pengganti panadol, aspirin, etc (say no to panadol, pain killer). >>> Tak perlu makan setiap hari. Memadai 2-3 paket dalam seminggu, dan sekiranya jemaah haji berasa tidak sihat (demam/batuk/ selsema dll) boleh diambil sepeket setiap hari.
>>> Sesuai untuk lelaki dan juga wanita.

5. Advance Joint Health Tablet

>>> Sesuai untuk mereka yang mengalami sakit-sakit sendi terutama bagi jemaah haji yang berumur yang mengalami sakit-sakit sendi terutama di bahagian lutut. 

***************************************************************
***************************************************************

Hadiah tak ternilai harganya

Biasanya, kalau orang nak pergi haji ramai akan sedekahkan duit. Betul tak? Memang duit tu diperlukan, maklumlah belanja untuk mengerjakan haji bukan murah, mungkin dia tiada simpanan dan selepas mengerjakan haji. Namun, jiwa yang terlalu seronok untuk menjadi tetamu Allah mungkin tak fikir soal duit dah.
Apa kata, jika ada kalangan ibu bapa, mak cik pakcik, atuk nenek hatta jiran sekalipun kita pakat hadiah kan Set Asas Haji ni untuk menjaga kesihatan di sana. Percayalah, ini lebih bernilai untuk mereka. Manalah tau, jika dia sihat boleh beribadah dengan selesa, nama kita sekali termasuk dalam doa dia. Kan dah untung di situ?

Tak perlu ambil semua supplement yang saya cadangkan di atas. Ambil mana yang perlu sahaja ikut bajet masing-masing ;) 

Sekiranya ada sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya. Saya akan bantu anda,untuk dapatkan SET VITAMIN HAJI/UMRAH ini mengikut bajet anda.

Syuhada 014-8444220 (sms/ whatsapp)
Fb Page: Vitamin Oh Vitamin

Friday, 18 September 2015

TIPS BERCUTI BERSAMA ANAK KECIL

Assalamualaikum...
Hai...
Cuti sekolah dah bermula. Selamat bercuti saya ucapkan kepada semua yang dah mula cuti terutamanya kepada kaum guru dan murid sekolah..

Bila dah tiba musim cuti sekolah ni, mesti ada diantara kita yang merancang untuk bercuti ke tempat-tempat idaman kan? Mesti masing-masing dah senaraikan tempat-tempat yang akan menjadi destinasi percutian nanti.

Tapi bagaimana pula kalau kita anak anak kecil?Emmm..Ini sedikit sebanyak akan menjadi masalah besar kepada kita..Haaa...di sinilah ibu bapa perlu bijak menentukan dan memilih destinasi percutian yang sesuai sekiranya membawa anak kecil.


Entri kali ini, saya nak kongsikan tips bercuti bersama anak kecil supaya percutian kita lebih bermakna walaupun dengan kehadiran si kecil;) 


1) Pemilihan destinasi penginapan yang sesuai dan selesa.
Pastikan anda menempah tempat penginapan lebih awal. Pilih penginapan yang selesa dengan mempunyai ruang untuk anak anda merangkak, berlari atau bermain. Jika anda mempunyai bajet yang lebih, memilih penginapan yang mempunyai kolam renang adalah lebih baik memandangkan kebanyakan kanak-kanak amat gemar bermain air.

2) Bijak memilih waktu memulakan perjalanan.
Si kecil akan mudah merasa bosan berada di dalam kereta sekiranya tempoh perjalanan terlalu lama. Bila dah bosan, mulalah diorang nak meragam. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, adalah lebih baik memulakan perjalanan pada waktu yang hampir dengan waktu tidur anak-anak supaya masa perjalanan mereka terisi dengan tidur.

3) Ajak rakan / saudara bercuti bersama-sama.
Bercuti bersama rakan/ saudara akan menyenangkan lagi percutian kita kerana mereka dapat membantu kita mematau dan juga mengawal anak-anak kecil kita. Lagipun bercuti ramai-ramai ni akan lebih menyeronokkan!!

4) Sediakan keperluan anak secukupnya
  • Susu formula (jika anak minum susu formula) secukupnya, dibimbangi kehabisan susu dan sukar untuk mencari jenama susu yang dikehendaki di tempat percutian anda. 
  • Termos air panas
  • Berus dan sabun pencuci botol
  • Botol susu
  • Nursing cover (sekiranya anak menyusu susu ibu) untuk memudahkan urusan menyusu anda di tempat awam.
  • Lampin pakai buang secukupnya. Bagi memudahkan penukaran lampin, adalah lebih praktikal jika anda menggunakan lampin pakai buang jenis seluar terutama bagi anak-anak yang telah berumur 8 bulan ke atas, yang tidak suka dibaringkan apabila memakai lampin. Jika anda membawa lampin pakai buang biasa, bawa bersama 'changing mat' bagi memudahkan anda menukar lampin anak di mana jua.
  • Pakaian anak secukupnya :3 pasang sehari 
    • topi
    • kasut
    • stoking
    • tuala mandi
    • tuala kecil
    • tisu lembap 
    • bantal kecil 
    • tisu poket
    • set mandian (travel pack)
    • putik kapas
    • ubat-ubatan
    • termometer
  • Baby carrier / baby sling
  • Makanan untuk bayi (nestum, biskut bayi, puri dan sebagainya) 
  • Makanan untuk anak yang lebih besar (biskut, roti, snek, lollipop, air kotak dan sebagainya. Makanan akan membuatkan mereka leka dan perut yang kenyang akan membuatkan mereka kurang meragam.


5) Pastikan simpan keperluan anak dalam beg yang sesuai dan mudah dicapai.
Contohnya, lampin pakai buang, changing mat, tisu lembap, tuala kecil, tisu poket, termos kecil, sebotol air mineral / air masak, susu formula yang telah disukat di dalam compartment susu, nursing cover (jika menyusu dengan susu ibu), makanan dan minuman, baby carrier serta bantal kecil hendaklah disimpan di dalam sebuah beg yang mudah dicapai. Bagi memudahkan pergerakan terutamanya apabila menggunakan kenderaan awam, menggunakan beg sandang belakang adalah lebih praktikal untuk membawa keperluan utama ini.

6) Bawa buku kegemaran/ mainan kesukaan anak-anak
Dengan adanya buku kegemaran/ mainan, mereka akan lebih leka membaca/bermain. Jadi mereka x kan cepat bosan. Tambah-tambah lagi mainan yang baru dibeli. Lagi seronok diorang main.

7) Pastikan ada waktu rehat untuk anak
Pastikan anda merancang waktu berjalan anda. Jangan terus menerus berjalan yang boleh menyebabkan anak berasa penat. Bila mereka penat, mereka akan mula meragam/ mengamuk dan anda pula akan lebih stress dengan keadaan seperti ini.

8) Bawa bekal supliment/ ubat
Jangan lupa bawa bekal supliment supaya anda kekal sihat dan bertenaga.
Antaranya cadangannya ialah:
  • Performance drink
  • Nutriferon
  • Omegaguard
  • Vitamin C 
Semoga tips yang diberikan di atas dapat membantu anda merancang trip percutian dengan baik dan memberi pengalaman manis melancong bersama anak. Happy Holiday and Have fun!!

Akhir sekali, saya nak kongsi satu video yang boleh anda manfaatkan untuk percutian anda.




#TRIP PERCUMA KE BANGKOK

Anda teringin nak join trip percuma ke BANGKOK??
Boleh terus hubungi saya ye ;)

Ataupun anda teringan nak dapatkan supliment untuk PERCUTIAN anda?
Hubungi saya:

Syuhada 014-8444220 (sms/whatsapp)
Fb Page: Vitamin Oh Vitamin

Tuesday, 15 September 2015

JEREBU : JANGAN SALAH PILIH TOPENG!!!

Assalamualaikum...

Sekarang, pastinya semua orang sudah tahu bahawa negara kita dilanda jerebu yang mana semakin hari semakin teruk keadaannya. Sehinggakan sekolah-sekolah di negeri-negeri yang bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) nya agak tinggi terpaksa ditutup pada hari ini.

Alhamdulillah..di tempat saya masih lagi bacaan IPUnya tidak sampai ke tahap yang serius. Cuma, langkah-langkah keselamatan juga perlu dititik beratkan.

Seboleh-bolehnya, orang ramai dinasihatkan tinggal di dalam bangunan/ rumah dan mengehadkan aktiviti berat di luar rumah.

Bagi mereka yang terpaksa keluar rumah untuk ke tempat kerja atau sebagainya, amatlah disarankan untuk memakai topeng muka untuk perlindungan semasa jerebu.



Dalam perjalanan ke tempat kerja tadi, saya ada terdengar pesanan penyampai di radio tentang penggunaan topeng muka. 


Katanya kita sering melihat orang ramai memakai topeng pembedahan 'surgical mask' untuk perlindungan semasa jerebu. Sebenarnya surgical mask tidak sesuai untuk perlindungan jerebu kerana ia direka untuk menghalang air liur, kahak dan hingus si pemakai dari tersebar ke udara ketika batuk atau bersin, dan bukannya melindungi si pemakai dari pencemaran udara.

Surgical mask tidak mampu menapis partikel halus jerebu (haze) yang berukuran sekecil 2.5 mikrometer. Ia juga tidak melekap pada muka, membolehkan udara tak bertapis masuk melalui celah atau gap antara topeng dan muka.


Topeng muka yang sesuai untuk melindungi kita daripada jerebu ialah topeng pernafasan (respirator) N95 yang mendapat kelulusan NIOSH(Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan) Malaysia.

Respirator N95 mampu menapis habuk/ partikel sehalus 0.3 mikrometer. Topeng ini melekap pada muka. Ia juga menghalang udara tercemar masuk ke dalam hidung dan mulut. Ia memaksa udara melalui penapis sebelum masuk ke dalam hidung atau mulut.

Cara-cara memakai topeng N95 dengan betul

Tindakan Semasa Jerebu


Sekiranya berminat untuk dapatkan suplimen/konsultasi PERCUMA boleh contact saya ye.
sms/whatsapp: 014-8444220

Monday, 14 September 2015

TIPS PUJUK HATI ISTERI YANG MERAJUK.

Mengikut kajian, orang perempuan lebih sensitif dan mudah tersentuh hatinya dari lelaki. Maka tak hairanlah ramai para isteri diluar sana yang merajuk dalam mengharungi rumahtangga. Agaknya kenapa mereka merajuk yer...tentu ada benda yang mereka tak puas hati tu...



Ah sudah… Bila dah jadi macam ni, apa yang boleh si suami buat untuk memujuk si isteri ni. Mulut dan mula muncung. Kalau hari-hari banyak cakap, hari tu tak byk cakap, tanya 1, jawab 1 jer. Mesti sunyi kan bila si isteri dah jadi macam tu?

Tips Nak Pujuk Hati Isteri
**********************
  1.  Cuba bercakap dengan dia dengan baik (ayat memujuk), walaupun dia tak layan.
  2. Mintak maaf kalau anda yang buat salah. Ape lah sangat sesekali anda buang ego anda untuk mintak maaf dgn isteri tercinta. Tetapi kalau isteri anda yang salah, anda sebagai suami cubalah memberi nasihat dengan berhemah kpd isteri..Insyaallah dia boleh terima nasihat anda ;)
  3. Peluk dan Cium isteri anda. Dia mudah “LAYU” dengan pelukan dan ciuman suami.
  4. Buat kejutan. Bagi hadiah!!! Hihihi... sape yang tak suka kalo dapat hadiah..Nak-nak dapat hadiah benda yang dah lama diidam-idamkan.
  5. Ajak pegi shopping..Heee...perempuan dan shopping memang x dapat dipisahkan. Bila dah shopping tu dah lupa la yg die tengah merajuk tadi.
  6. Ajak pegi bercuti..- idea bercuti ni pun menarik..Bawalah pasangan anda bercuti ke destinasi favourite die..
Mengekalkan kebahagiaan rumah tangga tidak semudah yang disangka sekiranya pasangan tidak mengetahui asas kepada kebahagiaan

Ketahui Tips Rumah Tangga Bahagia pada entri akan datang ;)