Sunday, 22 March 2015

BENGKEL NUTRISI SHAKLEE 2015

PENGALAMAN PERTAMA SAYA MENYERTAI BENGKEL NUTRISI SHAKLEE
***************************************************************

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Hai..sy nak share pengalaman join Bengkel Nutrisi Shaklee..Hihihi...
Maklumla 1st time join la katakan..Sebelum ni dh ade 1 kelas yg sy terlepas..kelas kt Kuantan.. tp saya kt kampung masa tu..Suami je yg ade kt Kuantan.. So sy minta en.suami yg pergi...

Kelas Shaklee ni jarang ade kt Kuantan..So bila mak shaklee sy bgtau ade buat kt Kuantan, cepat2 la sy nk registerkan diri...hihi..Aritu sy minta tolong kawan yg registerkan nama sy sekali..Tapi kesian die..last2 minute die xdpt join bengkel ni..Alhamdulillah..dapat juga sy menghadiri bengkel kali ni..Baby Husna saya hantar ke Taska dan alongnya Abi die yg jaga..Untung la dapat suami yg memahami..;)

Bengkel Nutrisi 2015 kali ni bertempat di Sri Manja Boutique Hotel, Indera Makkota, Kuantan pada 21 Mac 2015..Kelas mula dr jam 10pg dan tamat pd jam 5ptg..Untuk Bengkel Nutrisi Shaklee 2015, Nurul adalah speaker sepanjang bengkel berlangsung. Nurul adalah Nutritionist Shaklee.

Pukul 1 tengahari kami semua diberi masa selama 1jam untuk lunch dan solat di hotel tu. Alhamdulillah..kenyang juga lah makan kt situ...hahaha..Bengkel tamat pd pukul 5 petang..diakhiri dengan sesi penyampaian sijil dan bergambar bersama semua peserta bengkel..

Buku Nota
Bengkel Nutrisi Shaklee ni banyak membincangkan tentang produk-produk Shaklee secara general. Barulah saya tahu yang Shaklee ada 27 suplemen kesemuanya! Sebelum ni tak pernah terfikir pun nak kira. 

Dan apa yang membuatkan saya semakin jatuh cinta dengan Shaklee bila dapat tahu sebanyak 350 ujian klinikal dijalankan ke atas setiap RAW MATERIAL  sepanjang tahun untuk memastikan kualiti dan keberkesanannya terjamin. Kalau dalam satu suplemen tu ada 15 bahan mentah, semua 15 bahan mentah tu akan diuji dahulu sebelum diproses menjadi suplemen. Rupa-rupanya Shaklee sangat mementingkan kualiti setiap produk suplemennya. Patutlah dengan beraninya Shaklee melaungkan keistimewaannya sebagai SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN dan SENTIASA MESRA ALAM!

Antara pengisian sepanjang bengkel:
  • sesi perkenalkan diri..(siapa yg volunteer tampil ke depan perkenalkan diri dpt hadiah..haha..best la pulak..)
  • penerangan tentang produk Shaklee oleh Nutritionist Nurul..memang best sangat sbb sebelum ni sy xtahu sngt ttg produk ni..xsempat nk baca dlm buku shaklee tu..huhu..
  • Sepanjang bengkel sy xsempat pn nak menguap/mengantuk sebab penyampaian info2 yg sangat berguna utk kesihatan kita semua.
  • Ada juga Cik Nurul buat game (mcm game kotak beracun tu..)siapa yg dpt kotak tu die kena jawab soalan..soalan berkaitan produk Shaklee la..haha..tp sy xdpt pula kotak tu..teringin jgk nk jwb soalan..kehkehkeh..Peserta yg dpt jwb soalan dgn betul dpt hadiah...
  • Akhir sekali..ade UJIAN utk semua peserta bengkel..Ujian tersebut ade 25 soalan...Haaa..Hanya 22 soalan je yg sy dpt jawab dgn betul...Salah 3....Ayoyo!!!
    Tarraaaa!!! Syuhada dapat hadiah OsteMatrix..sbb dpt jwb 22 soalan dengan betul..
    Kawan sebelah dpt jwb 24 betul..die dpt 3 hadiah (OsteMatrix, Chewable Vita C & beg Shaklee)
  • Penyampaian sijil

Antara info2 yg saya baru tahu hari:

  • Info2 tentang produk-produk Shaklee

  • Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asal perkataan vitamin adalah “VITALIZE-MINERAL“ dan di singkatkan menjadi VITAMIN.

  • Syarikat pertama di dunia yang memperolehi pensijilan Climate Neutral kerana mengimbangi sepenuhnya pembebasan karbon dioksida 100% pada tahun 2000.




Istimewa bisnes ini berbanding bisness lain. Tiada perjumpaan larut malam. Tidak perlu ketuk pintu rumah orang buat demo dan tak perlu modal besar. Tiada isu headhunting. Tidak perlu ketepikan anak dan suami. Semua ilmu dan bisness coaching di jalankan secara online. Whatapps, sms, group, fb. Kami di ajar menggunakan kemudahan online 100% nak maksimumkan penggunaan hp canggih yang kami ada.

Jika anda nak dapatkan produk SHAKLEE boleh hubungi Syuhada ye.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
Fb: Tuan Syuhada Tuan Mohamad
Fb Page: Vitamin Oh Vitamin
sms/whatsapp: 014-8444220 (Syuhada)

Friday, 20 March 2015

TIPS MENJADI MANUSIA PRODUKTIF & BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA

Assalamualaikum..

Setiap orang berimpian untuk berjaya. Kejayaan yang diimpikan oleh setiap orang pula adalah berbeza. Setiap orang mempunyai persepsi mereka sendiri bagaimana dikatakan berjaya kerana perkataan BERJAYA mempunyai makna yang subjektif. Dalam mengejar matlamat masing-masing, kita kerap kali berfikir bagaimana cara nak mencapai segala impian yang kita ingin capai. Salah satu ciri-ciri orang BERJAYA ialah orang yang PRODUKTIF. 




Kat bawah ni saya selitkan video 3 Tips Menjadi Manusia Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yang Ada..Jom sama-sama kita saksikan ;)


Tip Menjadi Manusia Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yg Ada from iReach HD on Vimeo.

17 CARA MENJADI MANUSIA PRODUKTIF BAGI MERAIH KEJAYAAN

*********************************************************************************
1. Tentukan Niat/ Visi "impian" Anda.

  • Tanpa niat/visi yang jelas, seseorang individu akan mudah terlupa ataupun tersasar daripada matlamat sebenar.
  • Seseorang yang mempunyai visi yang jelas adalah seorang yang berkarisma, menghargai masa, mempunyai cita-cita yang besar, berkomitmen tinggi dan pragmatis / praktikal.


2. Susun Strategi Anda.

  • Susun dan tulis rancangan perlaksanaan visi/ impian anda mengikut jangka waktu yang anda ingini. Ini akan membantu anda supaya tetap berada “di atas landasan” dan “tiba ke destinasi” pada waktu yang telah ditetapkan.

3. Rancang Masa Depan Anda SEKARANG!

  • Membuat pilihan yang bijak dan mula merancang pelan hidup seawal mungkin dapat membantu anda mengelakkan kegagalan / kekecewaan di dalam hidup.

4. Rancang Masa Untuk Bertindak.


  • Setiap manusia diberikan 24 jam setiap hari, hanya yang bijak mampu menggunakan waktu tersebut sebaik mungkin.
  • Uruskan masa dengan bijak – buat jadual harian, luangkan masa untuk membaca, beriadah/ berseronok, sentiasa meluangkan masa untuk merealisasikan visi anda.


5. Konsisten dan Jangan Mudah Mengalah.

  • Percaya teguh kepada diri sendiri. Jangan biarkan kegagalan kecil mematahkan semangat anda!
  • Abraham Lincoln mengalami 13 kegagalan besar dalam bidang politik sebelum dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 pada usia 51.
  • Orang yang mudah mengalah kepada diri sendiri adalah orang yang tidak akan berjaya dan tidak percaya kepada kemampuan diri sendiri.

6. Tumpukan Perhatian Kepada Matlamat Anda.

  • Jangan biarkan diri anda leka dengan gangguan-gangguan persekitaran: pengaruh rakan sebaya, aktiviti yang melalaikan, masalah remeh temeh, dsb.
  • Sentiasa fokus kepada apa yang anda mahu; untuk berjaya, anda perlu sentiasa ingat yang anda mahu berjaya!
  • Selama 20 tahun, Rasulullah menumpukan perhatiannya kepada mengembangkan ajaran Islam walaupun dicerca dan dihina. Hari ini, terdapat lebih 1.5 billion umat Islam di serata dunia.

7. Percaya kepada Pertolongan Allah dan Usaha Sendiri.

  • Allah menciptakan setiap manusia untuk berjaya di muka bumi-Nya, bukan untuk menemui gagal.
  • Namun begitu, untuk mengecapi kejayaan, manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa percaya kepada pertolongan Allah.

8. Solat dan Doa.

  • Solat dan berdoa adalah cara bagi manusia untuk berhubung dengan Allah s.w.t.
  • Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah universiti antarabangsa telah membuktikan bahawa berdoa dapat memberi kekuatan mental dan fizikal pesakit bagi menyembuhkan penyakit kritikal.

9. Pupuk Perasaan Cinta dan Jangan Membenci.

  • Perasaan cinta membantu anda untuk berjaya dan membawa anda ke tahap yang lebih tinggi: cinta kepada Tuhan, cinta kepada keluarga, cinta kepada rakan-rakan, cinta kepada haiwan peliharaan, cinta kepada negara, cinta kepada alam sekitar, cinta kepada ilmu dsbnya.
  • Jangan sesekali membenci orang lain, walaupun orang itu pernah melakukan kejahatan kepada anda.

10. Belajar Daripada Kesilapan.

  • Manusia yang bijak adalah manusia yang mengaku akan kesilapannya dan belajar daripada kesilapan tersebut. Kesilapan bukanlah sesuatu kegagalan, sebaliknya permulaan kepada sesebuah kejayaan.
  • Belajarlah daripada kesilapan sendiri dan juga kesilapan orang lain. Jangan biarkan diri anda melakukan kesilapan yang sama berulang kali.

11. Berkawan Dengan Ramai Orang.

  • Tidak salah berkongsi masalah dengan rakan-rakan, tetapi perlu berhati-hati dalam memilih kawan yang sesuai / baik.
  • Individu yang berjaya selalunya adalah individu yang mempunyai ramai kawan.

12. Gambarkan Destinasi Kejayaan Anda.

  • Realiti tidak akan tercipta tanpa fantasi.
  • Tidak salah menjadi Mat Jenin, SETIAP kejayaan bermula dengan cita-cita dan angan-angan.

13Berdisiplin.

  • Individu yang berdisiplin adalah individu yang sentiasa proaktif and tidak gemar ‘curi tulang’.


14. Amalkan Gaya Hidup Sihat.
  • Kejayaan tidak akan dapat dinikmati sebaik mungkin tanpa kesihatan yang baik. Bersenam dan jaga pemakanan untuk mengekalkan kesihatan dan menghindari penyakit-penyakit merbahaya.


15. Sayangilah Diri Anda Sendiri.

  • Jangan terlalu fokus kepada “ketidaksempurnaan” / kelemahan yang ada pada diri anda.
  • Sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Allah mencipta setiap manusia berbeza-beza dan setiap satunya istimewa.

16. Tidak Pentingka Diri Sendiri.

  • Berusaha mengecapi kejayaan tidak bermakna anda hanya harus mengutamakan diri anda sendiri setiap masa.
  • Membantu orang lain untuk berjaya adalah satu ibadah dan dapat menbantu kejayaan diri anda juga.
  • Kejayaan sememangnya penting, tetapi jangan sekali-kali ‘tamak kejayaan’.

17. Sentiasa Bersama Orang-Orang yang Berjaya / Mahu Berjaya.

  • Bergaul dengan orang-orang yang berjaya / mahu berjaya dapat membantu seseorang itu untuk mencapai kejayaannya sendiri.
  • Perolehi inspirasi daripada kejayaan orang lain.
  • Selain bergaul dengan orang-orang yang berjaya / mahu berjaya, banyakkan membaca buku tentang tokoh-tokoh ternama yang telah berjaya di dalam hidup mereka.

3 TIPS KEKALKAN AURA POSITIF DALAM DIRI

*********************************************************************************
1. Buang semua elemen-elemen negatif dalam diri (hasad dengki, marah, buruk sangka, tamak dll)

Dan masukkan elemen-elemen positif dalam diri kita (kasih sayang, semangat, berterima kasih, tolong-menolong, berbaik sangka dll)

2. Bersyukur diatas segala nikmat Allah (nikmat kesihatan, tempat tinggal, berkeluarga, makanan, minuman, pakaian dll)

3. Sentiasa menghargai dan berterima kasih dengan apa yang orang bagi..;)


P/s: Jangan lupa share entri ni dengan kawan-kawan untuk sama-sama kita menjadi manusia yang produktif & bersyukur.. ;)

Shaklee ID: 1172037

Tuesday, 10 March 2015

PUNCA HAID TIDAK TERATUR DAN CARA MENGATASINYA

Haid tidak teratur. Bulan ni datang bulan depan tidak. Risau? Semestinya la kan. Haid tidak stabil seolah-olah macam tak sempurna seperti wanita lain, kata salah seorang customer saya. Bagi yang merancang untuk mendapatkan zuriat plak tentu menjadi lebih sukar untuk planning bila haid tidak stabil.



Kitaran haid yang tidak menentu adalah antara tanda masalah kesuburan. Ia mungkin berkaitan dengan masalah ovulasi yang sepatutnya berlaku pada setiap kitaran haid. 



Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.

Apakah maksud kitaran haid?

Kitaran haid adalah siri bulanan perubahan yang dilalui oleh badan wanita dalam persediaan untuk kehamilan. Setiap bulan, salah satu ovari melepaskan telur dan proses ini dipanggil ovulasi. Pada masa yang sama, perubahan hormon menyediakan rahim untuk kehamilan. Jika ovulasi berlaku dan telur tidak disenyawakan, lapisan rahim akan luruh melalui faraj. Ini adalah satu tempoh yang haid.


Kitaran haid normal.

Kitaran haid, yang dikira dari hari pertama sesuatu haid dengan hari pertama akan datang,perlu diingat bahawa ianya tidak sama untuk setiap wanita. Aliran haid mungkin berlaku setiap 21 hingga 35 hari dan dan biasanya terjadi 2-7 hari. Untuk beberapa tahun pertama selepas haid bermula, kitaran haid yang panjang adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun, kitaran haid cenderung untuk menjadi lebih pendek selari dengan peningkatan umur.


Kitaran haid juga dianggap normal bila tempohnya sama setiap bulan atau berbeza hari tapi masih dtg setiap bulan dan sakit atau lenguh2 ketika haid juga dianggap normal.

Kitaran haid tidak teratur?

Mempunyai kitaran haid tidak teratur bermakna tempoh di antara tempoh berbeza setiap bulan. Iaitu, kadang-kadang mereka datang setiap 28 hari, kadang-kadang setiap 20, kadang-kadang setiap 30.


Punca Haid Tidak Teratur


1. Gangguan Hormon

Ovari menghasilkan terlalu banyak telur namun sayangnya telur berkenaan tidak sampai tahap matang bagi membolehkannya melalui proses persenyawaan. Di dalam diri setiap wanita terdapat dua jenis hormon yang dikenali sebagai luteunizing hormone (LH) dan follicular stimulating hormone (FSH). Kedua-dua hormon ini dihasilkan oleh kelenjar pituitari bagi menghasilkan telur. Dalam hal ini, FSH merangsang ovari untuk menghasilkan telur manakala LH pula ditugaskan untuk mematangkan telur.

Apabila ketidakseimbangan hormon berlaku, ratio FSH dan LH tidak betul. Hal ini menyebabkan tahap LH tidak cukup untuk menampung bilangan telur yang banyak.

2. Genetik

Masalah ini turut dikaitkan dengan ketidakseimbangan gula di dalam badan. Ini bererti wanita berkenaan menghadapi masalah penghadaman gula. Biasanya golongan ini berisiko untuk menghidap kencing manis. Oleh yang demikian, sejarah ahli keluarga dapat dijadikan rujukan untuk mengenal pasti masalah haid yang tidak normal. Setelah itu, ia disahkan melalui ujian darah, imbasan ultrasound, laparoskopi dan sebagainya.

3. Mengandung Tanpa Sedar

Ada juga kes wanita yang mengandung tetapi tidak menyedarinya. Mereka sebenarnya mengandung tetapi pada masa yang sama keluar darah, yang disangka haid. Namun, hakikatnya darah yang keluar itu bukan haid tetapi lendir yang berwarna coklat seolah-olah darah haid.

4. Hormon Prolaktin Tinggi

Peningkatan paras hormon prolaktin yang terlalu tinggi menyebabkan haid tidak datang atau datang sekali-sekala. Wanita yang mengalami keadaan sedemikian sering kurang subur. Walaupun seseorang wanita itu belum mempunyai anak atau tidak menyusukan anaknya, masalah ini tetap boleh berlaku. Biarpun belum ada anak ataupun tidak lagi menyusukan anak, kelenjar pituari tetap merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan susu. Keadaan inilah yang mengganggu kitaran haid.

5. Ubat-ubatan

Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh mengganggu kitaran haid. Pengambilan ubat berkenaan boleh menyebabkan penghasilan hormon prolaktin yang tinggi. Ubat yang dimaksudkan ialah daripada jenis antipsychotic (biasanya digunakan bagi merawat pesakit skizofrenia) atau ubat yang diambil untuk tempoh jangka masa panjang.

6. Daging Berlebihan

Masalah ini dikenali sebagai polyp. Ia adalah daging berlebihan yang keluar daripada lapisan mukus. Ia boleh tumbuh dari dalam faraj, rahim, pangkal rahim atau mana-mana bahagian pun sehingga menyebabkan pendarahan apabila berlaku geselan antara daging dengan bahagian berkenaan. Atas sebab inilah pendarahan tidak menentu berlaku.

7. Masalah Pangkal Rahim

Pangkal rahim yang kecil atau tertutup (stenosis) boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Darah haid yang sepatutnya keluar tidak boleh berlaku disebabkan masalah pangkal rahim wanita berkenaan terlalu ketat ataupun tersumbat. Walaupun begitu, ia amat jarang sekali berlaku.

8. Perdarahan Selepas Persetubuhan

Ini adalah satu tanda bahaya kerana ia mungkin menandakan penyakit kanser pangkal rahim khususnya jika berlaku kepada wanita dalam lingkungan umur 30-an yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Pendarahan selepas persetubuhan juga mungkin disebabkan oleh penyakit lain yang bukan kanser seperti luka pada pangkal rahim (cervical erosion), ketumbuhan bukan kanser ataupun jangkitan kuman.

9. Kanser
Kanser di bahagian rahim atau pangkal rahim turut sama menjadi antara penyebab haid tidak menentu.


Cara Untuk Mengatasi Haid Tidak Teratur

Terdapat pelbagai jenis rawatan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Ini termasuklah :

1. Pemeriksaan ultrasound bagi melihat keadaan rahim dan ovari.
2. Pemeriksaan pap smear.
3. Pemeriksaan darah untuk melihat tahap hormon.
4. Diagnostic dilatation and curettage (DDNC) bagi melihat bukti kanser di dalam rahim.

Berdasarkan hasil ujian berkenaan, doktor akan merawat mengikut keputusan yang diperoleh. Sekiranya terbukti wanita berkenaan menghidap kanser, pembedahan akan dilakukan; jika ia melibatkan jangkitan kuman, antibiotik atau antifungal akan diberi; kalau ia berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon yang tidak stabil, PCOS mahupun fibroid, GLA COMPLEX adalah cadangan supplement untuk anda bagi memperbetulkan semula hormon dalam badan.

 

Info mengenai GLA Complex 

- GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.
- Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
- Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *
- Dalam kes diabetis, ianya mampu menghalang komplikasi diabetis dengan mengurangkan kandungan gula dalam darah dan mengurangkan rasa kebas2 dan kesakitan.

Untuk Wanita, GLA Complex membantu anda:

* Menstabilkan Hormon
* Membantu membetulkan kitaran haid
* Membantu meingkatkan tahap kesuburan
* Membantu penurunan berat badan
* Mencantikkan kulit

Bagaimana untuk mendapatkan GLA sebagai vitamin tambahan untuk membantu menstabilkan kitaran haid? Hubungi saya untuk mendapatkan HARGA yang terbaik.

sms/whatsapp: 014-8444220
Fb: Tuan Syuhada Tuan Mohamad
Fb Page: Vitamin Oh Vitamin


Monday, 9 March 2015

CARA MENGATASI SENGGUGUT-WANITA WAJIB BACA!!!

Assalamualaikum..

Setiap wanita pasti akan ada senggugut (dysmenorrhea) cuma apa yang membezakan setiap wanita itu adalah kadar kekerapan, sakit yang antara skala 1-10 dan kesan senggugut. Saya pernah melihat kawan yang senggugut teruk yang dimana sehingga sukar ingin bangun dari tempatnya.



Senggugut seringkali dikaitkan dengan kesakitan seperti kekejangan di bahagian bawah perut, dan kemungkinan juga sakit belakang. Ada yang merasai tidak selesa atau kesakitan yang ringan, sementara ada juga yang mengalami kesakitan yang teruk sehingga bergolek-golek. Walaupun ada yang menganggapnya sebagai sesuatu yang normal setiap kali kedatangan haid, namun ianya sudah pasti mengganggu pesakit dari melakukan kerja harian dengan baik dan selesa.

PERINGATAN UNTUK KAUM ADAM (LELAKI)!!!


Sebagai lelaki, anda perlu tahu juga pasal ini. Sebab apa?? Mungkin anda ada isteri, anak atau adik perempuan yang sedang mengalami masalah ini.

Jadi, apabila mereka sakit..Taklah kaum adam ni kata mereka ni 'mengada-ngada'.

Kadang-kadang bila perempuan ni emosinya berubah. Rupa-rupanya ada punca. Anda sebagai suami  dan bapa perlulah faham masalah ini. So, bila isteri atau anak anda buat 'hal', mungkin mereka ada masalah pada waktu itu.


Senggugut atau PMS ini juga boleh mengakibatkan wanita itu berubah watak menjadi 'harimau' ketika emosi terganggu.


Bila sakit, biasanya wanita itu akan rasa 'cramp' di perut. Kalau keadaan terlalu teruk, mungkin sampai terpaksa berguling-guling. Pada waktu ini, biasanya akan ada yang 'terpaksa' ponteng sekolah atau pun terpaksa ambil MC jika sudah berkerja.


Kesilapan Wanita Dalam Menangani Senggugut

Majoriti wanita mengambil langkah yang sama. Hampir semua wanita yang mengalami senggugut ini akan ambil Paracetamol sebagai penahan sakit.


Kalau dah teruk sangat, terpaksa ambil PAIN KILLER seperti Tramadol, Ibuprofen atau Ponstan.


Mereka ambil ubat penahan sakit ini kerana mereka tidak tahu pilihan yang lain. Sedangkan mereka tak sedar apa yang mereka lakukan itu seolah olah sedang merisikokan buah pinggang mereka secara perlahan-lahan. 


Sejujurnya, kita boleh ambil pain killer ini jika keadaan tak boleh dikawal. Cuba bayangkan berapa banyak yang kita 'terpaksa' makan dan cuba bayangkan kesan jangka panjang terhadap buah pinggang nanti.


Tapi.... kalaulah suatu hari nanti bila dah sakit buah pinggang, pada waktu itu nak menyesal pun dah tak guna.


Ada 2 jenis ‘Dysmenorrhea’.  

Dysmenorrhea Primer adalah kesakitan haid yang berlaku sekitar masa haid pertama bermula di kalangan wanita muda yang sihat berikutan faktor hormon dan tidak ada penyakit lain pada sistem reproduksi seseorang wanita. 

Peningkatan aktiviti hormon prostaglandin yang dihasilkan dalam rahim, dipercayai memainkan peranan dalam keadaan ini.

Dysmenorrhea Sekunder/Congestive Dysmenorrhea  lazimnya menyerang wanita yang sudah berumahtangga/ sudah berkahwin. Kesakitan dari senggungut yang dialami adalah lebih lama dan lebih teruk keadaannya.

Ianya selalu dikaitkan dengan masalah rahim atau lain-lain organ pelvis, seperti endometriosis, fibroid, alat kontrasepsi sbb (IUD) yang diperbuat daripada tembaga, keradangan pada rongga pelvis, jangkitan kelamin, mahupun tekanan dan kebimbangan. 

Wanita yang mengalami masalah seperti ini, dinasihatkan berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mengetahui punca sebenar dan mendapatkan rawatan awal bagi mengelakkan kesakitan yang berlarutan.


Cara Atasi Masalah Senggugut
  • Gunakan pad pemanasan dengan menuam di bahagian bawah anda.


  • Mengurut (dengan hujung jari) bahagian bawah perut anda dengan perlahan-lahan bagi melegakan rasa sakit.
  • Minum minuman panas.
  • Ikut diet yang kaya dengan karbohidrat kompleks seperti bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Anda boleh cuba tidur di dalam posisi berbaring di sebelah badan dengan lutut dibengkokkan.

  • Mengamalkan teknik relaksasi seperti meditasi atau yoga.
  • Mandi air panas.

  • Berjalan atau bersenam, termasuk latihan goyang pelvik.

  • Kurangkan berat badan jika anda mempunyai berat badan berlebihan melalui diet sihat dan senaman seperti aerobik.
  • Sekiranya anda ingin menggunakan kaedah lain, anda boleh membeli ubat-ubatan anti-radang, seperti ibuprofen. Pengambilannya hendaklah diambil sehari sebelum  tempoh anda dijangka kedatangan haid dan boleh terus mengambilnya untuk beberapa hari pertama haid anda. Namun begitu, harus diingat ianya tidak disarankan kerana pengambilan ubat-ubatan seperti ini kemungkinan boleh mengganggu hormon anda.
  • Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan ubat-ubatan, cara alternatif adalah pengambilan makanan tambahan yang lebih selamat. Anda boleh mencuba evening primerose oil, vitamin B6, kalsium, dan magnesium tambahan, terutamanya jika sakit anda adalah dari PMS.


Hilangkan Senggugut Secara Semulajadi!!
Ni saya ada cara mudah untuk menghilangkan masalah senggugut yang menjadi mimpi ngeri kebanyakkan remaja hari ini.

Insya Allah, cara ini lebih selamat kerana ia tidak menggunakan sebarang bahan kimia sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi.

Saya ingin berkongsi dengan anda cadangan vitamin buat para wanita hari ini iaitu:

GLA COMPLEX

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.

OsteMatrix


Untuk memastikan kita mendapat kalsium yang cukup. Sekiranya anda tak suka susu, tempe dan kekacang bolehlah mencuba Ostematrix ini sebagai pengganti.


B-Complex


B Complex Shaklee mengandungi 8 vitamin B lengkap dan asid folic yang mencukupi untuk memelihara kesihatan tubuh dan paling penting membantu mengurangkan stress.


Testimoni Pelanggan

Alhamdulillah. Dah ramai wanita yang menggunakan GLA dan dengan izin Allah, dapat menyelesaikan macam-macam masalah berkaitan hormon.





Antara masalah yang insya Allah dapat diselesaikan adalah :

1. Senggugut ( Period Pain )
2. Haid Tidak Teratur
3. Masalah Kesuburan Wanita
4. Fibroid dan Cyst 


Dapatkan GLA Untuk Diri Sendiri, Anak/ Adik Perempuan Anda Hari Ini...

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai suplimen Shaklee ini, anda boleh menghubungi Syuhada ye..

Thanks for reading!! :)

Jom tonton video testimoni daripada pengamal suplimen Shaklee
t
Masalah Senggugut Teruk Nak Patah Pinggang! Mak Aih, Nasib Dah OK from iReach HD on Vimeo.

sms/whatsapp: 014-8444220
Fb                 : Tuan Syuhada Tuan Mohamad
Fb Page         : Vitamin Oh Vitamin

Sunday, 8 March 2015

Advanced Joint Health Tablet

Shaklee Advanced Joint Health Tablet Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan 

Kod Produk:11004 (60 tablets)
Shaklee Joint Health Tablet:

Mengaktifkan pergerakan dan kelancaran sendi




  • Ialah formula proprietari yang menampilkan gabungan bahan-bahan yang sangat efektif dan terbukti berkesan untuk menyokong pergerakan, fleksibiliti dan fungsi sendi yang sihat
  • Diperbuat daripada bahan yang bertindak pantas untuk membekalkan khasiat pemakanan kepada sendi
  • Mengandungi rumusan berpaten yang terdiri daripada ekstrak Boswellia dan Ekstrak Jagung serta nutrien penting lain termasuk Zink, Kuprum, Mangan dan Vitamin C untuk memberikan keselesaan dan melancarkan semula pergerakan sendi
  • Shaklee Joint Health Tablet adalah 100% rumusan vegetarian yang hanya berasaskan tumbuhan dan mineral.

Manfaat Shaklee Advanced Joint Health ini ialah dalam  3 cara iaitu:
  • Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya, bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
  • Bertindak sebagai kusyen ( (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien pentinng dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan  dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

Kekalkan kesihatan sendi, yang aktif dan lasak terutama sekali gologan dewasa dan warga tua. Bagi jutaan orang yg mempunyai ketidakselesaan sendi, aktiviti biasa seperti membengkok, duduk dan berjalan pun terasa begitu mencabar.

Elakkan ketidakselesaan sendiri menghalang anda daripada bergerak aktif dan melakukan perkara-perkara yang anda gemari. Pencegahan awal boleh menjadikan anda sihat pada masa akan datang. Sama ada anda penghidap sakit sendi atau pun tidak, adalah penting anda mendapatkan nutrisi sendi seiring dengan peningkatan usia.


Kenapa harus AJHT Tidak Ubat Lutut Yang Lain?

Bebas Kondroitin
  • TIDAK MENGANDUNGI  kondroitin sulfat sebab ia tidak diserap dengan baik bila diambil secara oral
  • Kajian terkini menunjukkan kondroitin sulfat mengganggu penyerapan glukosamina yang biasanya senang diserap
Bebas Dadah Terlarang seperti Steroid
  • Sentiasa selamat, semulajadi dan berkesan
  • Bebas dari sebarang unsur dadah seperti steroid seperti kebanyakan ubat lutut murah di pasaran.
  • Mempunyai sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Perbezaan bahan-bahan yang tekandung di dalam JHT dengan jenama lain yang terdapat di pasaran.

JHT mengandungi bahan-bahan (dibawah), manakala kebanyakan jenama-jenama lain hanya bebas kondroitin sahaja..
  1. Extrak Boswellia
  2. Bebas Kondroitin
  3. Formula sayur-sayuran
  4. Vitamin C
  5. Zink,tembaga & mangan

Jom sama-sama memelihara sendi supaya kuat,fleksibel dan bebas bengkak
Sebarang maklumat lanjut atau tempahan, boleh hubungi saya:

sms/whatsapp: 014-8444220
Fb                 : Tuan Syuhada Tuan Mohamad
Fb Page         : Vitamin Oh Vitamin