Monday, 29 December 2014

Lecithin Sebagai Pemecah Lemak Dan Pelangsingan





Untuk pengetahuan anda, Lecithin Shaklee adalah berasaskan soya ye.. bukan daripada haiwan.. Sebiji kapsul Lecithin Shaklee adalah seberat 530mg.. dan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, kita memerlukan 4000mg sehari untuk ia berfungsi membakar/ mengemulsikan lemak-lemak di dalam badan kita..

Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’….dalam kata ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran..


Kenapa kita perlukan Lecithin ni untuk menurunkan berat badan ye?


Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan manusia; tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan kita. Lecithin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung serta biji kacang soya…(dan tahukah anda?? Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin! Woww!.. dan yang menariknya.. Lecithin Shaklee memang berasaskan kacang soya!! (*_^)



Kebaikan Lecithin
********************
  1. Bertindak sbg pelarut dlm kolestrol, triglycerides & lemak2 yg lain 
    1. Membantu mencegah penyakit high blood pressure, stroke, heart disease dan arteri yg mengeras 
  2. Bertindak sbg memecahkan lemak 
    1. Popular di kalangan mereka yg nak kurus. 
    2. Mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dgn senaman yg bersesuaian. 
    3. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari mampu membuatkan anda kurus! 
  3. Memainkan peranan utama dlm penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan. 
    1. Tanpa Lecithin yg mencukupi, membran sel akan mengeras & seterusnya menyukarkan proses penyerapan. 
    2. Beberapa faktor spt bahan kimia drpd persekitaran yg tercemar, bahan metal, dadah, food additives, pesticides semuanya menyebabkan membran sel mengeras yg mana menyukarkan proses penyerapan zat2 - pengambilan Lecithin adalah pilihan bijak anda. 
  4. Mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati. 
  5. Merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya fungsi saraf ini kurang efisien. 
  6. Membantu sistem imunisasi dgn membalut sel darah merah kita 
    1. Memberi perlindungan dr serangan virus, kuman dan bakteria 
    2. Melindungi sel dari teroksida. 
  7. Dikenali sbg makanan otak & saraf. 
    1. Membantu sel otak berkembang.
    2. Penting dlm transmisi saraf impuls dlm otak & memainkan peranan dlm neuro transmitter. 
    3. Mengurangkan/ mencegah senility (nyanyuk)/ Alzheimer. 
    4. Pengambilan 7000mg sehari dikatakan mampu memulihkan sistem ingatan. 
    5. Sumber hormon neurotransmitter di mana menggalakkan proses tidur. 
    6. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia. 
  8. Asid lemak perlu yg penting dlm penjagaan paru-paru. 
    1. Kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. 
    2. Berguna bg mereka yg ada alergi, asma, bronkitis & empyhsema. 
  9. Bertindak sebagai pelincir bg sendi-sendi & membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang. 
  10. Lecithin adalah merupakan zat untuk kecantikan. 
    1. Menghasilkan rambut yang sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu.
    2. Mencegah eczema. 
  11. Diperlukan dlm penghasilan pelbagai hormon spt epinephrine. 
    1. Mengurangkan/ mencegah PMS & gejala-gejala menoupause.


Kod Produk:10163 (180 kapsul)
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi saya Pn. Syuhada. Konsultasi percuma akan diberikan. Sekiranya anda ingin dapatkan produk semulajadi Shaklee ini, anda juga boleh membuat pembelian terus secara online dengan hanya klik pada butang dibawah.




 Beli Lecithin
Hubungi saya:

sms/ whatsapp: 014-8444220
Fb Page: Pakarvitamin. Com
COD Area: Gambang - Taman Tas - Kuantan - Pekan

Penghantaran Menggunakan Poslaju Ke Seluruh Negara




Sunday, 28 December 2014

Nak Cepat Hamil??- Vitamin Kesuburan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Anak merupakan salah satu anugerah yang tak ternilai drpd Allah kpd hambanya..Semua pasangan suami isteri ingin cahaya matanya sendiri bukan..
Namun x semua yg berpeluang utk itu..Kita sebagai hambaNya hanya mampu berIKHTIAR, berDOA & berTAWAKKAL kpd Allah pencipta sekalian A'lam..
Secara jujurnya, saya dapat menyelami perasaan seorg wanita iaitu isteri yg terlalu menginginkan "zuriat" a.k.a anak..

Meh sini sy nak share cket tips2 nak cepat hamil:
  1. Awak download la application "My Days" kat smartphone tu..
  2. Kena bincang dengan suami terlebih dahulu, bg yang belum ada baby lg, of course la x payah bincang sbb dah tentu2 kalian berdua nak baby kan.. Bagi yg dh ada 2-3 org anak, jika plan nak tambah ahli baru..mesti bincang dgn suami..tanya pendapat suami dahulu..
  3. Mula makan folic asid dr awal lg contohnya: B-Complex Shaklee
  4. Banyakkan bersedekah. Cara ni sangat2 ajaib...sebab semua kesulitan & kesusahan yg kita alami dpt dibersihkan dgn bersedekah..Jadilah seorang yang pemurah..
  5. Redha. Setiap usaha yang kita lakukan mesti ada yg berjaya dan ada yg gagal..dan bila dh gagal tu kita jgn la terus give up...usaha lg sampai berjaya..muhasabah balik mana silapnya..
  6. Selalu doa dan solat hajat mohon rezeki drpd Allah.
Disini sy ada cadangan supplimen utk meningkatkan lg kesuburan suami isteri..Kesihatan adalah faktor paling utama utk kita hamil...Berusaha dan beriktiarlah dulu..;)


Isteri
ESP
Vitalea
B complex
Vitamin C
Alfalfa (hanya option terutama yg sakit bila bersama)
GLA jika period tak regular

Suami
ESP
Vitalea
B complex
Vitamin C
Vitamin E
Zinc Complex

Vitamin Kesuburan


Vitamin E
Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.

Zinc Complex
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).

Alfalfa
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

GLA Complex
Membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti.

CoQHealth
Meningkatkan kualiti sperma suami & meningkatkan tenaga





Kita merancang, Allah jua yang menentukan segala...tapi kita perlu berusaha..

Sekiranya anda berminat utk mendapatkan supplimen Shaklee dgn harga istimewa, boleh lah hubungi sy Syuhada 014-8444220..

Thursday, 25 December 2014

Kesan daripada tidur berdengkur

Individu tidur berdengkur boleh mengalami gejala: 

  • Mengantuk pada waktu siang, 
  • Sakit kepala, 
  • Keletihan, 
  • Kelesuan, 
  • Perasaan cepat marah, 
  • Kerap bangun malam, 
  • Masalah penumpuan dan 
  • Kurang daya ingatan


Paling membahayakan sekiranya mereka senang tertidur semasa memandu terutama ketika perjalanan jauh atau sedang menunggu di simpang lampu trafik.

  1. Punca Tidur Berdengkur
  2. Cara mengatasi masalah dengkur
  3. Kesan daripada tidur berdengkur

ATASI TIDUR BERDENGKUR SEBELUM IA MENJADI LEBIH SERIUS !!!


CADANGAN SUPPLEMEN SHAKLEE UNTUK ATASI MASALAH BERDENGKUR


Vitamin E mempunyai antioksida & membantu proses pengangkutan oksigen dalam darah. Ia mampu untuk mengatasi masalah dengkuran dengan membantu melancarkan saluran pernafasan semasa tidur.
 
Vitamin E membolehkan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan lebih efisien.

Bagi yang mempunyai masalah berat badan berlebihan pula boleh mencuba Set Kurus Shaklee

Hubungi saya untuk konsultasi percuma ;)

Cara-cara mengatasi masalah berdengkur

Ramai menganggap berdengkur merupakan perkara biasa. Ada yg berdengkur jika mereka betul2 tidur nyenyak & terdapat juga yg terus berdengkur walaupun baru terlelap.

Tidur yang berkualiti dan betul-betul nyenyak boleh terganggu disebabkan oleh gangguan walaupun sedikit. Bagaimanapun, terdapat kaedah-kaedah atau cara mengatasi dengkuran.
  • Ubah posisi tidur - Tidur mengiring ke kanan akan menjadikan jantung bebas daripada tekanan. Oleh itu, jantung dapat berfungsi seperti biasa dengan lancar. Tidur secara terlentang akan mengakibatkan saluran pernafasan disekat oleh pangkal lidah. Saluran pernafasan yg tersekat  akan mengakibatkan bunyi dengkuran ketika tidur.

  • Turunkan berat badan - cuba kurangkan berat badan anda supaya lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong turut berkurangan. 

  • Hindari ubat penenang atau sedatif - boleh menyebabkan dengkur kerana ia mengganggu sistem saraf, seterusnya menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong. 

  • Hidu wap air sebelum tidur - Sebelum tidur, hidu wap air panas atau letakkan tuala yang dicelup dengan air panas pada muka dan sedut wapnya. Ini adalah satu cara utk menghilangkan lendir yang menyumbat hidung kita. Bila lendir hilang, kemungkinan untuk berdengkur berkurangan. 

  • Habuk - Pastikan cadar & sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Utk yang berkemampuan, pasang penapis udara supaya kita mendapat bekalan udara bersih.

  • Mengamalkan jadual tidur yang tetap setiap hari

  • Bersedialah sebelum tidur. Bebaskan diri daripada masalah kerja atau rasa risau. Tidur dalam keadaan berwuduk dan membaca doa adalah cara tidur yang akan memutuskan tanggungan pemikiran berkenaan urusan pekerjaan di dalam tidur.

  • Berurut - membantu mengurangkan ketegangan dan tekanan pada otot-otot utama yg mungkin menjadi penyebab kpd kesukaran untuk tidur nyenyak yang anda perlukan.

  • Amalkan teknik menarik nafas dalam-dalam - Meditasi dan pranayama merupakan latihan pernafasan yang bukan sahaja dapat membantu anda berhenti berdengkur tetapi anda akan berasa relaks dan lebih fokus.

  • Buat pemeriksaan tonsil

  • Bagi kanak-kanak, dengkuran disebabkan hidung tersumbat atau alahan, bengkak pada tonsil dan adenoid (daging berlebihan seperti tonsil di belakang hidung)

  1. Punca Tidur Berdengkur
  2. Cara mengatasi masalah dengkur
  3. Kesan daripada tidur berdengkur

ATASI TIDUR BERDENGKUR SEBELUM IA MENJADI LEBIH SERIUS !!!


CADANGAN SUPPLEMEN SHAKLEE UNTUK ATASI MASALAH BERDENGKUR


Vitamin E mempunyai antioksida & membantu proses pengangkutan oksigen dalam darah. Ia mampu untuk mengatasi masalah dengkuran dengan membantu melancarkan saluran pernafasan semasa tidur.
Vitamin E membolehkan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan lebih efisien.

Bagi yang mempunyai masalah berat badan berlebihan pula boleh mencuba Set Kurus Shaklee

Hubungi saya untuk konsultasi percuma ;)


Wednesday, 24 December 2014

Atasi Masalah Tidur Berdengkur !! - Punca Dengkur

Anda ada masalah tidur berdengkur??
Adakah Suami/isteri anda tidur berdengkur sampai mengganggu tidur anda?
Bunyi dengkuran yang kadang2 dah macam bunyi enjin bot pun ada kan...hihihi
Adakala kita juga tahu yang kita sendiri pun tidur berdengkur... Ye la tgh syok tidur mana nak dengar kan..hahaha
Keadaan tersebut menyebabkan waktu tidur terganggu akibat selalu terjaga secara mengejut dan kadang-kadang mengalami sesak nafas. Tambahan, situasi tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada anda, malahan ahli keluarga terdekat juga turut terganggu dengan bunyi dengkuran tersebut kerana bunyinya yang kuat dan adakalanya membingitkan telinga yang mendengar.


Tidur berdengkur
  1. Punca Tidur Berdengkur
  2. Cara mengatasi masalah dengkur
  3. Kesan daripada tidur berdengkur



Apa Sebenarnya Punca Dengkur ni??

Punca dengkur ini bukan sebab penat terlampau yang macam kita selalu fikirkan. Dengkur terjadi disebabkan ada halangan pada saluran pernafasan, juga mungkin kerana posisi tidur yang salah, pengumpulan lemak sekitar muka atau leher dan mungkin juga faktor habuk atau alahan.

Pengaliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit ini mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) bergetar. Getaran inilah yang menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.

Daripada terus mengganggu tidur orang lain, apa kata kita cuba kurangkan masalah itu. Tidaklah segan sangat nanti apabila terpaksa menumpang dekat rumah orang. Jangan pula disebabkan dengkuran berkuasa ‘turbo’, tuan rumah yang tak boleh tidur.

Antara Punca Penyebab Tidur Berdengkur Juga ialah:
1. Alahan
2. Tulang hidung yang bengkok
3. Masalah tisu berlebihan di anak tekak
4. Obesiti
5. Alkohol
6. Kesan pengambilan ubat yg boleh membuatkan seseorang tertidur
7. Kedudukan tidur yang terlentang
8. Tonsil yang bengkak



ATASI TIDUR BERDENGKUR SEBELUM IA MENJADI LEBIH SERIUS !!!


CADANGAN SUPPLEMEN SHAKLEE UNTUK ATASI MASALAH BERDENGKUR


Vitamin E mempunyai antioksida & membantu proses pengangkutan oksigen dalam darah. Ia mampu untuk mengatasi masalah dengkuran dengan membantu melancarkan saluran pernafasan semasa tidur. 
Vitamin E membolehkan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan lebih efisien.

Bagi yang mempunyai masalah berat badan berlebihan pula boleh mencuba Set Kurus Shaklee

Hubungi saya untuk konsultasi percuma ;)





Sunday, 21 December 2014

Apa itu Eczema?? Eczema & kanak-kanak?? Ketahui Punca & Faktor Penyebab

Assalamualikum & Selamat Pagi semua..

Doa saya supaya sahabat2 sihat & ceria di samping insan tersayang..
Sejuk sungguh pagi ni.. mana taknya, hujan turun x henti2 dr malam td lagi.. Air dah naik melintasi jalan di hadapan Bukit Gambang Resort City ni..Harap2nya x melarat la..Kesian orang yang datang nk bercuti di sini kan..

Pagi ni sy nk cerita cket tentang Eczema..Ape?? ECZEMA??? Kesiannya la kan..Saya pernah pergi melawat anak kawan saya yg kena Eczema ni..X sanggup nak tengok bdk2 macam tu..



Apa itu ekzema?


Ekzema ~ keadaan kulit yang kering & gatal yang biasa dialami oleh bayi/ kanak-kanak yg berusia 2 tahun ke bawah.

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. 

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. 

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk. 



Punca Atau Faktor Penyakit Eczema

Perlu diingatkan bahawa punca sebenar berlakunya serangan penyakit eczema ini tidak dapat dipastikan dengan tepat. Namun terdapat beberapa kajian yang dibuat, menyatakan antara faktor-faktor yang menjadi punca kepada eczema ini termasuklah:
  • penggunaan sabun dan detergen
  • keadaan cuaca yang panas
  • alergik kepada alam persekitaran
  • alergik bila memakai barang kemas
  • berada dalam keadaan stress
  • kuat berpeluh
  • barang kosmetik yang tidak sesuai
  • alergik kepada fabrik pakaian yang tertentu
  • air berklorin tinggi
Bagaimanapun, menurut kajian penyakit eczema ini juga mempunyai pertalian genetik. Salah seorang sama ada ibu atau bapa berpotensi untuk memberi kesan genetik itu kepada anak-anak. Oleh sebab itu, kebanyakan kes eczema ini berlaku dikalangan kurang dari dua tahun kerana kebanyakannya diwarisi daripada ibubapa.
Lazimnya, bagi orang dewasa eczema ini akan menyerang di bahagian leher, muka, siku, buku lali dan lutut. Manakala, tanda-tanda eczema bagi bayi pula jelas dilihat di bahagian pipi, dahi, leher, lengan, betis dan kulit kepala. Ada yang mendapat eczema ini ketika dewasa dan ada yang diserang ketika masih bayi.

Apakah rawatan untuk ekzema?

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting.
Menurut pakar kulit, penyakit eczema ini tidak dapat disembuhkan sepenuhnya.Namun begitu, tak perlu bimbang rawatan yang sistematik dapat meminimumkan kesan penyakit itu dan mengelakkan daripada terus merebak dan menjadi kronik.
Kita juga perlu bersedia untuk mengubah cara hidup kepada yang lebih sihat dengan mengawal pemakanan dan selalu bersenam. Pada masa yang sama, pilihlah pemakanan yang sihat dan hindari dari makan makanan yang boleh mengakibatkan kegatalan dan alahan seperti makanan laut.
Rawatan eczema dengan Set Eczema Shaklee

Bayi Berusia Kurang Dari 1 Tahun
  • Untuk para ibu yang menyusu anak yang mengidap eczema, anda disyorkan untuk mengambil ESP-Energizing Soy Protein dan Omega Guard. Ianya akan disalurkan menerusi penyusuan susu ibu kepada anak. Di samping itu, ibu pun mendapat khasiatnya.
  • Krim Herbal Blend boleh disapukan untuk bayi yang mengalami ekzema kering bagi mengurangkan rasa gatal dan pedih.
  • Sekiranya ada luka-luka pada kulit boleh dirawat dengan menyapu Vitamin E pada bahagian luka.

Kanak-Kanak Berusia 1 Tahun Ke Atas
  • Bagi mengawal dan merawat eczema, kanak-kanak setahun ke atas boleh ambil Omega Guard.
  • Omega Guard menguatkan membran sel, mencegah radang kulit dan mengurangkan kegatalan.
  • Boleh juga ambil Mealshake yang kaya dengan multivitamin untuk tisu kulit dan hilangkan parut.
  • Kombinasi Krim Herbal Blend dan Vitamin E untuk rawatan luka akibat eczema.

Remaja dan dewasa
  • Apabila eczema menyerang sel kulit akan rosak. Justeru, pengambilan ESP membantu penghasilan sel kulit yang sihat, anjal dan gebu.
  • Vitamin E atau GLA Complex (dalam GLA juga ada vitamin E) berkhasiat merawat kulit yang rosak dan juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Vitamin E Shaklee mengandungi ekstrak biji anggur yang mempercepat proses membaikpulih kulit dan juga mempertingkat sistem imunisasi melawan eczema.
  • Omega Guard berfungsi mengekalkan kulit dalam keadaan lembap. Pesakit eczema mempunyai kulit yang sangat sensitif. Omega Guard mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan.
  • ESP dan Omega Guard memastikan supaya ekzema tidak merebak dan merawat kulit dari dalam.
  • Krim Herbal Blend adalah herba semulajadi untuk melegakan gatal dan pedih akibat luka ekzema.
  • Pengambilan Alfalfa sangat disyorkan untuk mempertingkat kekuatan sistem dalaman tubuh dengan bertindak menyahtoksin.


Hubungi Syuhada untuk konsultasi percuma ye ;)
014-8444220
https://www.facebook.com/tuansyuhada.tuanmohamad


Wednesday, 17 December 2014

Hidung Saya Gatal-Gatal La!!- Set Resdung Shaklee

Anda sudah lama menderita Resdung?
Hidung gatal-gatal?
Telinga pun gatal-gatal?
Mata & muka terasa gatal-gatal?
Kerap bersin pada waktu pagi dan alah dengan makanan laut?

Lagi menjelikkan sekiranya resdung anda boleh menyebabkan wajah cantik/ tampan anda di penuhi dengan jerawat!! Eeuww!!
Lagi parah kalau jerawat anda berdarah dan berbau....... 
Bukan sahaja muka..Malah leher dan belakang anda pun dipenuhi jerawat..



Penyakit Resdung adalah antara penyakit yang sering menjadi masalah kepada ramai orang di Malaysia.Pelbagai rawatan telah dicuba untuk atasi masalah penyakit resdung ini.  Set Resdung Shaklee disyorkan bagi membantu mengatasi masalah yang menghantui anda selama ini. Dalam istilah perubatan, penyakit resdung dikenali dengan nama sinusitis. Masyarakat lazimnya menganggap penyakit ini adalah penyakit yang tidak berbahaya walaupun hakikatnya jika dibiarkan menjadi kronik ia boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

Mari kita kaji dulu apa itu resdung dan bagaimana ia terjadi.


Dipetik dari The Malaysian Medical Gazette, http://www.mmgazette.com , ada 2 jenis penyakit yang boleh dikaitkan dengan penggunaan istilah resdung ini iaitu : 

1. ‘Allergic rhinitis’ (rhinitis alahan)

Dikenali dari gejala sumbat hidung, hingus yang jernih (‘rhinorrhea’), bersin dan gatal hidung dan kadangkala mata. Penyakit ini kadangkala dicetus oleh debu, makanan atau perubahan cuaca. Sejarah keluarga juga menunjukkan wujudnya penyakit yang sama atau penyakit asma atau ‘eczema’. Penyakit ini biasanya disahkan melalui pemeriksaan klinikal, tanpa perlu menjalani ujian darah, sinar X atau imbasan.

2. Sinusitis
Dalam penyakit ini, seseorang itu akan mengalami hingus yang kemungkinan bewarna kuning, hijau atau bercampur darah. Ciri utama ialah sakit kepala yang sangat teruk, di dahi atau muka terutamanya di tengah hidung atau pipi; sebelah atau kedua belah boleh berlaku. Sumbat hidung dan demam boleh berlaku. Penyakit ini boleh terjadi sekali, atau berulang kali dan berlanjutan beberapa minggu"

TANDA-TANDA RESDUNG

- Hidung selalu tersumbat dan berbau busuk
- Lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung.
- Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
- Kerap bersin terutama di waktu pagi
- Kerap sakit kepala

Antara komplikasi penyakit resdung:
  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.
Dalam Shaklee, 3 vitamin ini insyaAllah dapat membantu anda mengurangkan masalah resdung anda, iaitu Alfalfa Complex, B Complex dan Vitamin C.

  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.
  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.
  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.
Jangan berlengah untuk mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah. Hakikatnya, penyakit resdung ini jika dibiarkan melarat akan menjadi kronik dan boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!



Hubungi Syuhada untuk khidmat nasihat dan panduan
Syuhada : 014-8444220(call/sms/whatsapp)