Friday, 2 December 2016

Tanda-tanda Anda Akan Menjadi Seorang Yang Berjaya



Assalamualaikum & Selamat sejahtera..

Semua Orang Boleh Berjaya!!!

Antara Nilai yang saya nampak dalam sesuatu Bisness.
Tanpa mengira umur Muda / Tua, semuanya bukan menjadi penghalang seseorang itu untuk BERJAYA.. Betul x?
Yang penting mestilah Ade kehendak seiring dengan USAHA Tanpa Jemu & jaga hubungan dengan PEMBERI REZEKI..


Berikut adalah senarai tanda-tanda anda akan menjadi seorang yang berjaya InsyaAllah!
1. Anda fleksibel untuk berubah

Ada masanya keadaan berubah yang memerlukan anda sendiri turut berubah. Perubahan tidak memberi impak negatif kepada anda.

2. Anda tidak suka merungut dan mengeluh

Selalu sangat merungut dan mengeluh memberi perasaan negatif kepada diri dan juga orang keliling

3. Anda sering produktif

Mengurus masa dengan baik selalu dan tidak melakukan perkara membuang masa yang tidak mencapaikan matlamat anda

4. Anda boleh tingkatkan motivasi sendiri

Selalu ambil tindakan tanpa perlu disuruh dan tanpa melengahkan masa

5. Anda suka buat lebih dari apa yang diperlukan

Anda tahu melakukan lebih dari apa yang perlu memberi kepuasan kepada diri dan juga meningkakan kredibiliti anda pada pandangan orang lain

6. Anda bersedia membantu orang lain

Lebih banyak anda membantu orang lain, lebih ramai yang akan membantu anda satu masa nanti. Bak kata, the more you give, the more u get.

7. Anda seorang yang pemaaf

Tidak ada gunanya menyimpan dendam dan sakit hati. Maafkan orang lain dan jadikan diri lebih kuat.

8. Anda menghadapi cabaran dan belajar dari nya

Anda suka melihat cabaran sebagai peluang, dan pelajari serta perbaiki melaluinya

9. Anda suka melihat kejayaan orang lain

Kejayaan orang lain memberi semangat dan inspirasi kepada anda dan bukan kebencian dan iri hati

10. Anda suka mendampingi orang yang berjaya

Kerana dapat “aura” kejayaan serta sering berasa positif dikalangan mereka yang positif!

Sumber: Irfan Khairi



Anda tercari-cari vitamin semulajadi yang selamat dan semulajadi?

Hubungi saya:

sms/ whatsapp: 014-8444220
Fb Page: Pakarvitamin. Com
COD Area: Gambang - Taman Tas - Kuantan - Pekan

Penghantaran Menggunakan Poslaju Ke Seluruh Negara


No comments :

Post a Comment