Tuesday, 31 May 2016

Tip Ibu Menyusu Kekal Cergas & Bertenaga Di Bulan Puasa

Assalamualaikum... Ahlan wasahlan ya Ramadhaanul Karim.. Sekejap je masa berlalu, hari berganti hari, bulan berganti bulan. Sekarang sedar tak sedar kita dah tiba di penghujung bulan Sya'baan dan bulan Ramadhan pula bakal menjelma. Jadi, sudahkah kita bersedia untuk melalui bulan Ramadhan ataupun bulan puasa dengan penuh bersemangat untuk mengumpul bonus-bonus yang bakal kita dapat nanti? Bonus apakah itu? Ye lah, bonus beribadat kepadaNya lah kan. Macam mana untuk pastikan kita dapat beribadat dengan baik? Jawapannya ada pada badan yang SIHAT & AKAL yang SIHAT!

Bagaimana pula dengan ibu-ibu menyusu & ibu-ibu hamil? Sudah tentu bulan puasa ini memberi cabaran yang besar kepada mereka. Ibu menyusu sudah tentu risaukan kuantiti susunya yang bakal merudum. Betul ke macam tu? Bagaimana nak pastikan anak-anak cukup dengan bekalan susu ibu? Bagaimana pula ibu menyusu akan kekal cergas dan bertenaga walaupun mereka berpuasa?

Ketahui tips ibu menyusu kekal cergas dan bertenaga walaupun berpuasa. Semoga tips yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah ibu-ibu menyusu diluar sana.


Pengalaman 7 tahun menyusukan anak di bulan Puasa.. Mari kita sama-sama dengar dan ketahui apa Rahsia ibu HEBAT di dalam video ini.



BERSAHUR

1. Melewatkan waktu sahur, kerana glukos (sumber tenaga) daripada karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama.

2.Ambil makanan yang lambat dihadam ketika waktu sahur seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur, dan buah-buahan. Makanan ini mengandungi karbohidrat yang kompleks dan serat yang akan berada dalam perut dalam jangkamasa yang lama dan melambatkan rasa lapar.

3.Tidak mengambil makanan yang cepat dihadam. Ia hanya mampu bertahan sehingga 3-4 jam sahaja dan boleh menyebabkan gastrik. Makanan yang cepat dihadam ialah makanan yang mengandungi karbohidrat ringan seperti gula, roti putih dan sebagainya.

3.Anda diwajibkan bersahur. Jangan sesekali tidak bersahur. Ambil sekurang-kurangnya makanan yang ada protein, karbohidrat dan sedikit lemak. Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori sehari. Sebanyak 500 kalori diambil daripada makanan ibu dan 200 kalori diambil daripada lemak dalam tubuh ibu.

4.Makan sahur untuk mengelakkan hypoglycemia atau kandungan gula yang rendah yang boleh menyebabkan kelesuan.

5.Minum banyak air kosong untuk mengelakkan sembelit dan penyahhidratan 

makan makanan yang mengandungi gizi seimbang.

6.Ambil suplimen kesihatan untuk lebih sokongan kepada sistem badan.

7.Kurangkan makanan yang bergoreng dan berlemak. Ia menyebabkan ketidakhadaman, sakit perut dan penambahan berat badan.

8.Tidak meminum teh berlebihan kerana ia mengandungi theopyhlline yang menyebabkan kerap membuang air.


BERBUKA PUASA

1.Lebihkan makanan yang cepat dihadam ketika berbuka, seperti roti putih, kuih-muih, jus buah, sup dan bubur. Makanan mengandungi kandungan gula dan karbohidrat yang cepat dihadam.

2.Ambil 3-4 biji kurma sewaktu berbuka. Selain makanan sunnah ia mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan. Kurma dapat memberikan tenaga dengan segera yang diperlukan oleh badan kita setelah seharian penat berpuasa. 


3.Elakkan makan bergoreng dan berlemak. Makanan ini menyebabkan ketidakhadaman dan senang berlakunya pedih ulu hati. 

4.Kurangkan makanan manis. Makanan manis tidak dapat disimpan lama kerana dihadam terlalu cepat dan hanya akan membuatkan kita cepat berasa letih. 

5.Tingkatkan pengambilan air. Minum 2 gelas air sewaktu berbuka, ini termasuklah jus buah-buahan atau susu rendah lemak. Minum 2-3 gelas air putih sebelum tidur, Minum 2 gelas air putih sewaktu sahur.

6.Elakkan makanan berempah dan pedas. Makanan ini akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik. Meraka yang mempunyai masalah gastrik eloklah mengelakkan makanan sebegini.

7.Elakkan minuman berkafein dan air berkarbonat kerana minuman ini akan menyebabkan kita lebih kerap membuang air dan mempercepatkan kehilangan cecair dalam badan.

12 Tips Ibu Menyusu Di Bulan Ramadhan

  1. Sediakan stok sebelum bulan Ramadhan
  2. Bangun untuk Power Pumping
  3. Jangan Skip Waktu Mengepam di Pejabat
  4. Menyusu direct sambil mengepam di sebelah lagi di waktu malam
  5. Tidur awal bersama bayi dan direct feed
  6. Amalkan banyak zikir dan baca quran
  7. Elakkan makanan yang pedas dan masam jika perut sensitif
  8. Pilih menu bersup
  9. Minum cukup air kosong
  10. Ambil air isotonik untuk elak kehilangan banyak air dari badan
  11. Elakkan makanan yang menyebabkan cepat lapar (high glisemic index)
  12. Ambil makanan berserat dan berkalsium tinggi.


CADANGAN PENGAMBILAN SUPLIMENT TAMBAHAN UNTUK KEKAL CERGAS & BERTENAGA DI BULAN PUASA



1. ESP (energizing soy protein) adalah sumber protein berasaskan tumbuhan soya. Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, 12x ganda susu rendah lemak. Ia bertindak sebagai pembekal tenaga dengan segera. Sangat sesuai diminum waktu sahur untuk membantu mengurangkan rasa lapar disiang hari.

2.Perfomance Drink adalah Minuman elektrolit yang membantu mengelakkan penyahhidratan ketika berpuasa dan membantu mengurangkan rasa haus. Ia mengandungi formula karbohidrat unik iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb adalah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah. 

Perfomance drink ni sama macam minuman isotonik lain diluar sana seperti air 100 plus tu. Tapi kandungan gula dalam perfomance drink ni sangat rendah, sangat berbeza dengan air isotonik diluar sana yang mengandungi banyak gula. Sangat sesuai diminum ketika bersahur dan berbuka. Kalau waktu berbuka tu, campur kan je perfomance drink ni ke dalam air sejuk, terasa segar je waktu berbuka.
Bersahur

3.Meal Shakes ini berperisa vanila yang pasti dapat memikat rasa semua! Ia membekalkan 35% atau lebih Nilai Harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting. Ia merupakan sumber yang kaya dengan kalsium, dan serabut membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa ini. Memelihara kesihatan melalui kandungan vitamin-vitamin dan mineral penting yang diperlukan badan setiap hari yang selalunya sukar dipenuhi melalui sajian berbuka dan sahur kita.

Ringkasan Pengambilan Supliment Semulajadi Shaklee di Bulan Puasa

BERSAHUR


  • Mealshake/ESP – membekalkan tenaga kepada tubuh disamping itu memberikan rasa kenyang yang lebih lama
  • Performance Drink – mengekalkan air di dalam tubuh badan dan ia membantu mencegah penghidratan
  • Vita-Lea (multivitamin) – menentukan anda mendapat vitamin dan zat galian yang lengkap
  • Vitamin C – bertindak sebagai “pagar” penyakit
  • B Complex – menukarkan gula kepada tenaga, membantu meningkatkan proses metabolisme
BERBUKA
  • Performance Drink – menggantikan air yang telah hilang, memberi tenaga karbohidrat yang badan badan perlukan dan juga daya ketahanan serta keseimbangan unit elektrolit dan mencegah penghidratan
  • Fiber – membuat anda rasa kenyang lebih lama. Tidak perlu padatkan perut anda. Jika ini berlaku anda akan menjadi seperti ular dan akan menjejaskan ibadat-ibadat yang wajib
  • ESP – memberikan tenaga yang diperlukan sambil rasa kenyang
  • Vita-Lea – memberikan vitamin lengkap yang perlu
  • B Complex – berfungsi sebagai ‘spark plug’ kerana ia menukarkan makanan kepada tenaga
  • Vitamin C – melindungi anda daripada sebarang serangan penyakit
  • Lecithin – agen asli pemecah lemak (fat emulsier)

SELEPAS TERAWIH
  • Lecithin – agen pemecah lemak
  • Performance Drink – memberi tenaga, menggantikan air yang hilang
  • GLA – membantu sistem hormon badan berjalan dengan baik

Segala saranan di atas hanyalah cadangan sahaja dan bolehlah membeli mengikut bajet anda.


Siapa lagi yang boleh amalkan set ni?
  1. Anda yang berpuasa.
  2. Anda yang aktif bersukan.
  3. Ibu hamil.
  4. Ibu yang menyusukan anak.
  5. Pelajar yang mudah penat.
  6. Pekerja yang lesu.
  7. Lelaki & wanita.
  8. Kanak-kanak sekolah.
  9. Warga emas.
Testimoni 1


Testimoni 2


Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi saya Puan Syuhada. 

Hubungi saya:

sms/ whatsapp: 014-8444220
Fb Page: Pakarvitamin. Com
COD Area: Gambang - Taman Tas - Kuantan - Pekan

Penghantaran Menggunakan Poslaju Ke Seluruh Malaysia


1 comment :

  1. Assalammualaikum .
    Betul tu apa yang dikatakan oleh cik puan punya blog :)Melentur buluh biarlah dari rebungnya.Baca Tips Mudah Untuk Melatih Anak berpuasa Di Bulan Ramadhan. Jom kita jalani kehidupan yang sihat dan miliki tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas .

    ReplyDelete