Friday, 12 February 2016

JENIS-JENIS VITAMIN DAN FUNGSINYA

Vitamin ataupun suplimen (makanan tambahan) merupakan satu kaedah untuk mencukupkan keperluan zat harian selain daripada makanan yang di makan setiap hari sebagai pencegahan kepada penyakit , letih lesu dan masalah kesihatan apabila usia meningkat tua.


Kebanyakan daripada kita tidak mengamalkan makanan seimbang, berzat dan dalam jumlah yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan. Badan menjadi lemah lesu, kurang bertenaga dan berpenyakit menjadi masalah kepada kesihatan jika kekurangan zat dan vitamin berterusan.



Untuk memperoleh vitamin, seseorang itu dinasihatkan memakan pelbagai jenis makanan termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Pengambilan vitamin yang cukup dalam badan dapat membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan sama ada fizikal mahupun dalaman. Jom ketahui jenis dan kebaikan vitamin serta mineral buat tubuh badan yang sihat dan lebih kuat seperti zaman muda.




VITAMIN A


Merupakan salah satu daripada keluarga vitamin larut lemak. 

Fungsi:

  • membantu tumbesaran, 
  • kesihatan gigi
  • Kaya dengan antioksidan yang menguatkan daya tahan imun sistem tubuh badan,
  • memperbaiki masalah penglihatan, 
  • mengurangkan risiko penyakit jantung 
  • melambatkan penuaan kulit.
  • Ia membantu memelihara kulit yang sihat 
  • mencegah lapisan mulut, hidung, tekak, paru-paru, penghadaman dan salur kencing dari dijangkiti kuman

Kandungan vitamin ini boleh didapati dalam sayuran seperti bayam dan kangkung, buah-buahan, hati, susu, mentega dan telur.



VITAMIN B



Terdiri daripada 8 jenis iaitu B1 (Tiamin), B2 (Riboflavin), B3 (Niasin), B5 (Pantothenic Acid), B6 (Pyridoxine), B7 (Biotin), B9 (Folat) dan B12 (Kobalamin). Vitamin B kompleks ini berperanan penting dalam menjaga kesihatan. 



Fungsi:
  • menjaga sistem penghadaman, 
  • menyerap nutrien 
  • sistem saraf. 
  • mengimbangkan metabolisme, 
  • menguatkan otot
  • minda yang lebih tajam serta lebih peka. 
  • Penting untuk wanita muda mengambil vitamin B9 (asid folik) yang memastikan kesihatan sel darah merah
  • menghindarkan diri dari penyakit kanser dan masalah kecacatan pada kehamilan.
Sumber vitamin B boleh diperoleh daripada sayuran seperti lobak merah, daging, ayam, ikan, kekacang dan bijirin termasuk gandum.

VITAMIN C

Fungsi:
  • Antioksidan yang bermanfaat bagi pertumbuhan dan penggantian tisu, pembentukan kolagen serta membantu gusi sihat. 
  • meningkatkan daya tahan imun sistem tubuh
  • mengelakkan dari penyakit jantung, masalah pranatal, dan penyakit mata.
  • meningkatkan penyerapan zat besi, 
  • mencegah pembekuan darah
  • mempercepat proses penyembuhan luka.
  • menghilangkan masalah kedutan pada wajah.
  • Ia dikenali sebagai satu vitamin yang kuat dalam memerangi demam dan selesema. 
Ia terkandung dalam buah-buahan termasuk buah beri dan sayuran hijau seperti asparagus dan bayam.

VITAMIN D

Fungsi:
  • Diperlukan bagi merangsang tumbesaran tulang dan gigi yang sihat. 
  • Dapat mencegah otot menjadi lemah.  Ia juga amat istimewa kerana terbentuk daripada tindak balas cahaya matahari pada kulit.
  • Menurut doktor, Vitamin D boleh mengurangkan risiko penyakit kanser sebanyak 50% dan ia boleh mengelakkan dari penyakit kanser ovari dan diabetes. 
  • Membantu dalam memberikan penyerapan kalsium dengan lebih cepat dan memainkan peranan penting dalam fungsi otot yang baik.
Antara makanan yang mengandungi vitamin D boleh didapati daripada hasil tenusu, telur, hati dan minyak ikan.

VITAMIN E

Fungsi:
  • Memperbaiki peredaran darah dan tisu
  • Mencegah dan menggalakkan kulit serta rambut yang sihat. 
  • Juga dipercayai dapat mencegah kanser dan penyakit katarak. 
Vitamin E mudah didapati dalam kekacang, ubi kentang, gandum dan rumpai laut.

VITAMIN K

Fungsi:
  • Amat bermanfaat kepada penghidap osteoporosis.
  • Dapat membaiki pertumbuhan tulang.
  • Membantu pembekuan darah.
  • Meningkatkan daya tahan jangkitan kepada kanak-kanak
  • Mencegah kanser.

Khasiat vitamin K boleh diperoleh daripada bijirin, sayuran seperti asparagus dan kubis bunga serta hati.

Untuk lagi cepat dan mudah anda dapatkan vitamin ataupun makanan tambahan yang selamat dan semulajadi, anda bolehlah dapatkan vitamin semulajadi Shaklee.

Berminat untuk dapatkan vitamin semulajadi Shaklee boleh hubungi saya. Sebarang pertanyaan boleh whatsapp ke 014-8444220


sms/ whatsapp: 014-8444220
Fb Page: Pakarvitamin. Com
COD Area: Gambang - Taman Tas - Kuantan - Pekan

Penghantaran Menggunakan Poslaju Ke Seluruh Malaysia


No comments :

Post a Comment