Saturday, 13 February 2016

Detoks Hati / Keluarkan Toksin Daripada Badan Dengan DTX™ Complex

Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman.Hati adalah organ unik yang mampu membina dirinya sendiri. Oleh itu organ hati boleh didermakan sebahagiannya, kerana ia mampu memperbaiki dan membina organnya semula.


Fungsi Hati Manusia.


1. Rembesan Hempedu
  • Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
  • Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
  • Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
  • Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A
2. Bertindak sebagai Detoksifikasi
  • Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
  • Hati mengawal metabolism protein
  • Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
  • Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
  • Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul
3. Mengawal Paras Gula dalam Darah
  • Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentu yang lebih aktif
  • Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
  • Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
  • GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
  • Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
  • Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin
4. Penting untuk metabolisme Lemak
  • Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
  • Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

Rupa-rupanya banyak juga peranan hati ni kepada badan kita ye. Jadi, bagaimana cara untuk kita jaga hati kita dengan baik. Tambahan lagi dengan dunia sekarang yang penuh dengan pencemaran, penuh dengan racun. Hati kita terpaksa berkerja keras untuk meneutralkan balik sistem dalam badan kita. Kita juga perlu tahu apakah tanda-tanda fungsi hati kita sudah merosot.

Tanda-tanda fungsi hati merosot
  • Perut selalu kembung dan berangin.
  • Perut menjadi buncit
  • Lingkaran gelap pada mata
  • Bau mulut yang menyengat
  • Sering pedih ulu hati.
  • Masalah sembelit.
  • Sukar menurunkan berat badan.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Mood tidak menentu, darah gemuruh dan sering rasa tertekan.
  • Penat yang berlebihan dan berlanjutan.
  • Berpeluh dengan berlebihan.
  • Kulit mudah berdarah atau mudah lebam walaupun tidak mengalami kecederaan yang teruk.
  • Kurang selera makan.
  • Mata menjadi kuning dan simptom-simptom jaundis yang lain termasuk kencing yang gelap dan najis yang pucat apabila sel-sel hati mulai rosak.
Berita gembira yang saya nak sampaikan ialah walaupun sel-sel hati sudah rosak dan berkurang tapi masih boleh dibaiki dan dibina semula. Ada beberapa langkah yang saya kongsi untuk mencuci hati dan mendapatkan semula organ yang sangat penting ini. Terdapat => 6 Langkah Detoks Hati Secara Semulajadi

Bagaimana cara untuk detoks hati/ keluarkan Toksin daripada badan dengan suplimen semulajadi, DTX Complex Shaklee.

DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:

Biji ‘milk thistle
  • Digunakan di Eropah sejak 2000 tahun lagi
  • Merupakan bahan utama dalam DTX
  • Mengandungi ‘Silymarin’ yang berfungsi sebagai antioksida
Biji schizandra chinensis
  • Menghalang Toksin berada dalam badan
  • Menggalakkan protein sintesis yang mana ia menggalakkan pertumbuhan sel – sel baru
  • Mengandungi Antioksida
Cendawan Reishi
  • digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksida
Dandelion
  • Kaya dengan Vitamin A, B, C, D dan zat besi
  • Mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu
Kunyit
  • Mengandungi ‘Curcumin’ yang berfungsi untuk mencegah barah hati & kesihatan pundi hempedu
Ekstrak artichoke
  • Mengandungi ‘Cynarin’yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal


Beberapa pakar perubatan mengatakan, kerosakan hati dapat dilihat dengan menggunakan CT scan. Namun, gangguan organ hati dapat dilihat dari bentuk fizikal seseorang.

Selain mengamalkan vitamin DTX Complex ini, gaya hidup seseorang perlu diubah. Pengarah Unit Perniagaan Penjagaan Kesihatan Pengguna Sanofi, James Wong, berkata membran sel hati boleh terjejas disebabkan gaya hidup kurang sihat seperti pengambilan makanan berminyak, minum arak, merokok, pengambilan terlalu banyak ubat atau jangkitan daripada virus tertentu.

Sekiranya anda sayangkan hati anda, bertindaklah dari sekarang. Sebarang kemusykilan dan sekiranya anda berminat untuk detoks hati anda dengan DTX complex, anda boleh hubungi saya segera. Pembelian secara online boleh dibuat terus dengan klik pada "ORDER SEKARANG"

 DTX Complex

Hubungi saya:

sms/ whatsapp: 014-8444220
Fb Page: Pakarvitamin. Com
COD Area: Gambang - Taman Tas - Kuantan - Pekan

Penghantaran Menggunakan Poslaju Ke Seluruh Malaysia



No comments :

Post a Comment