Monday, 14 December 2015

TIPS PENJAGAAN ANAK BERKHATAN AGAR CEPAT SEMBUH

Sempena cuti sekolah ni, ramai di kalangan ibu bapa yang bercadang untuk mengkhatankan anak lelaki mereka. Jadi apa persedian yang patut ibu bapa lakukan? Semestinya ibu bapa perlu tahu dulu apa itu berkhatan dan bagaimana cara penjagaan anak selepas berkhatan.

Berkhatan adalah istilah yang digunakan untuk pembedahan kecil di mana sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang. Ia juga dikenali dengan sunat atau dalam bahasa Inggeris dinamakan 'circumcision'.
Terdapat 3 Kaedah Berkhatan iaitu:-

1) Kaedah Tradisional
2) Kaedah Konvensional
3) Kaedah Moden

Kaedah Tradisional

=> Biasanya dilakukan oleh Tok Mudim.
=> Tidak menggunakan bius.
=> Kebiasaannya, pesakit dikehendaki untuk berendam didalam air sejuk selama beberapa lama sebelum menjalani proses berkhatan untuk memberi rasa kebas.
=> Teknik ini menggunakan kelengkapan seperti pisau, gunting dan penyepit.
=> Teknik ini adalah agak rumit kerana ianya memerlukan teknik jahitan bagi menjahit luka.
=> Proses penjagaan selepas selesai berkhatan kaedah sedikit rumit dan luka memakan masa lama untuk sembuh.

Kaedah Konvensional
=> Menggunakan bius bagi mengurangkan rasa sakit semasa proses berkhatan.
=> Kaedah ini lebih murah kerana menggunakan pisau (blade) dan gunting untuk membuang kulit di hujung kemaluan dengan memotongnya.


=> Teknik jahitan pula digunakan untuk memberhentikan pendarahan.
=> Kaedah ini mengalami sedikit evolusi dengan kehadiran "cautery". Alat ini sering disalah erti sebagai laser walaupun ia bukanlah sejenis laser.
=> Cautery ini adalah satu alat yang menggunakan elektrik atau bateri.
=> Ia menghasilkan haba di hujungnya dan boleh digunakan untuk memotong lebihan kulit dan membakar salur darah bagi mengurangkan pendarahan.
=> Namun, kaedah ini mengambil masa yang lama sedikit di antara 20 minit sehingga 45 minit bergantung kepada pesakit dan tahap pendarahan.


Kaedah Moden

=> Menggunakan bius dan menggunakan teknik sepitan atau 'Clamp' bagi menggantikan teknik potong dan jahitan.

=> Ia adalah cara yang sangat cepat dan kurang pendarahan.
=> Kaedah ini cepat kerana tidak memerlukan jahitan.
=> Setelah kanak-kanak diberi bius, ukuran klamp dikenalpasti dan alat yang sesuai dengan saiz kemaluan akan dimasukkan. 
=> Setelah klamp diaplikasikan di tempatnya yang sesuai, kulit-kulit yang berlebihan akan dipotong (samada menggunakan cautery atau pisau). 
=> Pendarahan adalah kurang kerana segala salur darah telah ditekan menggunakan alat tersebut.
=> Selepas 7 hari, pesakit hanya perlu pergi ke klinik untuk menanggalkan 'Clamp'. Adakalanya ia akan jatuh sendiri dan ini memudahkan urusan.
=> Dari segi kos, kaedah klamp ini agak mahal.
=> Masalah yang berlaku kepada klamp ialah apabila untuk membuang klamp selepas satu minggu. Klamp akan melekat di kawasan kemaluan untuk menutup salur darah dibahagian kulit yang dipotong.
=> Untuk membukanya kadang-kadang pesakit akan merasa sakit. Sakitnya adalah sebagaimana dia bersunat dahulu. Ada yang menangis kerana kesakitan selama beberapa hari selepas itu.
=> Sedangkan, kaedah konvensional hanya merana pada waktu bersunat sahaja selepas itu tidak ada lagi kesakitan kerana benang yang dijahit akan hilang sendiri dan tidak perlu dibuang.
=> Ada juga pendarahan berlaku selepas klamp dibuang. Ini kerana kulit yang diklamp tidak tertutup sepenuhnya kerana masalah jangkitan. Masalah jangkitan boleh berlaku pada teknik klamp dan mengakibatkan luka lambat sembuh. Berbanding dengan kaedah jahitan, luka mudah terbuka kerana tidak ada jahitan yang menyokongnya.

(Sumber dari blog Dr. Azwan)

Tips Persediaan Sebelum Berkhatan.
1) Ibu bapa perlu memaklumkan kepada anak yang ingin dikhatankan terlebih dahulu. Biarlah dia menghadapinya dengan keadaan yang bersedia.
2) Ceritakan pada anak tentang fadilat berkhatan, hukum dari segi agama dan kesannya terhadap kesihatan.
3) Pujuk atau reward anak dengan apa-apa hadiah yang anak suka.
4) Sebelum bersunat, raikanlah anak dengan menjamunya makanan kegemaran sebab lepas sunat ibu perlu memantau makanan yang diambil. Kira amalan berpantanglah walaupun kalau tanya sesetengah doktor tidak perlu berpantang. Sebenarnya amalan berpantang tu tak susah sangat.
5) Raikan juga anak itu dengan membawanya ke tempat2 rekreasi kesukaannya / berenang. Lepas sunat nanti tak boleh aktif sangat kalau nak cepat baik. 
6) Barang-barang yang perlu dibawa ketika pergi berkhatan: tuala kecil / sapu tangan, kain pelikat. Kalau tak nak pakai kain pun boleh, guna cawan kertas large size (buang bahagian dasar cawan untuk pengudaraan) / mangkuk pakai buang ditangkupkan pada alat sulit, lepas tu pakai seluar macam biasa. 

Tips Semasa Berkhatan

Pada hari bersunat, siapkan anak sepenuhnya. Pastikan anak telah mandi, bersarapan, buang air kecil dan lagi elok telah buang air besar. Berikan keselesaan pada anak kerana selepas bersunat mereka mungkin akan berasa sedikit sakit, takut untuk kencing dan kena berpantang makan selama beberapa hari.

Untuk kaedah konvensional, saat yang paling sakit ialah waktu dibiuskan. Berikan sapu tangan / tuala kecil untuk anak gigit semasa berkhatan ketika bius dilakukan. Ini adalah agar anak itu tidak menjerit sehendaknya yang mana ini akan melemahkan semangat kawan2-kawan yang sedang menunggu giliran selepasnya. Cara ini juga membolehkan anak itu mengawal / menahan kesakitan yang dialaminya. Biasanya lepas bius dah tak sakit lagi.

Tips Selepas Berkhatan
Ibubapa harus memastikan perkara-perkara berikut: 

1. Bersih dan kering 

Hujung kepala zakar harus sentiasa kering 48 jam selepas berkhatan. Pastikan ia sentiasa bersih dengan mencuci ketika mandi. Elakkan penggunaan produk yang berbau wangi. Biarkan ia kering secara semulajadi. 

Bagi bayi, zakarnya akan kelihatan kekuningan untuk 7-10 hari. Basuh dengan air setiap hari. Tukarkan lampin sekerap mungkin bagi mengelakkan jangkitan kuman daripada air kencing dan najis. Jika zakarnya dibalut dengan kain gauze, tukar balutan baru setiap kali menukar lampin. Letakkan petroleum jelly pada balutan bagi mengelakkan ianya melekat pada zakar. Bagi anak-anak yang menggunakan ring plastik, ianya akan gugur sendiri selepas 5-8 hari. 

Secara umumnya, kulit zakar pada bayi akan pulih dalam 7-10 hari. Bagi kanak-kanak dan lelaki dewasa, pemulihan sepenuhnya mengambil masa 5 – 7 hari. 

2. Pengambilan ubat 

Jika terasa sakit, ambillah ubat tahan sakit seperti paracetamol dan ibuprofen. Tanya doktor anda bagaimana ubat tersebut harus diberi kerana ada kanak-kanak yang belum pandai mengambil ubat berbentuk pill. Bagi anak-anak berusia 16 tahun ke bawah, jangan sekali-kali mengambil aspirin. Elakkan ubat atau krim sapuan yang tidak disarankan oleh doktor atau mudim. 

3. Biarkan mereka berehat 

Anak-anak perlu direhatkan sejurus selepas berkhatan. Jika boleh, biarlah mereka berbaring dalam 1-2 jam sebelum dibawa pulang. Elakkan menunggang basikal, motor atau menggunakan permainan yang boleh diduduki sehingga bengkak surut sepenuhnya. 

4. Berpakaian longgar 

Zakar mungkin akan menjadi merah dan sedikit membengkak. Anak-anak mungkin lebih selesa dengan memakai pakaian yang longgar seperti kain pelikat. Mereka boleh mula memakai seluar yang longgar selepas 3-4 hari. 

5. Bertemu doktor 

Dapatkan nasihat doktor jika: 
• pendarahan berterusan selepas 2-3 jam dikhatan. 
• bengkak berterusan selepas 2 minggu 
• sakit ketika buang air kecil beberapa hari selepas berkhatan 
• bayi tidak kencing dalam masa 6-8 jam selepas berkhatan 
• kemerah-merahan pada hujung zakar yang bertambah teruk selepas 3-5 hari

Cadangan makanan tambahan untuk kesihatan anak-anak yang berkhatan supaya cepat sembuh.


Vitamin C
***********
1. Membina dan memperbaiki tisu sel - sebelum luka-luka itu pulih dan bertaup, sudah tentu, tisu-tisu itu memerlukan penggalak supaya cepat sembuh
2. Membentuk kolagen yang penting untuk menyambung struktur tisu.
3. Memelihara saluran darah agar kekal sihat
4. Kuasa penyembuhan.

Zinc Complex
****************
1. Penting untuk pengeluaran sel darah merah.
2. Membantu kuasa penyembuhan luka.
3. Membantu perkembangan kesihatan kulit.
4. Membantu perkembangan sistem urat saraf.
5. Membantu pemulihan sel.

Sekiranya ibu bapa mahukan kesempurnaan untuk anak anda bolehlah dapatkan vitamin semulajadi Shaklee ini.

 Set Berkhatan

sms/ whatsapp: 014-8444220
COD Area: Gambang - Kuantan - Pekan

Penghantaran Menggunakan Poslaju Ke Seluruh Malaysia


1 comment :

  1. Ni pengalaman saya jaga anak lepas berkhatan / bersunat. Boleh klik link di bawah.

    Jaga anak berkhatan / bersunat

    ReplyDelete