Wednesday, 16 December 2015

Punca Masalah Hb Rendah Di Kalangan Ibu Mengandung & Kesannya

Masalah Hb Rendah di kalangan ibu mengandung bukan lagi perkara luar biasa. Ini kerana ramai sangat ibu mengandung di luar sana yang mengalaminya. Kebiasaannya pada trimester pertama, bacaan Hb ibu-ibu mengandung masih di tahap normal. Tetapi, bila tiba trimester kedua dan ketiga, bacaan Hb mula menunjukkan masalah. Walaupun perkara ini sudah menjadi kebiasaan dikalangan ibu mengandung, tetapi ia tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh memudaratkan si ibu dan anak di dalam kandungan.
Jenis-jenis Anemia Semasa Kehamilan.
1. Anemia Disebabkan Kekurangan Iron Berlaku bila badan kekurangan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin yang mencukupi. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah. Ianya mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh badan. Anemia jenis ini paling kerap dihadapi kebanyakan ibu hamil.
2. Anemia Disebabkan Kekurangan Asid Folik Asid Folik adalah sejenis Vitamin B. Tubuh perlukan Asid Folik untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel-sel darah merah yang sihat. Masa hamil, wanita perlukan lebih Asid Folik. Kekurangannya menyebabkan badan tak dapat hasilkan sel darah merah yang mencukupi. Kekurangan Asid Folik juga boleh menyebabkan kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan kekurangan berat masa lahir.
3. Anemia Disebabkan Kekurangan Vitamin B12 Vitamin B12 diperlukan untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Adalah penting untuk ibu mengamalkan diet seimbang supaya badan dapat hasilkan sel darah merah yang mencukupi. Wanita yang tak makan daging, produk tenusu, telur, mempunyai risiko tinggi kekurangan Vitamin B12. Ini juga boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan risiko kelahiran pra-matang.
Punca Masalah Anemia Boleh Berlaku
1. Kekurangan zat besi akibat diet pemakanan yang tidak seimbang.
2. Kelemahan penyerapan zat besi dalam tubuh
3. Kesan sampingan akibat kaedah perubatan tertentu.
4. Pembawaan faktor genetik misalnya penyakit talesemia.
5. Kehilangan banyak darah ketika haid/ kehamilan.
6. Masalah hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah)
7. Pendarahan serius akibat ulser perut atau buasir serta parasit.


Siapa yang berisiko?
Semua wanita hamil berisiko terkena anemia. Sebab itulah ibu hamil perlukan zat besi dan Asid Folik lebih daripada biasa. Tapi risiko terkena anemia lebih tinggi sekiranya:
  • Mengandung anak kembar
  • Jarak kehamilan yang rapat dengan sebelumnya
  • Banyak muntah akibat morning sickness
  • Mengandung diusia remaja
  • Tidak makan secukupnya makanan yang kaya zat besi
  • Mengalami anemia semenjak sebelum mengandung
Simptom Anemia
Tanda-tanda seorang ibu mengalami anemia semasa hamil ialah:
  • Kulit, bibir dan kuku pucat
  • Rasa letih dan lemah
  • Rasa pening
  • Rasa tak cukup nafas dan sukar bernafas
  • Denyutan jantung laju
  • Sukar untuk fokus
Kesan Anemia Kepada Ibu & Bayi
Anemia yang teruk dan tak dirawat semasa mengandung boleh meningkatkan risiko:
Risiko Kepada Ibu:

  • Penambahan darah (blood transfusion) sekiranya kehilangan darah yang banyak semasa bersalin
  • Kemurungan selepas bersalin
  • Mudah mendapat jangkitan
  • Jika berlaku pendarahan, keadaan akan lebih mudarat.
  • Mudah mendapatpenyakit lemah jantung.
  • Kematian ibu
Risiko Kepada Bayi:
  • Kelahiran pra-matang ataupun bayi kekurangan berat badan semasa lahir
  • Bayi menghidapi anemia
  • Bayi yang menghidapi lewat perkembangan
  • Bayi menghidapi kecacatan kelahiran pada tulang belakang ataupun otak
  • Keguguran
  • Bayi meninggal di dalam kandungan
Saksikan video pengalaman ibu mengandung yang mempunyai masalah anemia.. Bagaimana jalan penyelesaian yang beliau ambil.. Saksikan.


Ketahui 10 Makanan Penambah Darah Untuk Ibu Hamil <<< Klik sini

Cadangan Supliment Semulajadi Shaklee
Bagaimana ianya mambantu? 

Suplemen Shaklee dijamin 100% semulajadi dan selamat dimakan oleh ibu mengandung. Amalkan pengambilan Set Tambah Darah Shaklee.

Multivitamin
Membekalkan keperluan asas kesemua 12 jenis vitamin dan 9 mineral yang diperlukan tubuh dengan tambahan zat besi. Zat besi (iron) adalah sangat penting dalam pembentukan sel darah merah

B-Complex
Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan manusia. Asid folik juga penting dalam pembentukan sel darah anda

Vitamin C 
Membantu meningkatkan penyerapan iron dari makanan dan suplemen anda

Ibu-ibu di luar sana, janganlah ambil mudah perkara ni ye. Kelak kita menyesal nanti. Buatlah keputusan yang bijak. Pilihan ditangan anda demi kebaikan dan kesejahteraan ibu dan anak yang bakal lahir nanti.

Sekiranya ibu berhajat untuk dapatkan Set Tambah Darah Shaklee, ibu boleh lah hubungi kami seperti maklumat dibawah ataupun ibu boleh buat tempahan secara online dengan hanya klik pada butang "order sekarang". Sebarang pertanyaan boleh sms/whatsapp 014-8444220
 Set Tambah Darah
sms/ whatsapp: 014-8444220
COD Area: Gambang - Kuantan - Pekan

Penghantaran Menggunakan Poslaju Ke Seluruh Malaysia


No comments :

Post a Comment