Tuesday, 15 December 2015

CARA MERAWAT CHICKEN POX SUPAYA MUKA CANTIK SEMULA

Assalamualaikum.. Siapa pernah kena Chicken Pox? Setiap orang dikatakan wajib akan kena Chicken Pox ni samada semasa kanak-kanak ataupun dewasa. Kata orang, lebih baik kena waktu kanak-kanak lagi sebab parutnya cepat dan mudah hilang jika dibandingkan dengan orang dewasa. Fuuhh.. Nasib baik lah saya dah kena waktu kanak-kanak dulu.

Apa yang dimaksudkan dengan Chicken Pox ye?

  • Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan/ bertih (dialek daerah). 
  • Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan sangat mudah berjangkit. 
  • Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. 
  • Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. 
  • Merebak melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. 
  • Ia juga boleh merebak melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.
  • Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. 
  • Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).


Cara Merawat Chicken Pox
1. Baking Soda

  • Baking soda yang bersifat alkali, membantu mengekalkan pH pada kulit. 
  • Membantu mengurangkan kerengsaan dan kegatalan (elakkan kita menggaru bekas chicken pox tu yang boleh jadi punca utama parut pada kulit.) 
  • Bertindak sebagai agen penggelupasan lembut pada kulit. 
  • Campurkan ½ sudu the baking soda ke dalam segelas air. Sapukan ke seluruh tubuh dengan air campuran ini. Boleh gunakan span atau kain. Biarkan air kering pada kulit. Untuk buat air mandian, campurkan setengah cawan baking soda ke dalam air mandian.
2. Madu
  • Madu yang kaya dengan nutrien semulajadi adalah pelembab yang baik. 
  • Madu juga ada bahan peluntur yang dapat menipiskan parut.
  • Melalui kesan osmotic, madu menarik darah dan nutrien ke parut dengan menyingkirkan sel kulit mati dan menggalakkan pemulihan. 
  • Dalam masa sama, madu memberikan kesan asid (acidity) kepada parut menyebabkan oksigen dibebaskan daripada sel darah merah dan ini menggalakkan penghasilan kulit baru.
  • Sapu madu dalam lapisan nipis ke seluruh permukaan kulit yang terdapat ruam, lepuh atau gatal-gatal. Biarkan beberapa minit dan kemudian bersihkan. Buat 3 hingga 4 kali sehari.
  • Madu bersifat antibakteria yang sangat bagus untuk menyembuhkan kerengsaan.
3. Oat

  • Oat boleh bantu percepatkan proses pemulihan parut yang makin nipis. Bukan saja bantu kekalkan kelembapan kulit tapi bantu kurangkan kemerahan dan secara lembut menipiskan tona kulit tak sekata. 
  • Kisar 2 cawan oat menjadi serbuk halus (tak perlu halus sampai menjadi tepung). Isikan baldi dengan air suam. Campurkan oat tersebut ke dalam air mandian itu dan kacau seketika. Rendam atau siram badan dengan air campuran ini. Kemudian bilas badan dengan air bersih.
4. Bunga Jasmine

  • Minum teh Jasmine 2-4 kali sehari. Anda boleh dapatkan teh ini di kedai-kedai teh herba. Hanya rendam dalam air panas dan minum. Bunga Jasmine juga boleh dijadikan mandian. Ambil segenggam bunga Jasmine dan kisar. Campurkan bunga Jasmine yang dikisar dengan air beras. Campurkan air beras ini dengan air suam dan gunakan untuk mandi.
  • Ini adalah salah satu cara orang Thai untuk merawat cacar air. Orang di Thailand menggunakan bunga Jasmine untuk membuat teh dan juga untuk mandi bagi merawat cacar air. Bunga-bunga ini mudah didapati di mana-mana kedai ubat herba dan teh herba.
5. Air kelapa
  • Air kelapa mengandungi pelbagai nutrien termasuklah vitamin, mineral dan zat galian. Kaya dengan magnesium, kalsium, potassium, sodium, fosforus dan banyak lagi. 
  • Dalam air kelapa terdapat asid laurik dan sitokina (cytokines) yang sangat baik untuk memperbaiki masalah berkaitan kulit seperti parut, kedutan, kulit kering dan sebagainya.
  • Cytokines membantu menggalakkan pertumbuhan sel dan keseimbangan pH yang seterusnya memelihara tisu penghubung. 
  • Air kelapa juga bersifat agen anti-viral, anti-microbial dan anti-fungal yang membantu menyembuhkan dan melembutkan kulit. 
  • Jadi bila guna air kelapa setiap hari, parut dan kawah yang terbentuk disebabkan chicken pox boleh dikurangkan.
  • Caranya ialah, minum air kelapa, sapu pada bekas parut chicken pox dan boleh juga mandi dengan air kelapa yang dicampur dengan air mandian.
Saksikan video pengalaman pengguna Shaklee yang mengalami Chicken Pox yang teruk tetapi pulih semula. Wajahnya kini kembali menjadi Miss Universe kepada suami tercinta.

Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.

Cadangan Supliment Shaklee Untuk Merawat Parut Chicken Pox

1. Vitamin E 
  • menjaga kesegaran dan keremajaan kulit 
  • melindungi kulit dari sinaran ultra ungu 
  • menjaga kelembapan kulit 
  • menghapuskan radikal bebas yang merosakkan kulit 
2. Vitamin C 
  • sebagai antioksidan yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya 
  • mencerahkan kulit 
  • merangsang pembentukkan dan peningkatan kolagen yang akan menjaga kekenyalan serta kehalusan kulit 
3. B-Complex 
  • sebagai pelembap 
  • mencegah pigmentasi 
  • melambatkan tanda penuaan 
  • mengubati jerawat 

4. Herbal Blend Multipurpose Cream
  • Melembutkan kulit kasar
  • Menyelesaikan masalah kulit gatal
  • Menghilangkan parut, termasuk campak dan chicken pox
  • Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
  • Sebagai losyen untuk kegunaan harian
Testimoni Pengguna


Sekiranya anda mahukan yang terbaik untuk kulit anda, jom cuba Set Parut Chicken Pox ini. Anda boleh terus order di sini ataupun hubungi kami di talian dibawah.

 Set Parut Chicken Pox

sms/ whatsapp: 014-8444220
COD Area: Gambang - Kuantan - Pekan

Penghantaran Menggunakan Poslaju Ke Seluruh Malaysia


No comments :

Post a Comment