Tuesday, 8 December 2015

CARA MENGATASI MASALAH BENGKAK SUSU DIKALANGAN IBU MENYUSU

Assalamualaikum.. Pengalaman menyusukan anak sangat mengujakan. Hubungan kasih sayang antara ibu dan anak terjalin secara semulajadi. Tetapi kadang-kadang si ibu terpaksa menanggung derita sakit kerana bengkak susu. Setiap ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini.  Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Kenapakah masalah ini boleh berlaku?

Pengalaman saya semasa menyusukan anak pertama, apabila susu membengkak, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Saluran susu itu seolah-olah tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada anak sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.

Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. 

Kenapa Salur Susu Tersumbat?

Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.

Salur susu tersumbat juga boleh berlaku disebabkan oleh:

- Salur susu terhimpit dengan tangan kita semasa tidur
- Pemakaian underwire bra
- Susu yang mengering pada bahagian puting terlalu tebal menyebabkan susu yang baru       dihasilkan tidak boleh keluar
- Kurang/ tidak menyusukan anak. Sekiranya ibu ditempat kerja, ibu tidak mengepam susu     setiap 2jam, dan hanya mengepam apabila payudara penuh.
- Jangkitan yis
- Stress
- Tidak cukup tidur
- Salah cara lekapan bayi semasa menyusukan bayi

Susu tersumbat adalah normal dan boleh dirawat dengan mudah. Cuma kalau dibiarkan terlalu lama, ianya boleh membuat kita demam dan kadangkala menyebabkan jangkitan kuman dan mastitis.

Cara Mengatasi Masalah Bengkak Susu
*************************************************
  1. Susukan anak dengan kerap. Ini kerana anak merupakan pam semulajadi yang terbaik di dunia. Pastikan anak menghisap susu sehingga kosong payudara. Sekiranya anda ditempat kerja/ berjauhan dengan anak, pastikan anda mengepam susu setiap 2-3 jam.
  2. Pelbagaikan posisi penyusuan. Antaranya ialah:
    1. Menyusukan anak di mana anak di atas katil dan payudara ibu tergantung kebawah. Ini dapat merangsang dan menarik susu yang tersumbat supaya keluar (tarikan graviti)
    2. Ibu juga boleh memastikan pipi anak menekan kawasan yang bengkak sewaktu menyusu. 
  3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. 
  4. Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
  5. Tuam. Ibu boleh menuam payudara dengan air suam supaya haba tersebut boleh mencairkan susu yang beku di dalam salur susu.
  6. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.
  7. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting)
  8. Selain sikat, daun kobis juga membantu dalam mengurangkan bengkak susu. Ambil sekelopak daun kobis dan tekapkan pada payudara yang bengkak tetapi anda tidak digalakkan untuk buat selalu kerana ia boleh menyebabkan anda kekeringan susu.
  9. Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.
  10. Berehat. Pastikan ibu dapatkan rehaat yang secukupnya. Ibu boleh aplikasikan pelbagai posisi menyusu yang betul dan menyenangkan ibu.
  11. Amalkan Lecithin dalam diet seharian. Pakar penyusuan mencadangkan ibu mengambil Lecithin sebanyak 3600-4800mg sehari bagi melegakan masalah susu tersumbat.
Sekiranya anda menderita bengkak susu tetapi ingin mengambil jalan penyelesaian yang mudah dan cepat, anda bolehlah dapatkan segera Lecithin sepertimana yang dicadangkan oleh pakar penyusuan. Hubungi kami untuk dapatkan Lecithin penyelamat bengkak susu anda.


sms/ whatsapp: 014-8444220
COD Area: Gambang - Kuantan - Pekan

 Klik Sini Untuk Tempahan


2 comments :

  1. Waaah dah berwajah baru blog syu. Very informative entry. Saya pon ada share Tips Atasi Masalah Sembelit Selepas Bersalin di blog saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berwajah baru?hihihi..tukar nama je:) dulu vitaminohvitamin.com
      sekarang pakarvitamin.com

      Delete