Wednesday, 9 December 2015

10 Makanan Penambah Darah Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum... Dulu, bila lalu di hadapan Klinik Kesihatan Ibu & Anak, terpandang pula akan pengunjungnya yang berduyun-duyun yang mana masing-masing membawa perut yang sarat mengandung. Kenapa ramai sangat ye? Setiap hari klinik memang tidak pernah lengang walaupun sehari kecuali lah pada hujung minggu, ataupun pada hari cuti umum. Pengalaman mengandung kepada dua puteri saya membuatkan saya faham kenapa pengunjung tidak pernah putus-putus mengunjungi klinik tersebut.

Ini kerana ibu mengandung perlu diberi perhatian, pemeriksaan dan rawatan yang rapi. Ibu mengandung kerap menghadapi pelbagai masalah dan salah satu daripada masalah popular di kalangan ibu mengandung ialah masalah kekurangan darah merah atau bahasa mudahnya yang sering cik misi guna ialah Hb Low. Apa itu Hb Low? Apa punca penyebabnya? Dan bagaimana cara mengatasi masalah ini? Baiklah, untuk entri kali ini saya kongsikan bagaimana cara mengatasi masalah Hb Low melalui pengambilan makanan yang betul.



Apa itu "Hb"? Hb adalah singkatan kepada perkataan "hemoglobin".
Dan apa pula yang dimaksudkan dengan "Hemoglobin"?
Menunut Wikipedia, Hemoglobin (kependekan: Hb) merupakan molekul protin di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan normal 100 ml darah mengandungi 15 gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.



10 Makanan Penambah Darah Untuk Ibu Hamil
1. Sayur-sayuran hijau seperti brokoli, bayam mengandungi tinggi vitamin, zat besi dan asid folik. Tambahan pula brokoli mengandungi antioksidan yang mana mampu melawan penyakit dan menghindarkan ibu daripada sebarang jangkitan.

2. Buah-buahan. Contohnya pisang. Pisang mengandungi asid folik yang membantu pertumbuhan  janin dan penghasilan sel-sel baru. Ibu hamil digalakkan untuk mengambil 2 biji pisang setiap hari.

3. Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi yang mana zat besi daripada haiwan mudah diserap oleh badan kita berbanding dengan zat besi daripada sumber lain.

4. Hati juga merupakan makanan penambah darah. Tetapi anda tidak digalakkan untuk mengambilnya selalu kerana ianya tidak bagus untuk otak.

5. Kerang merupakan makanan laut yang sering menjadi bualan ramai orang sebagai makanan penambah darah. Itu suatu ketika dahulu. Tetapi sekarang anda perlu berhati-hati dengan kerang kerana kemungkinan besar ia datangnya dari laut yang tercemar dengan sisa toksik. Ini sangat membahayakan kesihatan anda dan kandungan.


6. Makanan sunnah seperti kurma, kismis, madu, buah delima. Makanan-makanan sunnah ini kaya zat besi, vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh. Kalau nak senang lagi saya cadangkan ibu-ibu mengambil Qaseh Gold Adinda (mengandungi campuran lebih daripada 7 makanan sunnah).Senang bukan?

7. Kekacang seperti badam merupakan makanan yang bagus untuk tambah darah. Jadikan kekacang sebagai snek harian ibu. Ianya sedap dimakan sambil menonton rancangan kesukaan anda!

8. Telur Kuning mengandungi nutrien-nutrien termasuklah zat besi yang diperlukan untuk tambah darah. Dikatakan, pengambilan kuning telur dapat mengekalkan jumlah hemoglobin yang ada di dalam darah.

9. Oat juga makanan penyumbang kepada penambahan darah merah. Ianya mudah dicernakan dan ibu hamil patut mencubanya!


Sebenarnya, makanan yang disarankan untuk ibu hamil yang ada anemia ialah makanan yang kaya dengan asid folik, zat besi dan vitamin B12 seperti yang terkandung dalam makanan yang disenaraikan di atas. Jadi ibu hamil yang tahap hemoglobinnya rendah disarankan mengambil pil vitamin seperti multivitamin, zat besi, asid folik dan B-Complex yang boleh membantu mengatasi masalah ini. Ibu-ibu yang mahu penyelesaian yang mudah dan cepat bolehlah terus mengambil suplimen semulajadi Shaklee ni.

10. Supliment Semulajadi Shaklee
Bagaimana ianya mambantu? 
Suplemen Shaklee dijamin 100% semulajadi dan selamat dimakan oleh ibu mengandung. Amalkan pengambilan Set Tambah Darah Shaklee.

Multivitamin
Membekalkan keperluan asas kesemua 12 jenis vitamin dan 9 mineral yang diperlukan tubuh dengan tambahan zat besi. Zat besi (iron) adalah sangat penting dalam pembentukan sel darah merah

B-Complex
Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan manusia. Asid folik juga penting dalam pembentukan sel darah anda

Vitamin C 

Membantu meningkatkan penyerapan iron dari makanan dan suplemen anda

RISIKO ANEMIA KEPADA IBU

- Mudah mendapat jangkitan
- Jika berlaku pendarahan, keadaan akan lebih mudarat
- Mudah mendapat penyakit lemah jantung.
- Kematian ibu


RISIKO ANEMIA KEPADA BAYI DI DALAM KANDUNGAN


- Keguguran.
- Pembesaran janin terbantut.
- Anak lahir tidak cukup bulan.
- Anak lahir kurang berat badán.
- Anak meninggal dalam kandungan


Ibu-ibu di luar sana, janganlah ambil mudah perkara ni ye. Kelak kita menyesal nanti. Buatlah keputusan yang bijak. Pilihan ditangan anda demi kebaikan dan kesejahteraan ibu dan anak yang bakal lahir nanti.



Sekiranya ibu berhajat untuk dapatkan Set Tambah Darah Shaklee, ibu boleh lah hubungi kami seperti maklumat dibawah ataupun ibu boleh buat tempahan secara online dengan hanya klik pada butang "order sekarang". Sebarang pertanyaan boleh sms/whatsapp 014-8444220

 Set Tambah Darah


sms/ whatsapp: 014-8444220
COD Area: Gambang - Kuantan - Pekan

Penghantaran Menggunakan Poslaju Ke Seluruh Malaysia


No comments :

Post a Comment