Friday, 13 November 2015

TIPS PENJAGAAN LUKA BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN AGAR CEPAT SEMBUH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ramai dikalangan wanita mengandung yang mengelak daripada bersalin secara pembedahan tetapi ada juga yang memlilih pemebedahan sebagai cara untuk mereka bersalin. Masing-masing ada sebab tersendiri bergantung kepada kondisi kandungan. Kalau kandungan tiada sebarang masalah, ibu digalakkan bersalin secara normal. Tetapi sekiranya ada sebarang komplikasi terhadap kandungan, barulah ibu digalakkan ataupun memang dipaksa untuk bersalin dengan cara pembedahan.

Ada juga di kalangan ibu-ibu yang memilih untuk bersalin secara c-zer walaupun tiada sebarang masalah komplikasi terhadap kandungan. Kenapa ye? Antara sebab-sebabnya ialah:
- Ibu tidak mahu menanggung sakit kontraksi semasa proses bersalin.
- Ibu mahu bersalin pada tarikh yang diinginkan. Contohnya, ibu mahu bersalin pada tarikh 11 November 2011 (11.11.11), jadi ibu akan buat temujanji dengan pihak hospital untuk bersalin pada tarih tersebut.

Tapi berbaloikah buat pilihan macam tu ye?
Itu terpulanglah kepada pendapat masing-masing.

Bagi ibu-ibu yang bersalin secara c-zer, bagaimanakah cara mereka berpantang? Bagamainakah untuk pastikan luka pembedahan tersebut cepat sembuh?




TIPS LUKA PEMBEDAHAN CEPAT SEMBUH


TIPS 1 – luka mesti sentiasa kering. Tetapi, ibu akan bermasalah bila perut masih besar dan menggeleber sampai tutup tempat jahitan. Bila badan berpeluh, kulit perut yang tutup luka akan sebabkan luka sentiasa lembap. Setiap kali selepas mandi, keringkan bahagian luka pembedahan dengan kain yang lembut, tapi bukan dengan tisu ye. Tak pun anda boleh guna pengering rambut (hair dryer). Ini penting agar luka sentiasa kering dan tidak terkena jangkitan kuman dan bernanah.

TIPS 2 - Elakkan menyapu sebarang ubat tradisional pada kawasan luka pada 10 hari pertama bersalin. Perkara ini dikhuatiri akan melambatkan percantuman kulit di bahagian luka. Selepas lupa bercantum barulah anda boleh menggunakan sebarang ubat sapu yang dirasakan perlu dan tidak memudaratkan luka anda. 

TIPS 3 - Anda boleh sapu ubat luka yang dibekalkan oleh hospital ataupun ubat yang dibeli dari farmasi di tempat luka selama 30 hari atau sampai cukup 44 hari berpantang. Selain dari tu, boleh juga gunakan ubat pusat bayi. Biasanya ubat pusat baby tu guna seminggu atau lebih sikit je untuk baby. Bila tali pusat dah tanggal, dah kurang guna. Jadi, boleh lah guna kat si ibu pula.

TIPS 4Penggunaan sabun semasa mandi juga dilarang. Hanya gunakan air sahaja membasuh di bahagian luka. Alaskan bahagian luka dengan plastik semasa mandi bagi mengelakkan air kena terus pada luka. Ikat plastik macam skirt pada bahagian pinggang ke bawah.

TIPS 5 - Elakkan melakukan aktiviti atuapun elakkan pergerakan yang lasak pada minggu pertama kelahiran. Contohnya, elakkan aktiviti naik tangga mahupun membongkok bagi mengelakkan tekanan pada luka. Minta bantuan suami ataupun ahli keluarga yang lain untuk melakukan aktiviti seharian.

TIPS 6 - Elakkan mengambil ubat sembarangan tanpa pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia KKM. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu kerana dibimbangi ubat tersebut mendatangkan kesan sampingan seperti memberi tekanan pada buah pinggang atau mengurangkan pengecutan rahim.

TIPS 7 - Susukan anak anda secara eksklusif. Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu badan akan mengeluarkan hormon oxytoxin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Dapatkan bantuan dari jururawat dari hari pertama bersalin , bagaimana posisi menyusukan anak yang sesuai tanpa menjejaskan luka. Belajarlah ilmu penyusuan demi anak yang tersayang.

TIPS 8 - Pengambilan makanan berkhasiat yang kaya dengan zat besi , multivitamin dan zinc. 
- Zat besi penting kerana anda banyak kehilangan darah semasa pembedahan dan mengelakkan anemia.
- Multivitamin pula untuk membekalkan nutrisi dan zat penting pada tubuh.
- Zinc membantu menyembuhkan luka dengan cepat.
- Vitamin C bantu segarkan sel badan dan elakkan kulit kusam.
Vitamin B5 dan B6 dlm B-complex bantu kawal stress dan elakkan meroyan.
Energizing Soy Protein (ESP)  bantu memberi tenaga berpanjangan.



Penting buat ibu yang sedang berpantang untuk kekal cergas kembali. Melancarkan penyusuan agar lebih meriah dan penghasilan susu yang lebih cepat, pekat dan sedap.





Sekiranya anda tidak pasti makanan mana yang kaya dengan zinc dan zat besi, anda bolehlah mengambil SET BERSALIN SHAKLEE yang lengkap dengan semua zat tersebut. InsyaAllah, luka ibu-ibu akan cepat sembuh.



Sekiranya anda bercadang untuk dapatkan Set Berpantang Shaklee, bolehlah terus hubungi saya:


sms/ whatsapp: 014-8444220
COD Area: Gambang - Kuantan - Pekan

Penghantaran Menggunakan Poslaju Ke Seluruh Malaysia


No comments :

Post a Comment