Tuesday, 3 November 2015

TIPS CEMERLANG MATEMATIK AGAR TIADA LAGI RASA MATEMATIK ITU SUSAH !!!

Apa rahsia pelajar cemerlang dalam Matematik?
Adakah Markah matematik anda berada di bawah 40? Jika benar, kenapa ini boleh berlaku? Atau adakah anda memang seorang yang malas?hihihi..nasib la kan. Malas memang tidak ada ubatnya. Atau anda tak tahu bagaimana cara nak belajar matematik? Harini, saya nak kongsi petua cemerlang dalam matematik. Semoga bermanfaat kepada kita semua ;)


TIPS CEMERLANG DALAM MATEMATIK

*************************************************
1. MINATWujudkan minat dalam matematik walaupun tak pandai. Minat dan keinginan itu perkara paling utama yang perlu kita ada untuk cemerlang dalam apa jua bidang sekalipun.

2. LATIHAN. Banyakkan buat latihan matematik. Latihan yang saya maksudkankan disini tidak termasuk latihan yang diberikan oleh cikgu tetapi latihan sendiri. Anda perlu buat sekurang-kurangnya 10 soalan sebelum tidur. Bak kata mat saleh 'practice make perfect' dan orang Melayu pula cakap 'kalau belakang parang diasah, lama-lama tajam juga'. Oleh itu, mahu atau tak, anda mestiilah juga banyak buat latihan. Dalam latihan, anda tidak perlu risau salah tapi buat dan cari jalan penyelesaian. Cuba sedaya upaya sehingga dapat jawapan yang betul. Rahsia sebenarnya, soalan matematik ini sentiasa berulang hanya nombor dan nama watak dalam soalan jer berbeza. Kalau banyak buat latihan maka anda akan terbiasa dengan soalan yang akan keluar dalam peperiksaan.

3. TANPA KALKULATOR. Cuba buat latihan tanpa menggunakan kalkulator. Kaedah mencongak dan mengira mengguna jari adalah cara terbaik untuk merangsang otak anda ketika buat latihan. Ini dapat menguatkan ingatan anda dan mempercepatkan proses pengiraan jawapan. Jangan risau, waktu jawab peperiksaan boleh jer guna kalkulator kecuali bagi mereka calon UPSR sahaja yang tidak boleh. Walaupun awal-awal akan mengambil masa sehingga 30 minit untuk kira jawapan tanpa mengguna kalkulator tetapi lama-lama anda akan dapat menjawab soalan tu tidak sampai 1 minit. Tips ini sangat berguna bagi calon yang mengambil subjek Matematik Tambahan kerana soalan Matematik tambahan sangat panjang jalan penyelesaiannya.

4. LUMBA JAWAB SOALAN DENGAN RAKAN. Kalau kawan lebih cepat menjawab dengan betul, maka tanyalah cara pengiraannya yang boleh membantu pengiraan kita sendiri. Kalau kita pula lebih laju ajar pula kepada kawan. Jangan risau/ kedekut untuk berkongsi ilmu kerana setiap kali kita mengajar kawan kita maka formula dan cara pengiraan itu akan kita lebih faham dan akan tersimpan lama dalam memori kita.

5. HAFAL SIFIR ASAS. Sifir-sifir asas perlulah dihafal terdahulu bagi memastikan pengiraan kita lebih cepat dan tidak perlu congak pula waktu exam. Dalam pelajaran matematik, sifir merupakan perkara asas yang sentiasa diuji dalam peperiksaan. Sifir yang wajib dihafal dari sifir 1 hingga sifir 12. Jangan segan silu untuk tasmik dengan kawan kerana ini untuk membantu meningkatkan prestasi diri kita juga. Sekiranya anda segan dengan kawan, anda juga boleh berjumpa dengan guru matematik kerana sifat setiap guru seluruh Malaysia ialah untuk membantu murid-muridnya cemerlang didalam peperiksaan.

6. PEMAKANAN YANG SIHAT. Pemakanan harian anda juga perlu dititikberatkan. Apa yang anda makan mempengaruhi pemikiran dan kecerdasan minda anda.Pengambilan diet yang seimbang mengikut piramid makanan yang disarankan amat digalakkan. Jauhi makanan ringan, makanan segera, minuman berkarbonat dan makanan-makanan lain yang tidak sihat.

7. SUPLIMENT UNTUK KECERDASAN MINDA. Pengambilan suplimen sangat membantu tubuh dan otak anda berfungsi dengan cemerlang sekali. Anda harus ingat, otak yang cerdas ada pada badan yang sihat.

Set Brilliant Shaklee untuk kecerdasan otak memberikan anda satu set yang lengkap dalam mencapai kesihatan yang lebih baik dan hebat.

Kebaikan set brilliant Shaklee:
  • Membantu melegakan tekanan
  • Membantu mengurangkan kemurungan dan memperbaiki emosi
  • Membantu menjadikan anda lebih bertenaga
  • Menggalakkan tidur yang sempurna
  • Meningkatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran


Jom dapatkan sekarang.
Sesuai untuk:
  • Pelajar sekolah menengah
  • Pelajar institusi pengajian tinggi
  • Pekerja
  • Surirumah
  • Mereka yang menghadapi tekanan
  • Bermasalah tidur
Jadi, tunggu apa lagi. Sekiranya anda berminat untuk memiliki Set Brilliant Shaklee atau salah satu daripadanya, anda boleh segera hubungi saya:

sms/whatsapp: 014-8444220
Fb Page : Vitamin Oh Vitamin
COD area: Gambang - Kuantan - Pekan



No comments :

Post a Comment