Thursday, 5 November 2015

TIPS ATASI KETIAK WANITA BERBAU, BARULAH KEKASIH TAK LARI

Assalamualaikum... Masalah ketiak berbau hapak, hamis sangat mencacatkan penampilan kita sebagai kaum wanita yang sinonim dengan keayuan dan kecantikan. Rata-rata ramai yang mengalami masalah ini tidak kira lah mereka yang berbadan kurus ataupun berbadan gempal. Cuma yang berbadan gempal lagi ketara masalah ketiaknya. KETIAK BASAH dan BERBAU!!! Heewww!!!

Kalau lah perempuan tu belum berkahwin lagi lah sukar bagi mereka untuk mendapat jodoh. Pada yang sudah berkahwin pun, jangan sedap hati ye. Anda juga perlu menjaga penampilan dan kecantikan untuk suami tercinta.

Masalah ini juga turut membelenggu anak-anak yang sedang meningkat remaja. Mereka yang selalu bergerak aktif melakukan pelbagai aktiviti juga menyumbang kepada masalah ketiak yang basah dan berbau. Ini kerana badan mereka akan berpeluh. Berpeluh sebenarnya tidak salah kerana ia membantu badan kita mengekalkan suhu badan bila panas. Perempuan sebenarnya lebih banyak kalenjar peluh berbanding lelaki dan sememangnya perempuan 10 kali kerap berpeluh berbanding lelaki.

Ada di antara kita yang jenis kuat berpeluh dan ada juga yang tak. Sebenarnya bau peluh tidak lah busuk. Tetapi bakteria dan toksin yang menyebabkan peluh kita berbau busuk terutama sekali di kawasan ketiak.


5 Petua Atasi Masalah Ketiak Berbau
********************************************
1. Mandi dengan kerap - Mandilah sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Sebolehnya gunakan sabun antibakteria semasa mandi. Kemudian anda boleh lah pakai sedikit deodorant.

2. Pemakanan yang sihat - Apa yang kita makan akan memberi kesan kepada bau badan kita. Lebihkan pengambilan sayur dan buah-buahan dalam diet seharian kita. Kurangkan pengambilan gula putih kerana gula merupakan makanan kepada bakteria. Selain itu, makanan yang boleh menyebabkan bau badan anda busuk ialah bawang putih, bawang merah dan juga makanan yang mengandungi kafein, kari, jintan dan alkohol.

3. Cukur bulu ketiak - Bulu ketiak yang telalu lebat dan panjang akan menyebabkan bau peluh lagi teruk. Ini kerana peluh yang keluar daripada liang roma akan meresap pada bulu ketiak dan bakteria pula merebak pada bulu ketiak tersebut. Jadi, tiada guna anda menyimpan bulu ketiak yang panjang. Pastikan bulu ketiak setiasa dicukur pendek.

4. Pilih baju yang sesuai - Memandangkan kita tinggal di negara yang beriklim tropika yang akan menyebabkan kita mudah berpeluh, maka pilihlah pakaian yang mudah serap peluh dan cepat kering.

5. Guna Limau/ Lemon - Anda boleh mandi dengan air bancuhan limau/ lemon. Gosokkan limau/ lemon di ketiak anda. Ianya dapat menghilangkan bau badan dan badan anda akan wangi.

Suplemen Bantu Atasi Masalah Ketiak Berbau Akibat Peluh
*************************************************************************

Shaklee vitamin semulajadi dan halal dapat membantu anda mengatasi masalah bau badan dari dalam, Semua petua rata-rata adalah penjagaan dari luaran sahaja.
1. Herb-Lax

Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herb-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.

2. Alfalfa

Alfalfa dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

*** Anda harus ingat, walaupun muka anda secantik Nealofa sekali pun, kalau badan anda berbau pastinya ramai yang enggan mendekati anda. Biarlah rupa paras tak cantik, tapi hati kita mesti cantik dan bau badan kita mestilah wangi supaya semua orang mahu mendampingi kita.

Jadi kepada wanita/ lelaki di luar sana, jangan biarkan bau badan anda menjadi penyebab kawan kita tidak ramai atau kekasih hati kita LARI..

Berminat untuk membunuh bakteria yang menyebabkan peluh berbau??
Hubungi saya, Syuhada:

Sms/whatsapp: 014-8444220
Fb Page : Vitamin Oh Vitamin
COD area: Gambang - Kuantan - Pekan





No comments :

Post a Comment