Saturday, 14 November 2015

PUNCA DAN CARA ATASI MASALAH BAU MULUT DAN NAFAS BERBAU

Assalamualaikum... Anda risau sebab ada masalah mulut/ nafas berbau? Rasanya.. Gosok gigi dah banyak kali. Gosok macam mana pun, mulut tetap berbau. Kadang-kadang rasa malu juga lah bila bersembang dengan kawan-kawan pada jarak yang dekat. Kita sendiri pun, kalau bersembang dengan orang ada masalah nafas berbau memang sangat tidak selesa dengan bau mulutnya. Kadang-kadang baunya macam longkang pun ada. Opss!!! Nak tutup hidung time tu tak sampai hati. Bimbang pula kawan tu berkecil hati. Jadi, bagaimana penyelesaian kepada masalah ini?

Ketahui bagaimana punca dan cara mengatasi masalah bau mulut. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.


Bau mulut (Bad Breath) atau dalam istilah perubatan disebut ‘halitosis’. Halitosis boleh berlaku pada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ini merupakan suatu masalah yang kerap mengganggu apatah lagi ketika sedang berkomunikasi dengan seseorang.

Hasil kajian yang dilakukan Persatuan Doktor Gigi Inggeris, mengatakan bahawa 20% daripada pasangan mereka mempunyai mulut dan nafas yang ketara berbau. Dan sudah tentu perkara tersebut akan menjadi masalah ketika berbual, berkucup ataupun berdekatan dengan pasangan.


Ramai di antara kita semua yang mempunyai masalah seperti ini tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk mengatasinya. Kebanyakkannya berasa malu untuk bertanya dengan doktor gigi. Ada juga yang merasa rendah diri kerana mempunyai masalah ini dan tersinggung apabila ditegur oleh orang yang rapat dengan mereka.
Punca Masalah Mulut dan Nafas Berbau.
**************************************************************************
1. Bakteria
Punca utama masalah bau mulut adalah daripada bakteria. Bakteria ini hidup dan membiak dalam mulut dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi. Bakteria bertahan hidup dan berkembang biak di rongga mulut tanpa oksigen yang menghasilkan asid amino. Kemudian ia merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds – VSCs) yang menyebabkan bau yang kurang enak.


Untuk makluman semua, kebanyakkan bakteria ini bersifat ‘anaerob’ (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah ia boleh hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, celah-celah poket gusi, di bawah plak yang melekat pada gigi, pada karang-karang yang melekat di poket gusi dan juga di celah-celah rekahan lidah.
2. Kekurangan Air Liur
Punca seterusnya ialah mulut anda yang kering atau ‘xerostomia’ kerana kekurangan air liur. Selain menimbulkan bau busuk, ia juga menyebabkan pembiakan bakteria di dalam mulut. Oleh itu, pastikan mulut anda selalu basah. Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia mencuci mulut anda sepanjang masa dan secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan (food debris) dari permukaan licin gigi.

Kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat, susah untuk membilas mulut, menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut.

Cuba bayangkan sepanjang hari air liur di dalam mulut adalah kurang. Sudah tentulah mulut kita berbau sepanjang masa. Semasa tidur juga prembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau mulut yang kurang enak apabila bangun dari tidur.
Punca Kekurangan Air Liur
  • Tekanan perasaan (stress)
  • Pengambilan minuman alkohol
  • Kekurangan air dalam badan (dehydration)
  • Berpuasa, mengurangkan perembesan air liur
  • Penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol
  • Mereka yang bernafas melalui mulut (mouth breather): angin yang dihasilkan akan mengeringkan mulut.
  • Bercakap terlalu banyak (contohnya mereka yang bekerja sebagai cikgu, jurujual dll): ini akan mengurangkan pengaliran/perembesan air liur.
  • Penyakit pada pencernaan, pernafasan, usus, buah pinggang serta jangkitan tekak dan paru-paru.
  • Kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan untuk penyakit darah tinggi, antihistamine, penghalang selera makan dll.
Selain daripada dua punca di atas, terdapat lagi beberapa punca penyebab kepada bau mulut. Antaranya ialah::
·                     Kebersihan mulut yang tidak memuaskan
·                     Kerosakan gigi (karies gigi)
·                     Penyakit gusi (penyakit periodontium)
·                     Makanan melekat di celah gigi
·                     Gigi palsu yang tidak bersih
·                     Bau mulut ketika bangun tidur
·                     Mulut kering
·                     Tabiat bernafas melalui mulut
·                     Merokok
·                     Diabetes
·                     Penyakit Hati
·                     Masalah sistem penghadaman

6 Cara Mengatasi Masalah Bau Mulut (Bad Breath)

1) Membersih dan memberus gigi

Jadikan amalan untuk memberus gigi dengan teratur. Rajinkan juga untuk membersihkan gigi menggunakan benang flos atau flos pakai buang. Dengan itu, segala kotoran yang membantu bakteria untuk hidup di dalam mulut anda dibuang. Anda tidak digalakkan untuk memberus gigi dengan tergesa-gesa kerana kotoran bakteria tidak mungkin hilang jika anda lakukan dengan sambil lewa. Ambil masa untuk bersihkan mulut dan gigi anda dengan sempurna.

2) Bersihkan lidah

Untuk menghilangkan masalah nafas berbau, anda bukan sahaja perlu menggosok gigi setiap hari, tetapi juga perlu untuk menggosok lidah. Ini kerana lidah anda terutamanya bahagian belakang atas, adalah punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau yang serius. Ia terjadi kerana lidah anda mempunyai berjuta-juta filamen yang boleh memerangkap sisa makanan dan bakteria, jika dibiarkan akan membawa kepada masalah nafas berbau.
3) Ubat kumur anti-bakteria

Ubat kumur berfungsi untuk menghilangkan bakteria di dalam mulut yang menyebabkan masalah nafas berbau. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan ubat kumur ini sekurang-kurangnya sekali sehari.

4) Chewing Gum
Kadang kala kita terlalu asyik mengunyah gula-gula getah, jangan pula tidak tahu kerana gula-gula getah boleh juga membantu mengatasi masalah bau nafas! Kerana ia akan merangsang penghasilan air liur lebih banyak. Cuba amalkan, dan rasakan perubahannya nanti!
5) Banyakkan minum air masak
Meminum banyak air mempunyai 1001 kelebihan. Sebenarnya air membantu untuk membunuh bakteria jahat yang membuatkan nafas atau mulut anda berbau. Amalkan meminum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Dengan basahan mulut anda yang kerap, akan melemahkan bakteria untuk hidup selesa di dalam mulut anda. Jadi tiadalah bau nafas!
6) Pengambilan Suplemen 

Antara cadangan suplimen yang sesuai untuk masalah bau mulut ialah:

Herblax - Untuk pembersihan usus dan mengatasi masalah pada proses penghadaman
Vitamin C SR - Menyembuhkan penyakit gusi dan detoksifikasi yang bagus
Garlic Complex - Merupakan antibiotik semulajadi yang berfungsi memusnahkan bakteria 
AlfalfaComplex - Membantu menyegarkan nafas dan mendetoksifikasikan bau.

Saya nasihatkan anda yang mempunyai masalah nafas ataupun mulut berbau ini, untuk tidak mengambil ringan. Rajin-rajinlah berusaha untuk hilangkan masalah ini. Jika ada kelapangan, bolehlah dapatkan rawatan dengan doktor gigi. Sekiranya anda berminat untuk menghilangkan bau mulut anda dengan supliment semulajadi Shaklee pun boleh juga. Hubungi saya seperti di bawah;)

sms/ whatsapp: 014-8444220
COD Area: Gambang - Kuantan - Pekan
Penghantaran Menggunakan Poslaju Ke Seluruh Malaysia


2 comments :