Wednesday, 11 November 2015

5 Percutian Idaman Saya Sebelum Saya Menutup Mata

Assalamualaikum semua. Saya yakin kita semua pasti mempunyai percutian idaman masing-masing. Kalau ikutkan hati ni, merata-rata tempat lah yang nak saya lawati. Hihihihi... Ni antara 5 tempat percutian yang saya idam-idamkan sebelum saya menutup mata.


TEMPAT PERTAMA 1>>> MAKKAH

Paling utama saya mahu menjejakkan kaki ke tanah suci. Kalau boleh nak bawa semua ahli keluarga saya ke sana. Beribadat disamping keluarga tersayang pasti lebih diberkati Allah. Bolehlah saya ceritakan kepada anak-anak kisah nabi dan tunjukkan kepada mereka tempat-tempat bersejarah di sana. Boleh juga kami merasa pengalaman naik unta :)
Makkah merupakan tempat lahirnya Nabi Ismail danNabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t.
Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut.
Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah.

TEMPAT KEDUA 2 >>> ISTANBUL

Turki sememangnya destinasi pelancongan yang sangat porpular. Terutama Istanbul, ramai yang pasti singgah ke Blue Mosque dan Topkapi Saray yang bersebelahan sahaja.

Masjid biru merupakan salah satu mercu tanda Istanbul, Turkey dan merupakan tempat yang paling dan paling saya ingin lawati di Istanbul. Subhanallah sangat cantik, indah, megah dan agung sekali reka bentuk masjid tersebut.

Satu lagi tempat menarik di sini ialah Grand bazar merupakan syurga membeli belah bagi kaki shopping. Menurut orang-orang yang pernah sampai ke sini, pelbagai barang dijual di sini seperti turkey karpet, cenderamata, cenderahati, tudung turkey, sejadah turkey, pelbagai jenis teh, herba dan rempah ratus, lampu-lampu turkey yang sangat cantik, zaitun dan minyak zaitun, pelbagai jenis keju, kebab dan macam-macam lagi. Semuanya ada disini.

TEMPAT KETIGA 3 >>> DISNEYLAND, HONG KONG
Hong Kong Disneyland ialah taman tema pertama dalam Hong Kong Disneyland Resort dan dimiliki dan diuruskan oleh syarikat Hong Kong International Theme Parks.
Hong Kong Disneyland, iaitu taman kelima yang bergaya Magic Kingdom, terletak di atas tanah tebus guna di Penny's BayPulau Lantau. Setelah bertahun-tahun menjalani rundingan dan pembinaan, taman ini dibuka pada 12 September 2005. Pihak Disney cuba mengelakkan masalah pertembungan budaya dengan menerapkan unsur-unsur budaya, adat resam, dan tradisi Cina ketika mereka bina resort ini, termasuk mematuhi hukum feng shui. Contohnya, sebatang lengkuk diletakkan pada laluan pejalan kaki berhampiran pintu masuk Hong Kong Disneyland Resort agar qi yang bagus tidak mengalir ke Laut China Selatan.
Taman ini terdiri daripada empat kawasan bertema yang serupa dengan taman Disneyland yang lain, iaitu Main Street, U.S.A.FantasylandAdventureland dan Tomorrowland. Para penghibur di taman tema ini bertutur dalam bahasa InggerisKantonis dan Mandarin. Peta panduan juga disediakan dalam tulisan Cina tradisional dan ringkas, dan juga bahasa-bahasa Inggeris, Perancis dan Jepun. Taman ini boleh menampung 34,000 pelawat sehari, sebagai taman Disneyland terkecil di dunia. 

TEMPAT KEEMPAT 4>>> KOREA SELATAN

Percutian idaman saya yang keempat adalah ke Korea Selatan - Nami Island, Jeju Island dan Seoul. Sebab apa? dan mengapa? Of course lah sebab terpengaruhnya dengan drama-drama Korea.. Drama korea yang banyak mempengaruhi percutian idaman saya ini sudah pastinya Drama Korea "Winter Sonata"Lokasi lakonannya dan permandangannya yang indah cukup membuatkan saya terpegun dan begitu teruja untuk melawat negara itu.


Lokasi pertama bila ke Korea Selatan sudah tentunya ke Nami Island. Ia merupakan salah satu lokasi utama pengambaran yang di ambil untuk Drama korea ' Winter Sonata. Kalau boleh nak pergi ketika musim sejuk. Ada salji. Nak main salji. Terbayang sungguhlah berjalan di bawah pokok-pokok ini bersama orang-orang tersayang. Teringin juga nak bergambar dengan monument pelakon kegemaran ini.Hihihihi...berangan pulak.


Lokasi kedua bila ke Korea Selatan pasti nak ke Jeju Island juga. Saya ni memang seorang pencinta alam, yang suka dengan pemandangan yang hijau, laut kebiruan dan mendengar burung-burung berkicauan. Rasa tenang je kan bila melihat dan mendengar semua ini. Ya Allah pasti indah dan nyaman ciptaan-Nya. Selalunya dengar jer cerita yang indah-indah daripada kawan-kawan dan blogger2 yang dah ke sana. Tetapi bila melihat gambar memang dah pasang niat dalam hati untuk ke sana juga suatu hari nanti.



Cabaran 7 hari Entry- Day 2 : Percutian Idaman Saya

Lokasi ketiga bila ke Korea Selatan mesti nak ke capital citynya, Seoul. Bandar metropolitan ke 2 besar yang serba moden dan canggih.


TEMPAT KELIMA 5 >>> ITALI


Tempat percutian idaman yang seterusnya ialah ke Itali. Itali pula masyhur dengan menara condongnya, Menara Pisa yang memakan masa hampir 200 tahun untuk disiapkan. Mula dibina pada August 9, 1173, namun setelah kerja pembinaan siap hingga ke tingkat yang ketiga, menara tersebut mulai senget. Ini disebabkan oleh struktur tanah tersebut yang tidak padat. Ada juga yang mengatakan ia dibina diatas tanah liat yang keras. Saya teringin untuk melihat dengan mata saya sendiri macammana yang dikatakan condong bangunan tersebut. 
Colosseum di bandar Rom, satu lagi tempat bersejarah yang terkenal di Italy. Ia seperti sebuah stadium besar dimana para pahlawan akan menunjukkan kehebatan masing masing di depan raja raja mereka.  Dengan rekaan yang unik ia mampu memuatkan 50,000 penonton pada satu satu masa. 
Dan yang tempat terakhir sekali di Italy ialah Canals of Venice atau Terusan Venice. Kata orang kalau melancong di Venice tapi tak naik gondola tak sahlah lawatan itu. Terbayang bayang suasana romantis jika dapat naik gondola berdua dengan encik suami menyelusuri terusan ini pada waktu malam. Pasti mengasyikkan!

Haaa... menarikkan tempat-tempat ni. InsyaAllah kalau ada rezeki, tempat-tempat inilah yang akan saya jejaki. Atas sebab ini jugalah saya serius berkecimpung dalam bisness Shaklee. Saya nak kumpul duit banyak-banyak untuk bawa keluarga melancong ke destinasi percutian idaman saya. Ya, bukan mudah nak senang dan kaya dengan Shaklee, tapi dengan Shaklee kita memang boleh kaya dengan izin Allah. Kenapa saya yakin? Kerana ianya terbukti dengan lahirnya ramai jutawan muda dalam Shaklee. Kalau mereka boleh, mengapa tidak saya. 

Jika anda juga berangan-angan untuk melancong dan kaya seperti saya, jom sertai keluarga besar kami. Keluarga kami akrab dan saling membantu. Anda tidak akan ditinggalkan sendirian terkapai-kapai dalam bisnes ini. Bisness Shaklee juga sesuai untuk para suri rumah membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Kini suri rumah dapat jana pendapatan yang lumayan hanya dari rumah. 

Untuk cara mudah menyertai kami, hubungi saya Syuhada di 014-8444220. Saya akan uruskan segala urusan pendaftaran dan membimbing anda berjaya dalam bisnes ini dan kami juga ada group support untuk membimbing dan membantu anda dalam Bisness Shaklee ini.

sms/ whatsapp: 014-8444220
COD Area: Gambang - Kuantan - Pekan

No comments :

Post a Comment