Saturday, 10 October 2015

Tips Cepat Hamil : Ketahui Cara Mengira Waktu Subur

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan cahaya mata yang akan menyerikan lagi kehidupan berumah tangga. Namun tidak semudah yang kita inginkan. Ada pasangan yang rezekinya murah cepat hamil, kahwin je terus mengandung (orang selalu cakap bunting pelamin). Ada juga yang kahwin beberapa bulan, baru ade rezeki untuk mengandung. Dan ada juga yang kahwin beberapa tahun baru berpeluang untuk mengandung. Malah ade juga yang langsung tidak berpeluang untuk mengandung.

Artikel kali ini adalah untuk berkongsi tips cepat hamil dan bagaimana cara untuk menghitung waktu subur. Mungkin ramai di antara kita yang sudah tahu atau mahir sangat tentang bagaimana cara nak mengira waktu subur. Tetapi tidak semua yang tahu bukan. Mungkin ada pasangan yang malu untuk bertanya. Semoga artikel ini membantu anda semua.




TIPS CEPAT HAMIL
=============

Berikut adalah beberapa tips yang perlu kita amalkan untuk cepat hamil. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua dengan izin dariNya.

1) Pastikan kitaran haid si isteri teratur - Fahami dulu bagaimana proses kehamilan berlaku. Sekiranya haid anda teratur, seperti biasa ovari anda akan menghasilkan telur dipertengahan bulan. Waktu ini adalah waktu subur bagi si isteri dan waktu paling tepat untuk anda lakukan hubungan intim. Jika anda dan suami melakukan hubungan intim, kebarangkalian untuk anda hamil tinggi. Ini kerana, sperma akan terus berenang kearah ovum untuk disenyawakan di salur peranakan.

2) Miliki berat badan yang ideal - Pada kebiasaannya, orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan (terlampau gemuk) atau berat badan yang berkurangan (terlampau kurus) sangat susah untuk mengandung. Mereka harus memastikan berat badan yang ideal iaitu dengan memiliki Body Mass Index (BMI) antara 20 hingga 24. Cara pengiraan berat badan yang ideal ialah:


Formula mengira BMI
------------------------

       Berat Badan
=       _________________________
          tinggi (meter) X tinggi (meter)

Contoh:Berat badan anda 60kg dan tinggi anda 1.64m

                                                  60
                                    = _____________
                                          1.64 X 1.64

                             BMI  = 22.31



3) Pemakanan dan diet yang seimbang. Makan mengikut keperluan diri dan mengikut piramid makanan yang betul. 
4) Perlu mengetahui bila waktu subur atau ovulasi- Biasanya,waktu subur seseorang adalah antara 4 hingga 5 hari dalam sebulan. Sekiranya si isteri mempunyai haid yang teratur, waktu subur boleh dihitung dengan tepat sekaligus meningkatkan peluang untuk mengandung. Cara paling mudah adalah dengan membeli kit ovulasi di mana-mana farmasi untuk mentafsir waktu ovulasi dengan tepat.

5) Melakukan seks lebih kerap bersama pasangan. Usah berasa malu dengan pasangan anda. Lakukan seks sekerap mungkin iaitu 3 atau 4 kali dalam seminggu. Sekiranya si isteri sedang di 'subur', lakukan hubungan intim setiap hari  dan menggunakan posisi yang mendorong kepada kehamilan.

6) Sentiasa berfikiran positif, tenang dan tidak stress. Sekiranya si isteri stress dan tertekan, ini akan menjejaskan juga kitaran haidnya. Jadi, pasangan suami isteri hendaklah sentiasa tenang dan berfikiran positif.

7) Mengamalkan vitamin sebagai makanan tambahan - Mengamalkan vitamin kesuburan ini adalah tips paling penting untuk diamalkan. Antara vitamin-vitamin yang disyorkan untuk meningkatkan kesuburan ialah Vitamin E, Zink, Copper, Panthothenic Acid, Potassium, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin D, Thiamin B6, Riboflavin dan Niacin.


Ketahui Cara Mengira Waktu Subur
========================

Apa yang patut anda tahu?

1) Anda perlu tahu tarikh pertama haid anda.
2) Berapa hari purata kitaran haid anda.( biasanya diantara 20 hingga 45 hari)

Kitaran haid normal biasanya dalam 28 ke 30 hari.

>>> Andaikata haid anda bermula pada 1 haribulan pada mana-mana bulan dan kitaran haid anda ialah selama 28 hari.

Waktu subur anda adalah di antara tarikh 12 haribulan sehingga 17 haribulan dan ovulasi pada 15 haribulan.

>>> Andaikata haid anda bermula pada 1 haribulan pada mana-mana bulan dan kitaran haid anda ialah selama 30 hari.

Waktu subur anda adalah di antara tarikh 14 haribulan sehingga 19 haribulan dan ovulasi pada 17 haribulan.
Set Kesuburan yang dicadangankan.


***Nak lagi senang, anda boleh memuat turun aplikasi "period calender" di telifon pintar masing-masing. Aplikasi ini akan memudahkan kita untuk mengetahui bila waktu subur kita.


1. B-Complex
- Memainkan peranan penting bagi mengelakkan kemurungan (anti-stress)
- Membantu menstabilkan hormon.
- Mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

2. Vitamin C
- Meningkatkan kualiti sperma
- Mengelakkan kerosakan DNA pada sperma

3. Vita-Lea
- Pengambilan Vitalea adalah bagi memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan dapat dipenuhi.
- Pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak faktor dan kekangan.
- Uniknya, Vita-lea atau multivitamin Shaklee mengandungi iron yang sangat penting bagi tubuh.

4. Vitamin E
- Membantu meningkatkan hormon seks samada untuk lelaki mahupun wanita.
- Kenunikan Vitamin E Shaklee ianya mempunyai silenium berbanding lambakan Vitamin E lain di pasaran.
- Sangat bagus untuk jantung disamping meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.

5. Zinc Complex
- Memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormon tiroid, kemadulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif.
- Kekurangan zink juga akan menyebabkan kemandulan.

6) Gla Complex
- Berperanan membantu mengatasi masalah haid tidak teratur.
- Membantu menghasilkan cairan serviks yang bukan saja subur tetapi berkualiti.
- Lebih baik daripada Primrose oil.

7) Alfalfa
- Turut di kenali sebagai vitamin cinta.
- Membantu mengatasi rasa sakit ketika bersama.
- Mengatasi masalah keputihan
- Haid tidak teratur
- Senggugut
- Membantu hubungan suami isteri kerana fungsinya sama seperti herba Kacip Fatimah.


Pilihan di tangan anda. Anda yang perlu bertindak untuk bantu diri anda. Bukan orang lain ;)

Berminat untuk dapatkan set kesuburan boleh terus hubungi saya. Konsultasi PERCUMA akan diberikan. Sebarang pertanyaan dialu-alukan.

Untuk order terus secara online boleh klik pada "order sekarang"
 Set Kesuburan Suami Isteri

sms/ whatsapp: 014-8444220
COD Area: Gambang - Taman Tas - Kuantan - Pekan

Penghantaran Menggunakan Poslaju Ke Seluruh Malaysia


No comments :

Post a Comment