Wednesday, 21 October 2015

PUNCA PELAJAR MENGANTUK DI DALAM KELAS & CARA MENGATASI MASALAH MENGANTUK

Kebanyakan pelajar selalu mengantuk di dalam kelas/ dewan kuliah. Mengantuk nya teruk sekali, adakalanya sampai tersengguk-sengguk. Teringat pula pengalaman semasa belajar dulu, ramai dikalangan pelajar yang selalu mengantuk dan tertidur di dalam kelas. Bila diperhatikan, beberapa punca penyebab kepada masalah mengantuk di dalam kelas dikenalpasti.

Entri kali ini menceritakan tentang punca kenapa pelajar terutamanya pelajar universiti selalu mengantuk di dalam kelas dan bagaimana cara mengatasinya.


Punca-punca Pelajar Mengantuk & Cara Mengatasinya
=====================================


Antara punca-puncanya ialah:

1) Tidak cukup tidur - merupakan sebab paling utama pelajar mengantuk di dalam kelas. Ada diantara mereka yang hanya tidur beberapa jam sahaja pada waktu malam kerana menyiapkan kerja-kerja rumah, assignment dan mengulangkaji pelajaran. Tidak ketinggalan juga ada di kalangan mereka yang tidur lewat kerana asyik bersembang dengan kawan-kawan, melayari internet, Facebook, menonton tv, video dan banyak lagi perkara-perkara yang membuang masa.

Cara mengatasinya: Pelajar tidak boleh amalkan tabiat tidur lewat. Sekiranya anda tidur lewat kerana mengulangkaji pelajaran, anda hendaklah merancang jadual waktu belajar dan waktu tidur anda. Anda perlu 'Study Smart, But Not Study Hard'. 
Sekiranya ingin mengulangkaji pelajaran, anda disarankan untuk tidur awal pada malam hari dan bangun awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran. Suasana dingin dan segar di pagi hari lebih mudah untuk anda fokus untuk belajar.
Jadikan tidur anda suatu prioriti. Tutup laptop, matikan segala apps, tutup data internet anda dan matikan segala gajet anda. Kalau tak tutup, nanti anda terganggu dengan notification WhatsApp yang masuk bertalu-talu.
Nak dapatkan tidur yang lagi berkualiti, padamkan lampu ketika tidur.

2) Tidur berlebihanTidur yang terlalu lama dan kerap juga menjadikan anda mengantuk dan otak menjadi lembap.

Cara mengatasinyaTidur yang mencukupi ialah sebanyak 6-8 jam sehari.  Pastikan anda tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini.

3) Tidak mengambil sarapan pagi - Kebanyakan pelajar tidak gemar mengambil sarapan pagi. Mereka selalunya terus ke kelas tanpa mengambil sebarang makanan. Kesannya, apabila paras glukosa di dalam badan menjadi semakin rendah mereka akan lapar, kekurangan tenaga dan mengantuk semasa belajar.


Cara mengatasinya: Anda hanya perlu ambil sarapan yang ringkas contohnya seperti telur rebus/ separuh masak, roti planta dan secawan milo/minuman kegemaran anda yang lain.Sarapan pagi akan membekalkan tenaga dan semangat untuk anda memulakan hari anda dengan ceria.

4) Makan terlalu banyak - Ini akan menyebabkan perut anda bekerja keras untuk menghadam makanan. Proses ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Bila otak kita kekurangan oksigen, mulalah mata kita menjadi mengantuk.

Cara mengatasinya: Anda hanya perlu makan sekadar yang perlu sahaja. Elakkan makan terlalu banyak.

6) Badan terlalu penat - Anda mungkin penat kerana melakukan riadah ataupun bersukan contohnya bermain futsal, tenis dan lain-lain lagi. Tidak salah untuk anda bersukan untuk kesihatan tetapi ianya mestilah kena pada waktu yang sesuai. Semua ini menggunakan tenaga dan menyebabkan anda berasa letih dan mengantuk ketika belajar.

Cara mengatasinya: Pilihlah aktiviti sukan/ riadah yang anda minati dan ianya tidaklah terlalu berat sampai menjejaskan tumpuan anda di dalam kelas.

7) Kurang darah merah (anemia) - Anemia ialah penyakit kurang darah merah. Biasanya terjadi kepada pelajar wanita kerana mereka kehilangan darah ketika haid. Tahap iron dalam darah mereka biasanya akan berkurang dan menempatkan mereka dalam keadaan yang berisiko. Sel darah merah adalah sangat penting untuk mengangkut oksigen keseluruh organ. Antara simptom-simptom anemia ialah lemah, sesak nafas dan sering berdebar-debar.
Cara mengatasinya: Anda boleh mengamalkan pemakanan yang mengandungi zat besi dan juga pengambilan supliment contohnya seperti Vita Lea

8) Tekanan emosi - Tekanan emosi banyak memberi kesan bukan sahaja kepada emosi kita, tetapi ia turut menjejaskan kesihatan kita. Antara simptom pelajar yang mengalami tekanan emosi ialah mereka selalu lemah, sakit kepala, hilang selera makan, muka ditumbuhi jerawat dan banyak lagi.

Cara mengatasinya: Anda boleh lakukan perkara-perkara yang boleh mengurangkan stress seperti beriadah dan bermunajat minta ketenangan kepada Allah. Pengambilan supliment seperti Vitamin B-complex juga boleh menbantu mengurangkan stress anda.

9) Kurang minum air - Kekurangan aid (dehidrasi) juga boleh menyebabkan anda lemah dan mengantuk.

Cara mengatasinya: Anda haruslah meminum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sekiranya anda melakukan aktiviti seperti beriadah, bersenam dan bersukan, pastikan air sentiasa cukup untuk keperluan tubuh badan anda.

*********************************************************************************


Ubat Tahan Mengantuk Tanpa Dadah: Cergas Sokmo! from iReach HD on Vimeo.

Antara supliment yang boleh mengatasi masalah mengantuk di siang hari atau masalah mudah mengantuk ialah B ComplexVitalea, Omega Guard dan Cinch Tea Mix.


B Complex bagus untuk meningkatkan metabolisme, dan membantu metabolisme makanan ditukar menjadi tenaga. Ambil 2 biji sehari untuk badan rasa cergas. B Complex juga bagus untuk mengurangkan stress.
B COMPLEX

Vitalea merupakan multivitamin yang buat anda rasa segar dan kurang mengantuk. Kerja vitalea ialah cukupkan apa yang badan kita perlu. 

VITA-LEA

Omega Guard juga mampu menggalakan fungsi otak dan sistem saraf. Bila fungsi otak dan sistem saraf kita baik, ia membantu kita merasa cergas. Selain itu, Omega Guard juga bantu menstabilkan hormon.  
OMEGA GUARD

Cinch Energy Tea Mix adalah untuk mencergaskan badan. Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph! Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat. Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.
  • Selamat, peningkatan tenaga semulajadi. Diminum secara panas atau sejuk.
  • Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
  • Peningkatan tenaga segera.
  • Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan.

CINCH ENERGY TEA MIX
Jangan biarkan masalah mengantuk menguasai diri anda. Ayuhlah bertindak segera demi masa depan yang cerah. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi PERCUMA akan diberikan.

sms/ whatsapp: 014-8444220
COD Area: Gambang - Kuantan - Pekan

Penghantaran Menggunakan Poslaju Ke Seluruh Malaysia

Klik sini
 Set Tahan Mengantuk



No comments :

Post a Comment