Sunday, 4 October 2015

PETUA / TIPS BANYAKKAN SUSU IBU : Ibu Menyusu Berkerjaya

Seorang ibu yang berkerjaya yang masih menyusukan anaknya sangat bimbang tentang kuantiti susunya. Pengalaman saya sendiri,saya memang sangat risau anak tidak cukup susu dan risau bila tengok stok susu dah makin berkurangan. Entri kali ni saya nak bagi Tips Penyusuan Bagi Ibu Berkerjaya. Penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Ibu perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja.



Petua / Tips Banyakkan Susu Ibu
***************************

1. Tanam niat/ berazam semasa mengandung lagi. Niat dan sentiasa berdoa untuk menyusukan anak sepenuhnya.

2. Amalkan memakan kurma/ makanan sunnah yang lain. Yang mana pemakanan sunnah juga boleh merangsang penghasilan susu yang banyak.

3. Banyakkan pembacaan tentang ilmu penyusuan.

4. Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari!

5. Jaga emosi ibu. Elakkan daripada sebarang tekanan. Susu akan merundum sekiranya ibu selalu tertekan/ stress.

6. Kerapkan menyusukan anak. Ibu hendaklah menyusukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada waktu siang. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4 – 5 jam.

7. Jangan tunggu payu dara penuh. Ada juga ibu yang suka menjadikan payu dara penuh baru nak susukan bayi. Itu salah ya! Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. 

8. Menyusu Lebih Lama. Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payu dara. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payu dara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payu dara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.

9. Penyusuan Dua kali. Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susukan dia semula. Cara ini turut merangsang payu dara untuk menghasilkan lebih banyak susu.

10. Menyusukan anak pada waktu malam. Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

11. Bogelkan Bayi Sewaktu menyusu, bogelkan bayi (kecuali lampinnya). Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuhan kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang di bahagian depan. Bagi mengelakkan bayi kesejukan pula, selimutkan dia ketika menyusu.

12. Amalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat. Amalkan memakan kurma, barli, horlick dan penggalak susu yang lain. Mengambil supliment untuk merangsang susu badan juga sangat digalakkan untuk membantu kita meningkatkan lagi penghasilan susu badan.

Sebenarnya tiada rahsia melainkan mengambil rangkaian suplemen berkhasiat agar dapat memenuhi keperluan nutrien penyusuan ibu.

Vitamin seperti multivitamin, protein, vitamin C, vitamin B Kompleks, kalsium, asid lemak, Alfalfa dan Omega 3 perlu diambil bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran air susu berterusan di samping mengekalkan kecergasan dan kesihatan ibu dan anak.

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Anak-anak anda akan membesar dengan khasiat yang perlu, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut seperti mengelak penyakit kanser ovari dan payudara. 
Anda disarankan untuk menyusui bayi secara eksklusif selama enam bulan dan meneruskannya dengan makanan tambahan sehingga bayi mencecah usia dua tahun.
Anda perlu bijak demi kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat untuk seisi keluarga memandangkan  pada zaman mutakhir ini pelbagai makanan yang disajikan enak dimakan tetapi tidak sihat dan kurang zat sekaligus mendedahkan anak-anak kepada risiko pelbagai penyakit.
Suplemen Shaklee yang diambil adalah penyelesaian kepada masalah anda semua.

Hubungi saya untuk dapatkan Set Penyusuan Shaklee yang awsome!!!

sms/whatsapp : 014-8444220

No comments :

Post a Comment