Saturday, 17 October 2015

PENGALAMAN BERSALIN OVERDUE SAMPAI KENA INDUCE :PENGALAMAN MENGANDUNG ANAK PERTAMA


Assalamualaikum..
Bila melihat anak-anak sedang tidur, terdetik di hati ini "dah besar anak-anak ummi". Teringatkan kembali saat-saat ummi mengandung dan melahirkan along. Sungguh indah sekali pengalaman melahirkan along dulu. Agaknya anak ummi seronok sangat duduk dalam perut ummi sampai tak nak keluar...hihihi.


Alhamdulillah..saya tidak mengalami sebarang masalah serius sepanjang mengandungkan 'along' seorang puteri comel yang diberi nama Tuan Nur Irdina Humaira. Di awal kehamilan iaitu pada trimester pertama, saya tidak mengalami sebarang alahan pun. Langsung tidak ada masalah pening, loya dan muntah-muntah.

Masuk trimester kedua dan ketiga pun sama, saya masih bertenaga melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti sediakala. Cuma saya ada satu alahan sahaja, saya tak boleh makan masakan sendiri...hihihi..Nak memasak tu boleh,tapi nak makan masakan sendiri tu yang tak lalu sangat...haha..Jawabnya, masa tu banyak makan kat kedai laa...

Setiap kali check up, Hb saya normal, tekanan darah pun alhamdulillah normal juga..Tapi yang tak bestnya, part yang kena minum air gula..Fuhh..manis yang amat sangat!!! Kenapa saya kena minum air gula?? haaa.. sebab saya ade family history yang ada kencing manis.. abah saya ada penyakit kencing manis. Jadi saya pun kena lah ikut prosidur tu..Kena 3 kali minum sepanjang tempoh kehamilan. Satu lagi masalah bila check up ialah masalah berat baby. Bila nurse check je perut mesti die akan panggil seorang lagi nurse untuk check lagi sekali...hihi..Nurse cakap baby saya kecik. Bila doktor scan pun, die cakap anak saya kecik. Kalo ikut tarikh pada screen die tu, baby saya kecil 2 minggu dari tarikh due date.

Pengalaman mengandungkan anak memang sangat mengujakan. Ianya hanya boleh dirasakan oleh ibu-ibu mengandung sahaja. Pengalaman merasakan anak bergerak-gerak dan menendang-nendang dalam perut sangat berharga sekali.
Masa ni saya pregnant 26w kalo tak silap - Bergambar di Sarikin, Sarawak ;)

PENGALAMAN SEMASA HENDAK BERSALIN

Tarikh saya dijangkakan bersalin ialah pada 9 Ogos 2011. Perasaan berdebar-debar bila tiba pada tarikh tersebut. Saya ternanti-nanti rasa sakit nak bersalin tu...Tapi tunggu punya tunggu masih tidak ada sebarang tanda nak bersalin pun. Sakit pun tidak, keluar lendir pun tidak, keluar darah pun tak juga. Saya ke klinik kesihatan untuk check up. Doktor cakap, "kita tunggu dulu 2 3 hari lagi macam mana..

Tunggu punya tunggu saya masih tak bersalin juga. Puas saya berjalan ke sana ke mari kononnya nak suruh cepat bersalin.Hihihi..tapi,nampak gayanya baby masih seronok duduk dalam perut ummi ye.. Masa tu bulan puasa, saya masih mampu berpuasa macam orang lain juga. Saya masih larat dan aktif berjalan ke bazar Ramadhan walaupun masa tu yang dah 'over due' dah. Perut pun tak besar sangat. Mungkin sebab mengandungkan anak sulong kot.

Doktor bagi tempoh sampai 19 Ogos 2011. Kalau saya masih tidak bersalin, saya terpaksa bersalin juga dengan cara di 'induce'. Saya tawakkal je la masa tu. Tiba pada tarikh 19 Ogos 2011, saya memang sudah bersiap sedia dari segi mental ke hospital untuk di'induce'. Bila dah warded, doktor datang cek perut dan mana-mana yang patut. Doctor cakap, pagi esok (20 Ogos 2011) saya akan di'induce' lah memandangkan saya masih tidak ada sebarang tanda-tanda nak bersalin walaupun sedah melebihi due date 10 hari.

Pada keesokan paginya,saya memang sudah bersiap-sedia untuk di'induce'. Saya tidak berpuasalah(masa tu bulan puasa) hihihi...Saya makan kurma banyak-banyak dan dalam hati ni hanya ingat Allah je. Pada pukul 7.30pagi, saya di'induce'. Memang tak rasa sakit pun lagi masa tu. Bila dah 2jam berlalu iaitu pukul 9.30pagi, barulah saya mula rasa lenguh-lenguh pinggang dan perut seperti orang yang senggugut biasa tu. Doktor cek bukaan jalan baru 3-4 cm. Dalam masa yang sama, saya dipakaikan tali pinggang CTG tu.

Bagi yang dah pernah bersalin mesti tahu apa CTG atau Cardiotocography ni kan? Mungkin bagi yang baru nak bertukar status dan baru bergelar bakal ibu masih belum mengenali istilah CTG ni, juga ibu-ibu yang bersalin sendirian berhad pun tak berpeluang nak merasai pengalaman pakai CTG ni. Apa itu CTG?



Secara ringkasnya CTG atau nama penuhnya iaitu Cardiotocography ialah sejenis alat yang dipasang di perut ibu hamil bagi mengesan kadar degupan jantung bayi dan juga contraction.

Dari segi perubatan (obstetrics), cardiotocography (CTG) ialah satu istilah teknikal yang merujuk kepada pengiraan atau merekod (merujuk kepada perkataan -graphy)  denyutan jantung bayi / fetal (merujuk kepada perkataan cardio-) dan juga kontraksi ( merujuk kepada perkataan -toco-) sewaktu hamil kebiasaannya dibuat pada trimester ketiga. Alat atau mesin yang diguna dipanggil cardiotocograph, atau  electronic fetal monitor (EFM).


Tunggu dan terus tunggu, masa tu saya masih di dalam wad. Saya hanya rasa sakit macam sunggugut biasa tu je. Bosan juga menunggu, saya hanya pusing sana pusing sini je atas katil tu. Selepas 4 jam berlalu, saya dah mula rasa sakit (sakitnya macam sakit senggugut yang teruk tu). Saya dimasukkan ke labour room. Doktor cek bukaan baru 7-8cm. Doktor tak bagi saya teran lagi, katanya nak tunggu bukaan sehingga 10cm.

Masa tu saya memang rasa sakit kontraksi dalam tempoh 5 minit sekali. Sepanjang tempoh menunggu nak bersalin, mulut dan hati ni hanya berzikir ingat Allah je yang dapat memudahkan kita bersalin. Dalam masa yang sama, saya rasa mengantuk yang amat sangat. Sesekali macam nak terlelap. Tapi misi tak benarkan saya tidur. Dia cakap nanti anak dalam kandungan pun turut tidur kalau ibu tidur. Lagi lambat la baby nak keluar. Jadi saya, tahan juga lah mata ni tak nak bagi tidur.

Sakit kontraksi semakin kerap. Suami memang ada di sisi menemani saya. Dia cuba menenangkan saya. Sampai satu tahap kontraksi yang sangat kuat, saya dah rasa kepala baby macam dah nak kuar. Saya terus jerit panggil misi sebab dah tak tahan sangat. Misi dan doktor datang cek dan die suruh saya teran.

Pengalaman pertama nak push memang tak pandai. Saya main teran je. Misi ingatkan supaya saya tak angkat punggung semasa meneran takut banyak yang koyak. Alhamdulillah, setelah bertarung nyawa akhirnya keluarlah seorang bayi comel pada jam 3.09petang. Lepas anak dah keluar, terus lupa kesakitan yang ditanggung sebelum ni.

Nurse hulurkan anak pada saya. Dia cakap, ni anak ibu tengok apa jantina dia. Baby diletakkan pada dada untuk terus diberi susu. Seronok sangat bila melihat mata baby dah terbuka berkelip-kelip melihat ummi. 


Humaira: 2 jam selepas dilahirkan

Sedikit info tentang Induce
**********************
Kenapa perlu induced?
Doktor akan mencadangkan kita diinduce sekiranya berlaku salah satu daripada di bawah. Sama ada:
- Ibu telah overdue selama dua minggu dan masih tiada tanda-tanda nak bersalin.
- Air ketuban dah pecah tapi masih tiada contraction.
- Ada infection pada uterus.
- Baby sudah tidak membesar lagi.
- Air ketuban yang mengelilingi baby tidak mencukupi.
- Ibu mempunyai masalah kesihatan yang akan membahayakan nyawa kedua-dua ibu dan baby seperti diabetes atau darah tinggi.


Set Hamil Shaklee
Untuk dapatkan tips kesihatan, nasihat atau cadangan tentang kehamilan, boleh terus hubungi saya. Saya sedia berkongsi pengalaman dan idea.
sms/whatsapp: 014-8444220

2 comments :

  1. As salam...doakan saya jugak ye..crita kite same...overdue 10hari..20hb ni kne induce..2hari lagi saya menanti ni..anak first jgk..xnak kluar2 walaupun due dy 11hb aritu..seronok sgt dok dlm agaknye...cerita akak buat sy kmbli bsmngat..time kasih... ☺��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ;)
      Semoga ibu & baby sihat dan baik2 aje ;)

      Delete