Wednesday, 7 October 2015

Kencing Manis Ketika Hamil : Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

Setiap wanita yang hamil mempunyai tahap kesihatan yang berbeza-beza. Ada di antara mereka mempunyai masalah ketika mengandung seperti Hb rendah, tekanan darah tinggi, kencing manis, air kencing kotor, sembelit, kekejangan kaki dan banyak lagi. Tetapi tidak semua wanita yang mengalami masalah seperti ini.

Entri kali ini akan menceritakan tentang masalah kencing manis ketika hamil dan ketahui punca dan bagaimana cara untuk mengatasinya.



Kencing manis ketika hamil juga dikenali sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) yang mana paras gula dalam darah tinggi dan meningkat. Ia juga selalu berlaku pada ibu yang tidak pernah mengidap kencing manis sebelum mengandung. Kencing manis selalunya dapat dikesan antara minggu ke-28 dan minggu ke-34 kehamilan bayi. Biasanya kencing manis ini akan hilang setelah ibu bersalin dan ianya bersifat sementara sahaja. 

Punca Kencing Manis Ketika Mengandung
=============================
Ianya terjadi apabila terdapat kerintangan Insulin – sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan manusia untuk mengawal atur kawalan paras gula di dalam darah, untuk memenuhi keperluan ketika mengandung.

Tahap glukosa dalam badan ibu tinggi dari keperluan normal. Masalah ini berlaku apabila hormon insulin tidak cukup untuk tukarkan glukosa kepada tenaga bagi keperluan sel badan atau tabiat pemakanan ibu yang tinggi gula.

Selain daripada itu, punca kencing manis juga adalah disebabkan oleh hormon yang dihasilkan oleh plasenta (uri) untuk membantu tumbesaran bayi. Hormon tersebut memang bagus untuk bayi tetapi akibatnya sel-sel dalam badan ibu jadi kalis atau 'immune' pada insulin. Ini menyebabkan terjadinya masalah kalis insulin.


Siapa yang berisiko mengidap kencing manis semasa hamil?
========================================
  • Mempunyai keluarga yang ada sejarah GDM.
  • Mengidap tekanan darah tinggi.
  • Berumur 35 tahun ke atas.
  • Berat badan berlebihan. Indeks Jisim Badan (BMI) anda melebihi 30.
  • Pernah mengidap diabetes semasa kehamilan sebelumnya.
  • Pernah melahirkan bayi yang beratnya 3.5kg ke atas.
  • Tidak aktif secara fizikal
  • Mengamalkan makanan berkanji dan berlemak yang berlebihan
  • Ibu hamil kembar
  • Ibu hamil yang bermasalah hydramnions (terlalu banyak air ketuban)

Kesan Diabetes Semasa Mengandung
=========================
  • Ada di kalangan wanita yang menghidap kencing manis semasa hamil ini tidak mempunyai masalah sepanjang kehamilan dan kebanyakannya selamat melahirkan bayi yang sihat dan comel. Tetapi ada juga segelintir kes kencing manis ini membawa masalah yang serius pada ibu dan juga bayi, lebih-lebih lagi jika kencing manisnya tidak dikesan awal dan dirawat dengan optimum. Kebolehan untuk mengesan awal Diabetes ketika mengandung dan mengawal atur paras gula dengan optimum dapat mengurangkan banyak risiko serta komplikasi yang berkaitan.
  • Sangat penting bagi ibu-ibu untuk memastikan paras glukosa di dalam darah terkawal. Jika paras gula di dalam darah ibu kekal tinggi dan tidak terkawal, bayi akan memberikan respon kepada paras gula yang tinggi ini dengan menghasilkan lebih banyak insulin, di mana bayi anda akan membesar secara berlebihan di dalam rahim, seterusnya anda akan diminta untuk bersalin lebih awal daripada tarikh yang dijangka bersalin "induce". Terdapat juga risiko di mana berakhir dengan pembedahan caesaerean akibat daripada bayi besar ataupun kegagalan proses induksi (induction). Jika anda bersalin biasa pula, risiko bahu bayi tersangkut ketika kelahiran normal dan kecacatan saraf mungkin berlaku.
  • Risiko kematian bayi di dalam rahim (in utero death) secara mengejut juga meningkat jika paras gula di dalam darah tidak dikawal.
  • Bayi anda yang menghasilkan lebihan hormon insulin tadi turut akan mengalami paras gula rendah pula selepas kelahiran. Maka, bayi anda perlu dimasukkan dalam wad rawatan rapi bayi untuk pemerhatian oleh pakar paediatrik.
  • Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai kencing manis juga mempunyai risiko menghidap kencing manis dan masalah kegemukan bila ianya meningkat dewasa kelak.
  • Oleh itu, ibu-ibu perlu mengawal paras gula di dalam darah dalam semasa mengandung dan proses kelahiran untuk mengurangkan risiko dan komplikasi pada ibu dan juga bayi anda


Bagaimana Cara Untuk Mengesan Kencing Manis?
=================================
  • Kencing manis boleh dikesan melalui pemeriksaan darah selepas meminum air gula. Pemeriksaan ini di panggil OGTT (Oral Glucose Tolerance Test). Biasanya ibu mengandung diminta untuk berpuasa pada malam sebelumnya.
  • Keputusan ujian OGTT (mmol/L)
    • Berpuasa <6.0
    • 1 jam selepas meminum air gula <8.0
    • 2 jam selepas meminum air gula < 7.0


TANDA ATAU SIMPTOM KENCING MANIS SEMASA HAMIL

========================================
  • Ibu hamil akan terasa cepat penat.
  • Kerap membuang air kecil secara sedikit.
  • Luka dan lebam di badan yang lambat untuk sembuh.
  • Dahaga yang melampau.
  • Keinginan yang tinggi untuk memakan makanan yang manis
  • Penglihatan yang kabur

Cara Mengatasi Diabetes Ketika Hamil
==========================
  1. Diet yang khusus iaitu mengamalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disyorkan oleh doktor.
  2. Kurangkan makanan berkarbohidrat ataupun makanan yang mengandungi gula yang tinggi.
  3. Sentiasa memeriksa paras gula dalam darah secara harian.
  4. Digalakkan untuk melakukan senaman ringan setiap hari.
  5. Anda mungkin juga disarankan doktor untuk mengambil suntikan insulin.
  6. Mengamalkan makanan tambahan yang kaya dengan zinc, B-complex dan magnesium.

Cadangan Supliment Untuk Kesihatan Ibu Mengandung
====================================
1) Vitalea
  • Membekalkan 28 vitamin dan mineral lengkap untuk menyokong tumbesaran bayi dan kesihatan ibu hamil.
  • Mengandungi chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darah dengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan.
2) B-complex
    • Penting dalam metabolisme gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan
    • Membekalkan kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan badan termasuk Asid Folik untuk pembentukan saraf tunjang bayi
    • Membantu menukarkan glukosa yang berlebihan di dalam darah kepada tenaga.
    • Membantu mengurangkan keletihan
3) Ostematrix
    • Membekalkan Magnesium yang diperlukan oleh pesakit kencing manis (kurangnya magnesium antara punca kencing manis)
    • Membekalkan 100% kalsium untuk menyokong pembentukan tulang dan gigi si manja serta kesihatan tulang ibu.
    • Mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis.
4) ESP


  • GI (Indeks Glisemik) rendah dan bacaan hanya 39
  • Membantu seimbangkan insulin dalam darah
  • Memberi tenaga dan Cepat kenyang
  • Membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik


  • Nasihat kepada ibu-ibu mengandung di luar sana, jagalah kesihatan diri dan juga kesihatan kandungan anda. Ibu-ibu haruslah mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk bekalan nutrisi yang diperlukan bayi di dalam kandungan dan juga bagi memastikan tiada lagi masalah-masalah yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh kehamilan.

    Melaburlah untuk kesihatan dan kesejahteraan hidup anda. Segera hubungi saya untuk khidmat nasihat dan sebarang pertanyaan =)

    Untuk terus order secara online boleh klik "order sekarang"
     Set Hamil

    sms/ whatsapp: 014-8444220
    COD Area: Gambang - Taman Tas - Kuantan - Pekan

    Penghantaran Menggunakan Poslaju Ke Seluruh Malaysia


    No comments :

    Post a Comment