Sunday, 11 October 2015

GASTRIK KRONIK : PUNCA DAN CARA MENGATASI GASTRIK

Gastrik ialah antara masalah yang biasa terjadi. Ada yang terkena gastrik di sebabkan sengaja tidak mahu makan dengan alasan nak kuruskan badan. Ada juga di antara kita yang tidak berkesempatan untuk mengambil sarapan pagi dan makan tengahari kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja harian. Kesannya, bila sekali kita sudah mendapat gastrik, berkemungkinan besar akan terseksa selama-lamanya.

Gastrik terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-
1) Gastritis - keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut.
2) Ulser perut / peptik pada lapisan sel yang lebih dalam - lebih teruk berbanding gastritis.

Video di bawah adalah perkongsian daripada bekas penghidap gastrik. Beliau sengsara mengidap gastrik kronik selama 10 tahun lamanya dan akhirnya terubat secara tidak sengaja.

Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.

Tanda-tanda Penyakit Gastrik
====================

  1. Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
  2. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
  3. Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
  4. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
  5. Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
  6. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :
* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi

Punca Terjadinya Gastrik
=================
1) Kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh masa yang lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah).


2) Individu yang merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)

3) Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

  • Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecahkan/ menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ialah bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan.
  • Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini.
4) Selalu stress dengan tekanan kerja, masalah peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

5) Mereka yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.

Cara Mengatasi Masalah Gastrik
======================
  1. Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol.
  2. Hentikan pengambilan ubat tahan sakit.
  3. Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur.
  4. Makan sedikit-sedikit tetapi kerap.
  5. Kurangkan makanan berempah, bercili, masam.
  6. Kurangkan minuman mengandungi kafein dan minuman berkarbonat.
  7. Minum susu (sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut).
  8. Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing.
  9. Elakkan makanan junk food, jeruk dan juga mee segera.
  10. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll.
  11. Elakkan makan terlalu kenyang.
  12. Ambil vitamin B12, vitamin E dan vitamin C untuk menggantikan kehilangan vitamin-vitamin berkenaan semasa kesakitan akibat serangan gastrik. Soya protein ESP dan Ostematrix mengandungi kalsium yang bersifat alkali untuk mengurangkan keradangan perut dan sakit hulu hati akibat gastrik.
  13. Boleh amalkan makan halia / minuman halia untuk buang angin. Supplement Peppermint Ginger Plus sangat mudah untuk dibawa kemana-mana dan sesuai diamalkan. Rasa pun sedap berangin tak susah nak makan atau minum sebagai bancuhan teh.
Semoga cara-cara di atas sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah gastrik anda. Jangan tunggu ianya menjadi semakin parah. Bertindaklah segera demi kesihatan anda.

Hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA dan sebarang pertanyaan boleh terus:
sms/ whatsapp: 014-8444220
COD Area: Gambang - Kuantan - Pekan

Penghantaran Menggunakan Poslaju Ke Seluruh Malaysia


No comments :

Post a Comment