Friday, 18 September 2015

TIPS BERCUTI BERSAMA ANAK KECIL

Assalamualaikum...
Hai...
Cuti sekolah dah bermula. Selamat bercuti saya ucapkan kepada semua yang dah mula cuti terutamanya kepada kaum guru dan murid sekolah..

Bila dah tiba musim cuti sekolah ni, mesti ada diantara kita yang merancang untuk bercuti ke tempat-tempat idaman kan? Mesti masing-masing dah senaraikan tempat-tempat yang akan menjadi destinasi percutian nanti.

Tapi bagaimana pula kalau kita anak anak kecil?Emmm..Ini sedikit sebanyak akan menjadi masalah besar kepada kita..Haaa...di sinilah ibu bapa perlu bijak menentukan dan memilih destinasi percutian yang sesuai sekiranya membawa anak kecil.


Entri kali ini, saya nak kongsikan tips bercuti bersama anak kecil supaya percutian kita lebih bermakna walaupun dengan kehadiran si kecil;) 


1) Pemilihan destinasi penginapan yang sesuai dan selesa.
Pastikan anda menempah tempat penginapan lebih awal. Pilih penginapan yang selesa dengan mempunyai ruang untuk anak anda merangkak, berlari atau bermain. Jika anda mempunyai bajet yang lebih, memilih penginapan yang mempunyai kolam renang adalah lebih baik memandangkan kebanyakan kanak-kanak amat gemar bermain air.

2) Bijak memilih waktu memulakan perjalanan.
Si kecil akan mudah merasa bosan berada di dalam kereta sekiranya tempoh perjalanan terlalu lama. Bila dah bosan, mulalah diorang nak meragam. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, adalah lebih baik memulakan perjalanan pada waktu yang hampir dengan waktu tidur anak-anak supaya masa perjalanan mereka terisi dengan tidur.

3) Ajak rakan / saudara bercuti bersama-sama.
Bercuti bersama rakan/ saudara akan menyenangkan lagi percutian kita kerana mereka dapat membantu kita mematau dan juga mengawal anak-anak kecil kita. Lagipun bercuti ramai-ramai ni akan lebih menyeronokkan!!

4) Sediakan keperluan anak secukupnya
  • Susu formula (jika anak minum susu formula) secukupnya, dibimbangi kehabisan susu dan sukar untuk mencari jenama susu yang dikehendaki di tempat percutian anda. 
  • Termos air panas
  • Berus dan sabun pencuci botol
  • Botol susu
  • Nursing cover (sekiranya anak menyusu susu ibu) untuk memudahkan urusan menyusu anda di tempat awam.
  • Lampin pakai buang secukupnya. Bagi memudahkan penukaran lampin, adalah lebih praktikal jika anda menggunakan lampin pakai buang jenis seluar terutama bagi anak-anak yang telah berumur 8 bulan ke atas, yang tidak suka dibaringkan apabila memakai lampin. Jika anda membawa lampin pakai buang biasa, bawa bersama 'changing mat' bagi memudahkan anda menukar lampin anak di mana jua.
  • Pakaian anak secukupnya :3 pasang sehari 
    • topi
    • kasut
    • stoking
    • tuala mandi
    • tuala kecil
    • tisu lembap 
    • bantal kecil 
    • tisu poket
    • set mandian (travel pack)
    • putik kapas
    • ubat-ubatan
    • termometer
  • Baby carrier / baby sling
  • Makanan untuk bayi (nestum, biskut bayi, puri dan sebagainya) 
  • Makanan untuk anak yang lebih besar (biskut, roti, snek, lollipop, air kotak dan sebagainya. Makanan akan membuatkan mereka leka dan perut yang kenyang akan membuatkan mereka kurang meragam.


5) Pastikan simpan keperluan anak dalam beg yang sesuai dan mudah dicapai.
Contohnya, lampin pakai buang, changing mat, tisu lembap, tuala kecil, tisu poket, termos kecil, sebotol air mineral / air masak, susu formula yang telah disukat di dalam compartment susu, nursing cover (jika menyusu dengan susu ibu), makanan dan minuman, baby carrier serta bantal kecil hendaklah disimpan di dalam sebuah beg yang mudah dicapai. Bagi memudahkan pergerakan terutamanya apabila menggunakan kenderaan awam, menggunakan beg sandang belakang adalah lebih praktikal untuk membawa keperluan utama ini.

6) Bawa buku kegemaran/ mainan kesukaan anak-anak
Dengan adanya buku kegemaran/ mainan, mereka akan lebih leka membaca/bermain. Jadi mereka x kan cepat bosan. Tambah-tambah lagi mainan yang baru dibeli. Lagi seronok diorang main.

7) Pastikan ada waktu rehat untuk anak
Pastikan anda merancang waktu berjalan anda. Jangan terus menerus berjalan yang boleh menyebabkan anak berasa penat. Bila mereka penat, mereka akan mula meragam/ mengamuk dan anda pula akan lebih stress dengan keadaan seperti ini.

8) Bawa bekal supliment/ ubat
Jangan lupa bawa bekal supliment supaya anda kekal sihat dan bertenaga.
Antaranya cadangannya ialah:
  • Performance drink
  • Nutriferon
  • Omegaguard
  • Vitamin C 
Semoga tips yang diberikan di atas dapat membantu anda merancang trip percutian dengan baik dan memberi pengalaman manis melancong bersama anak. Happy Holiday and Have fun!!

Akhir sekali, saya nak kongsi satu video yang boleh anda manfaatkan untuk percutian anda.




#TRIP PERCUMA KE BANGKOK

Anda teringin nak join trip percuma ke BANGKOK??
Boleh terus hubungi saya ye ;)

Ataupun anda teringan nak dapatkan supliment untuk PERCUTIAN anda?
Hubungi saya:

Syuhada 014-8444220 (sms/whatsapp)
Fb Page: Vitamin Oh Vitamin

No comments :

Post a Comment