Tuesday, 15 September 2015

JEREBU : JANGAN SALAH PILIH TOPENG!!!

Assalamualaikum...

Sekarang, pastinya semua orang sudah tahu bahawa negara kita dilanda jerebu yang mana semakin hari semakin teruk keadaannya. Sehinggakan sekolah-sekolah di negeri-negeri yang bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) nya agak tinggi terpaksa ditutup pada hari ini.

Alhamdulillah..di tempat saya masih lagi bacaan IPUnya tidak sampai ke tahap yang serius. Cuma, langkah-langkah keselamatan juga perlu dititik beratkan.

Seboleh-bolehnya, orang ramai dinasihatkan tinggal di dalam bangunan/ rumah dan mengehadkan aktiviti berat di luar rumah.

Bagi mereka yang terpaksa keluar rumah untuk ke tempat kerja atau sebagainya, amatlah disarankan untuk memakai topeng muka untuk perlindungan semasa jerebu.



Dalam perjalanan ke tempat kerja tadi, saya ada terdengar pesanan penyampai di radio tentang penggunaan topeng muka. 


Katanya kita sering melihat orang ramai memakai topeng pembedahan 'surgical mask' untuk perlindungan semasa jerebu. Sebenarnya surgical mask tidak sesuai untuk perlindungan jerebu kerana ia direka untuk menghalang air liur, kahak dan hingus si pemakai dari tersebar ke udara ketika batuk atau bersin, dan bukannya melindungi si pemakai dari pencemaran udara.

Surgical mask tidak mampu menapis partikel halus jerebu (haze) yang berukuran sekecil 2.5 mikrometer. Ia juga tidak melekap pada muka, membolehkan udara tak bertapis masuk melalui celah atau gap antara topeng dan muka.


Topeng muka yang sesuai untuk melindungi kita daripada jerebu ialah topeng pernafasan (respirator) N95 yang mendapat kelulusan NIOSH(Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan) Malaysia.

Respirator N95 mampu menapis habuk/ partikel sehalus 0.3 mikrometer. Topeng ini melekap pada muka. Ia juga menghalang udara tercemar masuk ke dalam hidung dan mulut. Ia memaksa udara melalui penapis sebelum masuk ke dalam hidung atau mulut.

Cara-cara memakai topeng N95 dengan betul

Tindakan Semasa Jerebu


Sekiranya berminat untuk dapatkan suplimen/konsultasi PERCUMA boleh contact saya ye.
sms/whatsapp: 014-8444220

No comments :

Post a Comment