Friday, 20 March 2015

TIPS MENJADI MANUSIA PRODUKTIF & BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA

Assalamualaikum..

Setiap orang berimpian untuk berjaya. Kejayaan yang diimpikan oleh setiap orang pula adalah berbeza. Setiap orang mempunyai persepsi mereka sendiri bagaimana dikatakan berjaya kerana perkataan BERJAYA mempunyai makna yang subjektif. Dalam mengejar matlamat masing-masing, kita kerap kali berfikir bagaimana cara nak mencapai segala impian yang kita ingin capai. Salah satu ciri-ciri orang BERJAYA ialah orang yang PRODUKTIF. 




Kat bawah ni saya selitkan video 3 Tips Menjadi Manusia Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yang Ada..Jom sama-sama kita saksikan ;)


Tip Menjadi Manusia Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yg Ada from iReach HD on Vimeo.

17 CARA MENJADI MANUSIA PRODUKTIF BAGI MERAIH KEJAYAAN

*********************************************************************************
1. Tentukan Niat/ Visi "impian" Anda.

  • Tanpa niat/visi yang jelas, seseorang individu akan mudah terlupa ataupun tersasar daripada matlamat sebenar.
  • Seseorang yang mempunyai visi yang jelas adalah seorang yang berkarisma, menghargai masa, mempunyai cita-cita yang besar, berkomitmen tinggi dan pragmatis / praktikal.


2. Susun Strategi Anda.

  • Susun dan tulis rancangan perlaksanaan visi/ impian anda mengikut jangka waktu yang anda ingini. Ini akan membantu anda supaya tetap berada “di atas landasan” dan “tiba ke destinasi” pada waktu yang telah ditetapkan.

3. Rancang Masa Depan Anda SEKARANG!

  • Membuat pilihan yang bijak dan mula merancang pelan hidup seawal mungkin dapat membantu anda mengelakkan kegagalan / kekecewaan di dalam hidup.

4. Rancang Masa Untuk Bertindak.


  • Setiap manusia diberikan 24 jam setiap hari, hanya yang bijak mampu menggunakan waktu tersebut sebaik mungkin.
  • Uruskan masa dengan bijak – buat jadual harian, luangkan masa untuk membaca, beriadah/ berseronok, sentiasa meluangkan masa untuk merealisasikan visi anda.


5. Konsisten dan Jangan Mudah Mengalah.

  • Percaya teguh kepada diri sendiri. Jangan biarkan kegagalan kecil mematahkan semangat anda!
  • Abraham Lincoln mengalami 13 kegagalan besar dalam bidang politik sebelum dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 pada usia 51.
  • Orang yang mudah mengalah kepada diri sendiri adalah orang yang tidak akan berjaya dan tidak percaya kepada kemampuan diri sendiri.

6. Tumpukan Perhatian Kepada Matlamat Anda.

  • Jangan biarkan diri anda leka dengan gangguan-gangguan persekitaran: pengaruh rakan sebaya, aktiviti yang melalaikan, masalah remeh temeh, dsb.
  • Sentiasa fokus kepada apa yang anda mahu; untuk berjaya, anda perlu sentiasa ingat yang anda mahu berjaya!
  • Selama 20 tahun, Rasulullah menumpukan perhatiannya kepada mengembangkan ajaran Islam walaupun dicerca dan dihina. Hari ini, terdapat lebih 1.5 billion umat Islam di serata dunia.

7. Percaya kepada Pertolongan Allah dan Usaha Sendiri.

  • Allah menciptakan setiap manusia untuk berjaya di muka bumi-Nya, bukan untuk menemui gagal.
  • Namun begitu, untuk mengecapi kejayaan, manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa percaya kepada pertolongan Allah.

8. Solat dan Doa.

  • Solat dan berdoa adalah cara bagi manusia untuk berhubung dengan Allah s.w.t.
  • Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah universiti antarabangsa telah membuktikan bahawa berdoa dapat memberi kekuatan mental dan fizikal pesakit bagi menyembuhkan penyakit kritikal.

9. Pupuk Perasaan Cinta dan Jangan Membenci.

  • Perasaan cinta membantu anda untuk berjaya dan membawa anda ke tahap yang lebih tinggi: cinta kepada Tuhan, cinta kepada keluarga, cinta kepada rakan-rakan, cinta kepada haiwan peliharaan, cinta kepada negara, cinta kepada alam sekitar, cinta kepada ilmu dsbnya.
  • Jangan sesekali membenci orang lain, walaupun orang itu pernah melakukan kejahatan kepada anda.

10. Belajar Daripada Kesilapan.

  • Manusia yang bijak adalah manusia yang mengaku akan kesilapannya dan belajar daripada kesilapan tersebut. Kesilapan bukanlah sesuatu kegagalan, sebaliknya permulaan kepada sesebuah kejayaan.
  • Belajarlah daripada kesilapan sendiri dan juga kesilapan orang lain. Jangan biarkan diri anda melakukan kesilapan yang sama berulang kali.

11. Berkawan Dengan Ramai Orang.

  • Tidak salah berkongsi masalah dengan rakan-rakan, tetapi perlu berhati-hati dalam memilih kawan yang sesuai / baik.
  • Individu yang berjaya selalunya adalah individu yang mempunyai ramai kawan.

12. Gambarkan Destinasi Kejayaan Anda.

  • Realiti tidak akan tercipta tanpa fantasi.
  • Tidak salah menjadi Mat Jenin, SETIAP kejayaan bermula dengan cita-cita dan angan-angan.

13Berdisiplin.

  • Individu yang berdisiplin adalah individu yang sentiasa proaktif and tidak gemar ‘curi tulang’.


14. Amalkan Gaya Hidup Sihat.
  • Kejayaan tidak akan dapat dinikmati sebaik mungkin tanpa kesihatan yang baik. Bersenam dan jaga pemakanan untuk mengekalkan kesihatan dan menghindari penyakit-penyakit merbahaya.


15. Sayangilah Diri Anda Sendiri.

  • Jangan terlalu fokus kepada “ketidaksempurnaan” / kelemahan yang ada pada diri anda.
  • Sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Allah mencipta setiap manusia berbeza-beza dan setiap satunya istimewa.

16. Tidak Pentingka Diri Sendiri.

  • Berusaha mengecapi kejayaan tidak bermakna anda hanya harus mengutamakan diri anda sendiri setiap masa.
  • Membantu orang lain untuk berjaya adalah satu ibadah dan dapat menbantu kejayaan diri anda juga.
  • Kejayaan sememangnya penting, tetapi jangan sekali-kali ‘tamak kejayaan’.

17. Sentiasa Bersama Orang-Orang yang Berjaya / Mahu Berjaya.

  • Bergaul dengan orang-orang yang berjaya / mahu berjaya dapat membantu seseorang itu untuk mencapai kejayaannya sendiri.
  • Perolehi inspirasi daripada kejayaan orang lain.
  • Selain bergaul dengan orang-orang yang berjaya / mahu berjaya, banyakkan membaca buku tentang tokoh-tokoh ternama yang telah berjaya di dalam hidup mereka.

3 TIPS KEKALKAN AURA POSITIF DALAM DIRI

*********************************************************************************
1. Buang semua elemen-elemen negatif dalam diri (hasad dengki, marah, buruk sangka, tamak dll)

Dan masukkan elemen-elemen positif dalam diri kita (kasih sayang, semangat, berterima kasih, tolong-menolong, berbaik sangka dll)

2. Bersyukur diatas segala nikmat Allah (nikmat kesihatan, tempat tinggal, berkeluarga, makanan, minuman, pakaian dll)

3. Sentiasa menghargai dan berterima kasih dengan apa yang orang bagi..;)


P/s: Jangan lupa share entri ni dengan kawan-kawan untuk sama-sama kita menjadi manusia yang produktif & bersyukur.. ;)

Shaklee ID: 1172037

2 comments :

  1. Bismillah,

    tahniah Syuhada, artikal dan perkongsian tips yg cukup menarik.

    ReplyDelete
  2. Sangat menarik tips ni..tq ats perkongsian...

    ReplyDelete