Wednesday, 4 March 2015

Punca Rambut Gugur & Cara Merawatnya

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.. Masalah rambut gugur bukan lagi masalah luar biasa yang dihadapi mana-mana wanita mahupun lelaki. Ianya sudah menjadi perkara biasa terutamanya bagi wanita yang lepas bersalin. Rambut gugur selepas bersalin bukan satu fenomena baru kepada ibu bersalin. Ibu bersalin seakan fobia untuk menyikat rambut. Risaukan bila selalu disikat rambutnya, rambutnya akan gugur banyak sehingga botak!


Punca Rambut Gugur dan Cara Merawatnya

1-Rambut Gugur Kerana Produk Rawatan Rambut - Penggunaan bahan kimia yang berlebihan. Bagi mereka yang suka membuat rawatan rambut yang adakalanya tidak sesuia dengan jenis rambut. Jika tidak sesuai, ia menyebabkan lebih banyak rambut gugur. Antara rawatan yang biasa dilakukan ialah mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut mereka. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya, rambut gugur terjadi.

Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu bijak memilih syampu rambut yang sesuai dengan rambut anda. Pilihan syampu yang dibuat daripada sumber semulajadi. Ternyata ia lebih selamat untuk rambut anda.

2. Rambut Gugur Kerana Hormon - Perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak (untuk wanita). Hormon seks wanita merangsang pertumbuhan rambut yang tebal. Selain estrogen, setiap wanita juga menghasilkan hormon androgen dalam jumlah yang sedikit. Tetapi androgen boleh dihasilkan dengan aktif sekiranya sesorang wanita itu berada di dalam keadaan tertekan Jika ini berlaku, ia boleh menjadi faktor kepada keguguran rambut.

Keguguran rambut juga boleh berlaku di sebabkan faktor Telogen Effluvium. Apa yang di maksudkan dengan Telogen Effluvium? Telogen Effluvium adalah penumbuhan berlebihan rambut yang berlaku kira-kira 1-5 bulan kehamilan. Ini adalah perkara biasa bagi ibu bersalin. Selepas bersalin, hormon kembali ke tahap normal, yang mana rambut akan gugur kembali ke tahap normal.

3. Rambut Gugur Kerana Kekurangan Vitamin - Pemakanan seimbang amat penting bagi memastikan rambut sentiasa sihat dan cantik. Pastikan anda mengambil makanan berkhasiat seperti bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, dan makanan yang berprotein tinggi. Tetapi, yakinkah anda dapat memenuhi kriteria pemakanan seimbang dalam diet pemakanan harian anda? Sekiranya anda tidak mampu berbuat demikian, anda digalakkan untuk mengambil makanan tambahan khas yang boleh memberikan keperluan khas untuk rambut anda. Antaranya seperti Biotin, Niasin, Zink, Vitamin B6, Vitamin B12, Vitamin A dan Vitamin E

4. Faktor seterusnya adalah genetik. Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama.

5. Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.

6. Mempunyai masalah angin badan yang serius.

7. Selalu menarik rambut. Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya.  Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.

8. Gaya pemakanan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.


9 Perkara perlu wanita tahu mengenai rambut.
*********************************************************

1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baru bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.

4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.

5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Bagaimana mengatasi masalah rambut gugur?
**********************************************************



  • Ibu bersalin tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.
  • Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.
  • Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.
  • Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Set Rawatan Rambut Gugur Shaklee mengandungi  :-
******************************************************************

1. Zinc Complex -  Mengekalkan kelenjar merembes minyak yang melekat pada folikel rambut. Kekurangan zinc juga telah dibuktikan secara saintifik menyebabkan keguguran rambut


2. Vita-Lea -  Kekurangan nutrien terutamanya iron, boleh menyebabkan rambut gugur. Shaklee Vita-Lea (multivitamin) adalah Iron Fomulated.


3. Energizing Soy Protein (ESP) -  Sel-sel badan dibina daripada protein. Kekurangan protein akan menyebabkan rambut gugur.

4. Revitalizing Shampoo (296ml)
  • Humektan berperanan melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih berpaten, dengan mekanisme tindakan yang lembut
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa menjadikannya terlalu lembap atau kering

Jangan buat endah tak endah tentang masalah rambut anda. Rambutkan mahkota wanita! Jadi buatlah pilihan terbaik dan ambillah keputusan yang bijak untuk selamatkan rambut anda. Sekiranya berminat untuk dapatkan set rawatan rambut Shaklee boleh terus hubungi saya:
sms/ whatsapp: 014-8444220
COD Area: Gambang - Kuantan - Pekan
Penghantaran Menggunakan Poslaju Ke Seluruh Malaysia

No comments :

Post a Comment