Tuesday, 10 March 2015

PUNCA HAID TIDAK TERATUR DAN CARA MENGATASINYA

Haid tidak teratur. Bulan ni datang bulan depan tidak. Risau? Semestinya la kan. Haid tidak stabil seolah-olah macam tak sempurna seperti wanita lain, kata salah seorang customer saya. Bagi yang merancang untuk mendapatkan zuriat plak tentu menjadi lebih sukar untuk planning bila haid tidak stabil.



Kitaran haid yang tidak menentu adalah antara tanda masalah kesuburan. Ia mungkin berkaitan dengan masalah ovulasi yang sepatutnya berlaku pada setiap kitaran haid. 



Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.

Apakah maksud kitaran haid?

Kitaran haid adalah siri bulanan perubahan yang dilalui oleh badan wanita dalam persediaan untuk kehamilan. Setiap bulan, salah satu ovari melepaskan telur dan proses ini dipanggil ovulasi. Pada masa yang sama, perubahan hormon menyediakan rahim untuk kehamilan. Jika ovulasi berlaku dan telur tidak disenyawakan, lapisan rahim akan luruh melalui faraj. Ini adalah satu tempoh yang haid.


Kitaran haid normal.

Kitaran haid, yang dikira dari hari pertama sesuatu haid dengan hari pertama akan datang,perlu diingat bahawa ianya tidak sama untuk setiap wanita. Aliran haid mungkin berlaku setiap 21 hingga 35 hari dan dan biasanya terjadi 2-7 hari. Untuk beberapa tahun pertama selepas haid bermula, kitaran haid yang panjang adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun, kitaran haid cenderung untuk menjadi lebih pendek selari dengan peningkatan umur.


Kitaran haid juga dianggap normal bila tempohnya sama setiap bulan atau berbeza hari tapi masih dtg setiap bulan dan sakit atau lenguh2 ketika haid juga dianggap normal.

Kitaran haid tidak teratur?

Mempunyai kitaran haid tidak teratur bermakna tempoh di antara tempoh berbeza setiap bulan. Iaitu, kadang-kadang mereka datang setiap 28 hari, kadang-kadang setiap 20, kadang-kadang setiap 30.


Punca Haid Tidak Teratur


1. Gangguan Hormon

Ovari menghasilkan terlalu banyak telur namun sayangnya telur berkenaan tidak sampai tahap matang bagi membolehkannya melalui proses persenyawaan. Di dalam diri setiap wanita terdapat dua jenis hormon yang dikenali sebagai luteunizing hormone (LH) dan follicular stimulating hormone (FSH). Kedua-dua hormon ini dihasilkan oleh kelenjar pituitari bagi menghasilkan telur. Dalam hal ini, FSH merangsang ovari untuk menghasilkan telur manakala LH pula ditugaskan untuk mematangkan telur.

Apabila ketidakseimbangan hormon berlaku, ratio FSH dan LH tidak betul. Hal ini menyebabkan tahap LH tidak cukup untuk menampung bilangan telur yang banyak.

2. Genetik

Masalah ini turut dikaitkan dengan ketidakseimbangan gula di dalam badan. Ini bererti wanita berkenaan menghadapi masalah penghadaman gula. Biasanya golongan ini berisiko untuk menghidap kencing manis. Oleh yang demikian, sejarah ahli keluarga dapat dijadikan rujukan untuk mengenal pasti masalah haid yang tidak normal. Setelah itu, ia disahkan melalui ujian darah, imbasan ultrasound, laparoskopi dan sebagainya.

3. Mengandung Tanpa Sedar

Ada juga kes wanita yang mengandung tetapi tidak menyedarinya. Mereka sebenarnya mengandung tetapi pada masa yang sama keluar darah, yang disangka haid. Namun, hakikatnya darah yang keluar itu bukan haid tetapi lendir yang berwarna coklat seolah-olah darah haid.

4. Hormon Prolaktin Tinggi

Peningkatan paras hormon prolaktin yang terlalu tinggi menyebabkan haid tidak datang atau datang sekali-sekala. Wanita yang mengalami keadaan sedemikian sering kurang subur. Walaupun seseorang wanita itu belum mempunyai anak atau tidak menyusukan anaknya, masalah ini tetap boleh berlaku. Biarpun belum ada anak ataupun tidak lagi menyusukan anak, kelenjar pituari tetap merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan susu. Keadaan inilah yang mengganggu kitaran haid.

5. Ubat-ubatan

Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh mengganggu kitaran haid. Pengambilan ubat berkenaan boleh menyebabkan penghasilan hormon prolaktin yang tinggi. Ubat yang dimaksudkan ialah daripada jenis antipsychotic (biasanya digunakan bagi merawat pesakit skizofrenia) atau ubat yang diambil untuk tempoh jangka masa panjang.

6. Daging Berlebihan

Masalah ini dikenali sebagai polyp. Ia adalah daging berlebihan yang keluar daripada lapisan mukus. Ia boleh tumbuh dari dalam faraj, rahim, pangkal rahim atau mana-mana bahagian pun sehingga menyebabkan pendarahan apabila berlaku geselan antara daging dengan bahagian berkenaan. Atas sebab inilah pendarahan tidak menentu berlaku.

7. Masalah Pangkal Rahim

Pangkal rahim yang kecil atau tertutup (stenosis) boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Darah haid yang sepatutnya keluar tidak boleh berlaku disebabkan masalah pangkal rahim wanita berkenaan terlalu ketat ataupun tersumbat. Walaupun begitu, ia amat jarang sekali berlaku.

8. Perdarahan Selepas Persetubuhan

Ini adalah satu tanda bahaya kerana ia mungkin menandakan penyakit kanser pangkal rahim khususnya jika berlaku kepada wanita dalam lingkungan umur 30-an yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Pendarahan selepas persetubuhan juga mungkin disebabkan oleh penyakit lain yang bukan kanser seperti luka pada pangkal rahim (cervical erosion), ketumbuhan bukan kanser ataupun jangkitan kuman.

9. Kanser
Kanser di bahagian rahim atau pangkal rahim turut sama menjadi antara penyebab haid tidak menentu.


Cara Untuk Mengatasi Haid Tidak Teratur

Terdapat pelbagai jenis rawatan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Ini termasuklah :

1. Pemeriksaan ultrasound bagi melihat keadaan rahim dan ovari.
2. Pemeriksaan pap smear.
3. Pemeriksaan darah untuk melihat tahap hormon.
4. Diagnostic dilatation and curettage (DDNC) bagi melihat bukti kanser di dalam rahim.

Berdasarkan hasil ujian berkenaan, doktor akan merawat mengikut keputusan yang diperoleh. Sekiranya terbukti wanita berkenaan menghidap kanser, pembedahan akan dilakukan; jika ia melibatkan jangkitan kuman, antibiotik atau antifungal akan diberi; kalau ia berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon yang tidak stabil, PCOS mahupun fibroid, GLA COMPLEX adalah cadangan supplement untuk anda bagi memperbetulkan semula hormon dalam badan.

 

Info mengenai GLA Complex 

- GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.
- Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
- Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *
- Dalam kes diabetis, ianya mampu menghalang komplikasi diabetis dengan mengurangkan kandungan gula dalam darah dan mengurangkan rasa kebas2 dan kesakitan.

Untuk Wanita, GLA Complex membantu anda:

* Menstabilkan Hormon
* Membantu membetulkan kitaran haid
* Membantu meingkatkan tahap kesuburan
* Membantu penurunan berat badan
* Mencantikkan kulit

Bagaimana untuk mendapatkan GLA sebagai vitamin tambahan untuk membantu menstabilkan kitaran haid? Hubungi saya untuk mendapatkan HARGA yang terbaik.

sms/whatsapp: 014-8444220
Fb: Tuan Syuhada Tuan Mohamad
Fb Page: Vitamin Oh Vitamin


No comments :

Post a Comment