Saturday, 28 February 2015

Ibu Mengandung Selalu Kejang Kaki Pada Waktu Malam (CRAMP)

Assalamualaikum...Hai..Jarang-jarang saya dapat menjenguk ke sini disebabkan kekangan masa dan line internet mcm snail...kikiki

Hari ni saya nak share pengalaman saya semasa mengandungkan Humaira, Puteri sulong saya..hihi... 1st experience as a prgnnt mom sangat lah membuatkan saya excited..Semua perkembangan dr awal kehamilan hinggalah sekarang die dh 4thn dah memang menjadi perhatian saya..

Sepanjang kehamilan saya, alhamdulillah saya tidak ade sebarang masalah samada alahan(morning sickness), Hb low, tekanan darah tinggi ke dan kencing manis pun xde..Syukur..

Tetapi masalah saya bila waktu malam..Kaki saya selalu kekejangan terutamanya waktu dinihari tu..dh dekat waktu Subuh..Biasanya waktu2 sejuk lah..memang menyakitkan..kerap2 jgk la jd mcm tu..

So saya pergilah klinik jumpa doktor tnya ape masalah sy sebenarnya.. Doktor tu senyum je..die cakap biasalah tu..awak perlukan kalsium yg lebih ni..Ibu mengandung memang perlukan bnyak kalsium utk ibu dan baby..

Mengapa saya mengalami kekejangan kaki pada waktu malam?

Kejang kaki adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui. 

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda. 

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil: 

  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium dan magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.


Bagaimanakah saya dapat melegakan kesakitan ini?

  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.


Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kekejangan?


Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak: 
  • Senaman regangan kaki. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air.


Tips mengatasi kaki kejang semasa mengandung

Pakai stoking sokongan..Pilih kasut yang selesa untuk sepanjang hari.

Buatkan senaman regangan otot sebelum tidur. Anda boleh menarik jari kaki anda kearah lutut anda sambil menolak tumit anda jauh dari badan anda.

Pengambilan pil kalsium dalam diet seharian anda.

Jangan berdiri dalam jangka masa yang lama.

Alaskan kaki anda dengan bantal ketika anda tidur.

Pengambilan air yang mencukupi boleh membantu mencegah kekejangan

Urutkan betis anda sebelum tidur

Menjalankan senaman yoga kehamilan membantu mencegah kaki kejang.





Seperti yang saya nyatakan di atas kejang kaki akibat daripada kekurangan mineral kalsium dan magnesium boleh diatasi dengan vitamin OSTEMATRIX.Bukan sahaja boleh digunakan semasa hamil tapi juga digalakkan ambil ketika pantang.

Kandungan Ostemtarix yang lengkap dengan kalsum, magneseium dan vitamin D membantu ramai ibu-ibu hamil dari mengalami kejang kaki. Bukan sekadar itu, ia juga membantu dari mengelakkan dari sakit pinggang kronik yangbiasa dialami oleh ibu hamil.


Untuk mendapatkan OSTEMATRIX bagi mengatasi masalah kejang kaki, boleh hubungi saya dan dapatkan konsultasi PERCUMA : ) 

Tuan Nur Syuhada Tuan Mohamad (ID 1172037) - Pengedar Shaklee Kuantan
No Tel: 014-8444220
Email: isterisyurga@gmail.com
COD area: Pekan, Gambang, Mahkota Aman, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM, Taman Tas

No comments :

Post a Comment