Saturday, 28 February 2015

AIR KENCING KOTOR

Kali ni saya nak bercerita pasal jangkitan bakteria pada air kencing. Selama ni kita sangka air kencing kita ni kotor kan?? Memang pun kotor dan najis, tapi sebenarnya hanya bakteria tertentu sahaja yang boleh berada dalam pundi kencing kita. Apabila pundi kencing kita telah dicemari oleh bakteria, ia boleh menyebabkan kita mengalami masalah kencing kotor.


Saya sendiri pernah mengalami masalah ni semasa pregnant anak pertama dulu. Dikatakan, adalah normal ibu mengandung mengalami masalah ini. Ini adalah kerana, akibat berat baby dalam kandungan, saluran pundi kencing wanita yang mengandung menjadi lebih pendek berbanding saluran pundi kencing wanita normal.


Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.


Apa itu UTI?


Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)


Bakteria ini boleh menyebabkan:
  • Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
  • Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
  • Keradangan uretra atau uretritis.
Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki. 

Tanda dan Gejala


- Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.- Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.- Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.- Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.- Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.- Demam dan seram sejuk.


Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.

Komplikasi

Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.

Faktor-faktor Penyebab 


Punca sebenarnya ialah kuman yang berasal dari kulit dubur faraj atau lubang dubur.kuman tersebut akan bergerak menuju ke pundi kencing,ia membiak dan terus ke buah pinggang.

- Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. 
-Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dubur atau faraj memasuki uretra.
- Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.
- Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
- Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.

Pencegahan

- Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.


- Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.


- Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.


- Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.


- Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.


- Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.


- Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.


- Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.


- Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.


- Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.


- Bagi wanita hamil dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk rawatan.

- Kurangkan minuman manis dan berkafein.

Petua : Ubat Kencing Kotor / Panas Badan 

Rebus Biji Barli... Mula-mula basuh dulu biji barli tu macam kita basuh beras..Selepas itu rebus dalam periuk yang berisi air... Saya suka rebus lama sikit, biar barli tu betul-betul lembut supaya sedap di nikmati .


Selain daripada itu..saya cadangkan pengambilan 2 jenis suplemen iaitu Garlic dan Alfalfa..

Garlic – Menghalang jangkitan kulat, kuman, bakteria, virus dan yis. Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit dan anda berasa khuatir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, ambillah suplemen garlic ini kerana ia merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.

Alfalfa – Dipercayai sebagai tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan buah pinggang.

Sekiranya anda dah terkena UTI, maka segera lah mendapatkan rawatan dari klinik. Biasanya anda akan diberi antibiotik yang perlu dihabiskan selama seminggu. Makan lah ubat tersebut untuk kesan yang lebih cepat, tapi dalam masa yang sama, makan juga suplemen Shaklee untuk kesan yang berpanjangan, Insya-Allah..

Sekiranya anda berniat nak order Garlic dan Alfalfa,bolehlah terus contact sy whatsapp 014-8444220

No comments :

Post a Comment