Tuesday, 16 December 2014

Tanda-tanda Awal Penyakit Diabetes (Kencing Manis)

Tanda-tanda Awal Penyakit Diabetes (Kencing Manis)
 
1. Haus atau dahaga yang keterlaluan.
2. Letih dan lemah otot.
3. Berat badan menurun.
4. Penglihatan kabur.
5. Gatal.
6. Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan.
7. Luka yang lambat sembuh.
8. Kerap kencing.
9. Gatal pada kemaluan.
10. Rasa kebas.


Siapa berisiko tinggi mendapat diabetes?

1. Berumur 35 tahun ke atas. Semakin berusia semakin tinggi risiko untuk mendapat diabetes. .
2. Berat badan berlebihan atau obesiti.
3. Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.
4. Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
5. Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah empat kilogram atau lebih).
6. Tekanan darah tinggi.
7. Tidak aktif - gaya hidup yang tidak sihat.
8. Faktor pemakanan - pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat.
9. Mempunyai tahap lemak dan kolesterol yang tinggi.

Panduan pemakanan untuk pesakit diabetes: 

 
1.   Banyakkan makan sayur dan kurangkan makanan daripada haiwan.
2.   Lebihkan pengambilan makanan yang dimasak sendiri dan kurangkan makanan yang diproses. Jauhi makanan segera dan makanan ringan.
 
3. Pilih makanan berlemak secara bijak. Kurangkan pengambilan daging, kulit ayam, minuman tenusu yang berlemak, majerin, makanan bergoreng, makanan ringan dan makanan di pasaran yang dibakar dengan lemak trans.
4.  Pilih makanan berkarbohidrat secara bijak. Kurangkan pengambilan gula, kurangkan makanan dihasilkan menggunakan tepung putih. Lihat pada label kandungan roti terlebih dulu dan baca kandungan serta pada roti itu.
5.   Ambil sekurang-kurangnya tiga cawan susu rendah lemak sehari.
6.   Ambil makanan berprotein secara sederhana. Amalkan pengambilan ikan dan ayam tanpa kulit.
7.   Hadkan pengambilan sodium iaitu kurang daripada 2,300 miligram sehari. Sodium ini terkandung dalam garam dan makanan dalam tin.
8.  Ambil makanan kaya potasium contohnya pisang, buah bersitrus, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan makanan tinggi kalsium contohnya susu rendah lemak, brokoli, bayam dan tauhu.
9.   Makan banyak bijirin terutamanya bijiran gandum.
10. Makan banyak ikan, utamakan cara memasak dengan membakar, panggang atau gril berbanding menggoreng.
11.  Sekiranya anda mengambil daging merah sebagai hidangan, cuba kurangkan kuantitinya. Hindari lemak daging, daging proses dan hati.
12.  Makan telur secara berhemat. Ambil secara purata tidak lebih daripada sebiji telur kuning sehari termasuk yang digunakan untuk dimasak atau dibuat kek.
13.  Gunakan minyak sayuran secara sederhana. Utamakan minyak zaitun dan minyak canola. Kurangkan penggunaan minyak sayuran, minyak sawit dan santan.


PROGRAM DIABETES SHAKLEE

Apakah supplement Shaklee yang boleh diambil untuk membantu pesakit diabetes?
Suplemen asas untuk kencing manis ialah sepertimana berikut:

1. ESP(Energizing Soy Protein) : Berindeks glisemik (GI) rendah. Sangat sesuai utk pesakit diabetes.
2. Vitalea Iron Formula : Imbangan vitamin dan mineral yang lengkap.
3. GLA Complex: Memberi kesan positif kepada diabetic neuropathy.
4. Alfafa Complex: Sumber serat yang membantu menstabilkan gula dalam darah.
5. Vitamin C: Mengukuhkan kapilari dan salur darah.
6. Zinc Complex: Membantu penghasilan insulin & pemulihan luka.
7. Vivix: Sumber anti-oksidan terbaik.

FB: https://www.facebook.com/tuansyuhada.tuanmohamad

FB page: https://www.facebook.com/vitaminohvitamin


No comments :

Post a Comment